iklan

Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Friday, October 21, 2011

akhirnya...Yue Yue meninggal ...



GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.
Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.
Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.
Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.
Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.
Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.
“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.
“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.




credits: newshub

Tuesday, October 11, 2011

PUTEH....aku redha kau pergi...



mlm tadi aku dpt berita yang mengejutkan dari adik aku,aten...
ayat die "Kak In, Puteh dah mati" masih terngiang-ngiang sampai sekarang...
sungguh!aku tak percaya.tak dapat terima hakikat yang kucing kesayangan aku dah takda...aku tau die sakit dah dalam 2 minggu die sakit.tapi aku tak berkesempatan balik segamat untuk tengok die. :(
malam tadi.,aku meraung. aku rindu kan puteh:( aku sayangkan puteh:( kenapa puteh pergi dulu?:( kenapa aku tak sempat jumpa die?:'(



itu semua kuasa dan takdir Tuhan AIN. setiap yang hidup..pasti akan mati. biarlah dia pergi daripada die derita menanggung sakit yang kita pun tak tahu sakitnya macam mana sebab die tak boleh nak bgtau sakit die macam mana. tapi..air mukanya.. menunjukkan kesakitan itu.


rest in peace Puteh....2004-2011..


Pergi lah dengan tenang sayang ku Puteh.. aku redha kau pergi. itu ayat aku malam tadi sebelum tido selepas aku sudah penat menangis.