Hari ni nak cakap pasal plaster ceiling. Antara plaster ceiling dengan cornice, kami pilih pasang plaster ceiling untuk rumah baru kami. sebab aku suka design yang simple dan moden. Kalau cornice, design die banyak bunga2. serabut dan akan menyebabkan ilusi ruang lebih sempit .tu pada pendapat aku lah. hehe. dan cornis ni biasanya menjadi pilihan org2 yang lebih tua.:P hehe...
So,mula2 sekali....korang belek2 lah majalah hiasan dalaman atau google design2 plaster ceiling. pilihlah design yang berkenan di hati dan ikut kemampuan juga bajet:P dan pastikan juga design yang dipilih 'kena' dengan tema atau konsep rumah:P
pastu,korang dah boleh survey-survey kontraktor yang boleh buat design yang korang nak. dah survey kontraktor cina tu, pastu bolehlah pilih kontraktor yg the best among the best dan deal harga:P macam aku...aku pilih VICKY. pada pendapat aku, pekerja cina die buat plaster ceiling cantik dan kemas. recomended :)
Actually sebelum pasang plaster ceiling, keje2 wiring kena dah settle dulu baru boleh pasang plaster ceiling / cornis.
![]() |
keje2 wiring |
bila wiring dah settle, baru boleh start keje2 buat plaster ceiling. mula2 diorang akan ukur2 dan pasang rangka.
![]() |
kerja2 membuat rangka / tulang plaster ceiling . |
Dah siap pasang rangka, baru lah pasang plaster siling tu dan gam2 bahagian sambungan dan plaster lagi sampai kemas.
![]() | |||||
sedang touch up ape yang patut. |
Pastu kena tunggu plaster ceiling kering dalam 1-2 hari kot. dah kering, baru boleh cat plaster ceiling tu. dah siap cat, baru boleh pasang lampu downlight,kipas n etc. :)
ni hasil yang dah siap.
[update pic rumah hasil plaster ceiling yg dah siap : klik here}
[update pic rumah hasil plaster ceiling yg dah siap : klik here}
simple kan design plaster siling umah kami.
yang ada macam bentuk kotak tu adalah jenis L-box tapi tak buat L box jenis yang ada 'longkang' .sebab kalau yang jenis longkang tu nanti akan kumpul habuk kat situ. paham tak maksud aku yang jenis longkang tu? contoh seperti pic dibawah..
design camni ada ruang antara siling dan plaster ceiling. biasanya design camni akan kumpul habuk. ni yang aku baca2 la.
ok. Tips aku: kalau dah berkenan dengan design plaster ceiling yang korang survey2 tu, gunting atau print gambar design tu dan tunjukkan kepada kontraktor dan minta die kepilkan design tu pada resit die. die takkan ingat kalau ko setakat tunjuk dan cakap je ape yang ko nak sebab die ada banyak lagi customer lain. pastu...kena curi masa tgk keje2 diorang. aku dulu setiap kali balik sekolah mesti tengok dan pantau diorang buat keje.
so far aku berpuas hati ngan hasil kerja die. untuk yang tanya harga,..
RM2150 untuk plaster ceiling ruang tamu (L-box),dining room,dapur (tambah L-box untuk cover ducting hood dapur) dan ruang depan tangga dan rm400 untuk cat plaster siling. total RM2550..
oklah, tu je pasal plaster siling. takde idea dah. kalau nak tanya ape2, boleh tanya:) bye!:)
[updated]: disebabkan ramai yang mintak no kontraktor ni....saya bagi no die kat sini je lah...
VICKY : 0127404383
JB & Pasir gudang
updated: Klik sini untuk deco rumahku yang terkini