iklan

Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Perkhidmatan SURPRISE kek di Pasir Gudang


Assalamualaikum semua!:)


Alhamdulillah...lately ni ramai customer semakin mempercayai Mrs Nawuza Bakery :)



devils food choc cake. antara bestseller cake Mrs Nawuza Bakery.



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah:)



ramai juga yang tanya...boleh tak nak surprise kan birthday dengan delivery kek ?
jawapannya..BOLEH !!! :)

snowy cheese cake..antara kek yang mendapat tempat di hati pelanggan :)



walaupon anda jauh di KL, Melaka, Pulau Pinang, Sabah ,Perak ,Kelantan..tapi jika anda ingin surprise kan seseorang di Pasir gudang,Johor..kami boleh delivery kek itu bagi pihak anda meskipun anda jauh beribu batu :)


Red velvet cake...bestseller juga :) sampai ada yang cakap...red velvet secret recipe pon tak sesedap RVC kak ain :) thanks sangat support kami :))




tapi......hanya delivery di sekitar Pasir Gudang, Johor sahaja tau!:)





atas: congo bars. bawah: walnut brownies. juga adalah produk bestseller Mrs Nawuza Bakery :)
yang ni boleh pos :) 



berminat nak surprise kek untuk seseorang ? 
whatsapp kami 0137812223 :) 


p/s : jangan lupe like mrs nawuza bakery di Facebook dan follow mrsnawuzabakery di instagram. tq!

Monday, July 7, 2014

tips letak edible image atas kek



assalamualaikum
hari ni nak share tips letak edible image atas kek...
nampak macam senang nak letak edible imej kat atas kek...tp kalau xkena gaya nya...edible mudah koyak..dan sebagainya...
** sebelum tu..pastikan topping kek(buttercream/ganache choc dah all set sebelum nk letak edible image (dah sejukkan dalam peti sejuk dahulu..sampai topping dah kaku skit)..
*** pastikan juga permukaan kek adalah rata.
tips nya:
1.masukkan edible image tu dlm peti sejuk(bahagian freezer) sebelum nak deco ...
2.biar die keras jap..(dalam 10minit)..supaya senang nak keluarkan/tarik dari lapik plastik..
3.pastu..sebelum nak letak edible image atas kek..percik sikit air(SIKIT SHJ OK) kat atas kek bahagian nak lekatkan edible image tu,,bagi tujuan lekatkan edible imej atas kek..jgn percik byk sgt air..nnt warna pada edible imej luntur...
4.pastu letakkan edible imej atas kek...adjust perlahan2 kedudukan edible imej (jika tak tidak betul2 tengah kedudukannya) masa edible imej dah lekat pada kek..
good luck! sekian!:)

Tuesday, November 27, 2012

resepi snowy cheese cake


assalamualaikum:)
hari ni nak share resepi snowy cheese cake(kek keju salji)  yang sedap, lemak berkrim disukai ramai:P
dapat resepi ni dari group #JomMasak Kat FB. dan terus terliur nak try sebab dah lama usha resepi ni. tengok review2 orang sume cakap kek ni sedap sangat. so, aku pon buat lah kek ni untuk besday zaheen hari tu;) kunun buat kek besday untuk anak, tapi mak die yang ngidam lebih.hehe. untuk resepi ni aku ada tambah orange filling sket kat topping die. so, rasa die ada lemak2,manis2 dan masam2 sket gitu.;)







 
bahan2:

150 gram tepung gandum*

1 sudu teh baking powder*
150 gram gula kastor
5 biji telur Gred A
80 ml susu cair


80 ml mentega(dicairkan)

1 sudu besar ovallet
Sedikit pewarna mengikut perisa..

CARA MEMBUATNYA

~ Ayak bahan bertanda*
~ Satukan gula kastor,ovallet,tepung kek,baking powder dan telor dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi
~ Perlahankan speed,masukkan ssu cair, pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kek menjadi ringan
~ Tuangkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.


