Tuesday, September 25, 2012

wishlist barang baby dan keperluan ibu dalam pantang untuk anak kedua #1

Assalamualaikum:)


Minggu ni alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke 26 :) tapi barang-barang baby dan keperluan selepas bersalin belum ku beli lagi:P plan nak beli nak start beli hujung minggu ni. insyaallah:)



Untuk preparation anak kedua takde lah banyak sgt macam anak pertama...baju2 newborn Zaheen pon masih baru lagi...cuma beli sikit2 je lah..senarai barang keperluan baby boleh rujuk sini.
so.. ni antara barang2 baby yang aku nak beli sangat untuk baby no 2 ni....

1. baby cot,tilam,bedding set


baby cot 3 in 1. jenama MYDEAR
First of all, aku rasa anak kedua ni aku nak guna baby cot. nak ajar die tidur baby cot dari kecik. sebab masa zaheen dulu aku tak ajar tidur dlm babycot. tidur ngan aku sambil 'mengempeng'. sudahnyee....sampai sekarang die nak tidur ngan aku sambil mengempeng T__T. amik banyak space lak tu. tak muat dah katil tu rasa padahal katil dah king size dah T__T. 


baby cot/baby crib pilihan aku adalah yang jenis 3 in 1 tu..yang boleh jadi babycot, ada tempat diapers changers dan bile baby dah besar, boleh jadi playpen.kenapa aku nak yg ada diaper changer? sebab pengalaman anak pertama aku, sakit pinggang kalau nak tukarkan pampers or pakai baju sambil membongkok. ada  tempat diapers changer ,takde lah membongkok sangat. xdelah sakit pinggang or sakit kat bhagian jahitan berbanding kalau tukar pempes or pkaikan bj baby kat bawah(atas tilam kat lantai). pastu ,  ketinggian baby cot tu boleh di adjust. aritu ada gi jalan2 ngan hubby survey babycot. yang jenama MYDEAR ok gak. baca review pon ramai komen ok. jenama GRACO pun ok. dua-dua pon harga berpatutan. dlm rm250++ gak la tak termasuk tilam dan set cadar +comforter. pastu baby cot tu boleh dibuka,bawak blk kampung or utk tujuan penyimpanan kalau dah tak guna lagi. btw, aku ade baca, baby cot yang jenis kayu, ada yang jenis yang bahaya dan kena banned tau. iaitu yang jenis boleh drop side. boleh baca SINI.


tilam baby lak...ada dari jenis span,foam,kekabu dan latex. paling mahal of course lah dari material latex/getah. tapi paling bagus among others. sebab ada holes untuk ventilation. so kalau baby tertiarap, masih ada ruang utk baby bernafas. ni hasil aku google review-review org dan docs.

tilam baby latex by getha. tilam ni je pon dah rm300++ T__T



kemudian...bedding set baby. of course lah nak yang comey comey kan...geram je tgk bedding set baby. comey2 belaka:P hee. tu pon harga dah rm150++. tapi aku ada baca gak...baby ni tak payah tido byk bantal, selimut.takut tangan die gerak2 masa tidur dan tangan die tertarik selimut/bantal n tertutup muka die. bahaya:(

haruslah tema biru.baby boy kann:P



emm... tapi maybe awal2 baby tido ngan aku je kot?...nanti dah 1 bulan ke atas baru ajar die tido baby cot. tapi nanti takot baby dah tak nak lak tidur babycot sebab dah biasa tdo ngan mak die?? what say u? gimme ur opinion plz..mommy mel n maisara, nak opinion korang...sebab anak korang tidur dlm babycot kan...start bile tidur dlm babycot?dalam pantang nanti senang ke kejap2 nak kena bgn dan amik baby utk BF...lagi2 waktu malam..pastu ,rasa kesian lak nak biarkan baby baru lahir tidur sorang2 dalam baby cot,...so...tak perlu beli dulu ke ek baby cot ni?( pulak dahh,tadi beriye iye nak beli:P haha).


2. set berpantang shaklee



insyaallah, pantang kali kedua ni aku nak guna set berpantang dari shaklee yang terdiri dari vitamin2 seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C & Zinc - basic set bersalin.pastu ada ESP, Ostematrix & Alfalfa - tambahan untuk tenaga, baik pulih sel2 & penyusuan susu ibu. masa pantang kali pertama aku guna leesa formula. ok gak la. sebab ubat jenis moden kan. ubat leesa formula tu guna kapsul dan utk sapuan perut,die guna losyen.senang, takde lah berterabur kalau guna yang jenis serbuk2 tu. sebab aku tak berapa suke yang jenis jamu2/pilis/param/pastu guna serbuk2 bancuh sendiri untuk sapu kat perut dan dahi(cth: set bersalin tanamera dan AMWAY). hasil review kat google(ofcourse:P),ramai bg komen positif pasal set pantang shaklee. insyaallah nak guna set shaklee ni untuk pantang kali ini:)


ni antara kelebihan2 vitamin set berpantang shaklee:


B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
sumber:ibuhakimhaikal


hmm...itu sahaja utk hari ni kot..ada lagi dalam wishlist aku..antaranya ialah:-
 
3. minyak herbanika nona roguy dan phytonatal NR
4. medela milk collection shells
5. fisher price newborn to toddler portable rocker
6. breastmilk plastic storage bag
7. nursing pillow?
8. vco/minyak bioselusuh/tanamera vco?


sambung next time ok?bye.assalamualaikum:)

3 comments:

maisara my said...

ni aku pastekan comeent aku kat fb...hehehe...

"mmg penting kalo kiter ajar anak kiter tdo asing gr kecik....walaupon st bilik, tp katil lain2....anak aku pon tdo dlm baby coat sejak kat hospital lps bersalin....blk umah, mmg da siapkan coat die n tdo ctu....mmg agak payah la nak kene bgn malam2 utk susukan, tp pengorbanan tu satu keindahan....."

takde sesuatu yg mudah utk kiter capai kesenangan (btl ke ayat aku ????)....

so for me, mmg ko kene bl katil baby ni....sgt berbaloi!!!

Melissa Mazlan said...

Alhamdulillah:)

mel dah comment panjang-panjang tadi. tib2 hp crash:( terus type kat pc.

oh. nak ajar baby tido dalam cot ni memerlukan lebih pengorbanan kot.

mel ajar iris tido dalam cot dari day 1. lagipun mel x berani nak bagi dia tido dengan mel n hubs. sbb takut tertindih bantal atau kita yg tertindih dia. (nauzubillah).

mmg susah sikit kalau nak ajar ni. dia tidur je letak dlm cot. x kira malam or siang. then, time malam kena monitor selalu. tukar position tidur dia. kiri or kanan ;) then sentiasa check keadaan dia. basically mmg akan kurang tidur. tapi xpe la kan. untuk kesenangan masa depan kita gak kan. hehehe.

kalau nak menyusu mmg susah sikit. kita kena bangun, and after habis menyusu, kalau dia tido, letak balik dalam cot.

lagi satu, jangan ajar, dia merengek sikit dalm cot, terus angkat. bagi dia self-sooth. :) nnt senang nak tinggal dia dalam cot kalau kita buat kerja ;)

harap-harap membantu la ain eh:)

sukanyaaaaaaaaaa dapat baby boy. doakan mel next ye ;p

Anonymous said...

Je pense que je définir les paramètres de tort. Maintenant que j'ai changé les réglages, il ya seulement 1 sur 8 messages visibles pour le public. Auparavant mis au contenu mature, malgré l'absence de nudité. Dois-je double-poster? C'est la partie blog qui m'a confondu ..