Loyang dilapik baking paper.Tuang adunan dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak,suhu 180'c.... api atas bawah.


Bila dah masak,keluarkan kek dan telangkupkan di atas redai kek lebih kurang 5 minit(untuk mengelakkan kek dari turun/mendap)


untuk cream

~ 250g cream cheese
~ 1/2tin susu pekat
~ 100ml fresh cream

cara cara

~ mix gebu cream cheese + susu pekat...
~ masukkan fresh cream....teruskan mix hingga kental
~ layerkan pada kek (kek dipotong 3 keping)

akhir sekali parut kan cheddar cheese atas kek

**kek ini sesuai dihidang sejuk

(**note: aku tambah(sapukan) orange filling sebelum parutkan cheedar cheese atas kek tadi) 




resepi kedua:


SNOW CHEESCAKE
Resepi : Sherry mz@MyR 

Bahan-Bahan 
6 biji telur 
100 gram gula halus 
100 gram tepung hong kong - mklang guna tepung gandum
60 gram tepung jagung 
50 gram air sejuk
 1 sudu teh baking powder 
2 sudu makan ovalette 
75 gram mentega cair

UNTUK SAPUAN ATAS 
1 kotak cream cheese philadelphia 
1/2 tin susu pekat manis- Putar kedua-dua bahan sehingga gebu. 

UTK TABURAN 
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

CARA-CARA MEMBUAT 
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar sehingga pekat dan putih gebu. 
Pelahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kaup balik dengan spatula sehingga mentega cair sebati dengan adunan. 
Tuang ke dalam acuan 9 atau 10 inci yang telah digris/alas dan bakar sehingga kek kekuningan dan masak. (masa dan suhu ikut oven masing-masing) 
Boleh potong potong kek menjadi dua lapis dan sapu krim cheese ditengah2 dan lapik. 
Sapukan krim selebihnya sekeliling kek dan parutkan cheddar cheese tadi sebagai hiasan.






selamat mencuba!:)

Friday, November 23, 2012

first time kena minum air gula

assalamualaikum :)

dah lama belog ni tak berupdate kan?padahal dah cuti sekolah kan.banyak je masa terluang kan?:P
perasaan malas menguasai diri:P
haha



so harini nak update pasal my 2nd pregnancy lahh..
minggu ni my baby dah 32 weeks or dlm kiraan bulan dah 8 bulan dah:)
alhamdulillah, ibu n baby sehat sejahtera. ibu baby lagi lah...makin BAM BAM ;P terutama di bahagian perut,paha dan cik bon bon :P haha. berat pon naik banyakkkkkkkkk:P sampai satu bulan naik 3.5kg.pastu kena bebel ngan nurse.pastu kena minum air gula (sebab berat naik mendadak dalam 1 bulan). haha.padan muka. sape suruh asik buat kek dan makan kek?:P cis.


ni antara 'gula dan lemak' yang aku buat dan MAKAN selepas oven aku dah selamat dibaiki:P hehe.
dengan erti kata lain..ni lah makanan yg aku makan punca berat badan aku naik banyak sejak akhir2 ni:P
ni baru sket aku letak. padahal yg aku dah buat byk lagi dri ni.ada yg tak snap sebab buat bende yg same je. so snap pic sekali je cukupp.


apple blueberry pie

mint oreo cheesecake

durian crepe

creamy and cheesey baked penne

piza roti gardenia yang dah berpuluhkali buat:P

macaroni cheese with white sauce

puding milo oreo

brownise


muffin choc

kek coklat

carrot muffin,my fav!

snowy cheese cake

kek pisang



So, rabu lepas(21/11/12) adalah pengalaman pertama aku minum air gula atau dalam bahasa klinikalnya dipanggil ujian MGTT. masa ngandungkan zaheen dulu, tak pernah kena minum air gula pon..walaupon berat adakalanya satu bulan naik byk.maybe nurse terlepas pandang kot time tu. sebelum kena minum air gula,  aku dah google2 dah tips minum air gula,prosedur minum air gula n etc. buat preparation dulu beb. supaya bersedia mental dan fizikal. haha.

pic ehsan mr google



Appointment minum air gula adalah seawal 8pagi. sebelum tu, malam sebelumnya aku dah kena berpuasa dari jam 10mlm. (tapi kol 12 mlm, minum milo gak sebab lapar:P).masa dah kat klinik.. sampai je turn aku, kena amik darah dulu. utk cek gula dlm darah sebelum minum air gula. ala, cucuk sket je kat hujung jari. pastu baru kena minum air gula (tanpa perisa) . ok, mula2 tgk air gula tu....perghhh..banyak tuu nak kena minum dan habiskan.
lebih kurang banyak ni gak la kena habiskan. pic ehsan mr google.

then, aku teringat ade baca tips dari blogger lain..minum satu or 2 teguk terus supaya tak termuntah or susah nak habiskan air tu. so....Bismillah...alhamdulillah, 2 kali teguk, aku habiskan air tu tanpa fikirkan sangat apa rasa die. taklah teruk sangat rasa air gula tu. haha.(berlagak:P) ade akak yang sebelum aku tu..minum sket2,pastu minum ..muntah,minum..muntah..takot lak aku tgk.  lepas dah minum tu...kena rehat 2 jam,tak boleh makan minum or balik.dok rehat kat klinik je. xdibenarkan gi mana2. so aku lepak2 je lah kat sekitar klinik. 15minit lepas minum...dah start rasa pening2. dan lapar! tahan je lah...sambil bersandar kt kerusi..sambil layan FB..



lepas 2 jam..kena tunggu turn lagi untuk cek darah lepas minum air gula lak....dan...result MGTT aku adalah........
sebelum :4.5 mmo/L.
selepas: 7.8 mmo/L  !!!
 perghh...dah border dah tu. 7.9 mmo/L dah dikira ada diabetes semasa mengandung (GDM).
nasib baikkkkk!!so, nurse nasihatkan aku jaga makan.kurangkan makanan dan minuman manis. baiklah nurse, akan cuba ku usahakan :P



ni jadual kadar gula dalam darah sebelum minum air gula dan selepas minum air gula.
normal gula dalam darah selepas 2 jam minum air gula adalah <7.8 mmo/L. lebih je 7.8 dah dikira ada diebetes.



ok, lepas ni aku berazam aku nak kawal berat badan aku walaupon tengah mengandung. no more baking after this :P (sekali sekala takpe kot...nnt aku gugel resepi kek yg sehat :P haha) berat sekarang pon dah 62kg. padahal baru 8 bulan. dulu masa ngandungkan zaheen...berat terakhir sebelum bersalin adalah 65kg. now,baru masuk 8 month dah 62kg. ok. saya tau saya dah gemok. -_-. berat encik suami lak 59-60kg je. ok jeles. sekian.

Tuesday, May 18, 2010

moist chocolate cake


dah siap staple soalan.so...masa ngah tengok2 pic lama..terjumpa pic ni:))
ni moist choc cake yang aku buat masa raya tahun berapa ntah.
saje upload pic kek..buat terliur:)


dah lama tak buat kek:(
Rindu nak buat kek.



resepi later k?:)

Tuesday, October 13, 2009

cake n cupcake


ye..sy suke wat kek n suke makan kek n amek gambo kek:P
hehe~
p/s: tadi g marhaban....anjuran sekolah aku..3umah je mlm ni...dah la sesat cari umah tadi:P


Saturday, October 10, 2009

dah lame tak letak gambo kek kan?


tiramisu cake


chippy chips cake


ni kek utk mkn2 je....reka sendiri...tatau nk panggel name ape:P topping:choc cair+bluberry jam

.
.
.


dah lame tak letak gambo kek kan?
saje nk wat korang terliur:P
hehe~