iklan

Friday, July 2, 2010

minum MILO anda jadi sihat dan kuat!kini...MILO DENGAN PROTOMALT !!!

This is 48hours sticky post..sila scroll ke bawah untuk baca entry baru:) terima kasih;)



 minum MILO anda jadi sihat dan kuat!

kami membesar dengan MILO:)
pagi2 mesti mau air MILO.
dulu waktu sekolah,mak buat sarapan mesti buat air MILO.sampai la sekarang.MILO menjadi menu utama ketika sarapan.
kenapa?sebab pada aku, air MILO sedap!:P hehe.makan MILO pon sedap:P mase kecik dulu aku suke ratah MILO camtu je, tu MILO umah aku cepat habis stok:P haha
sekarang ni dah kawen, kalau sarapan pagi,memang aku sediakan air MILO + oat untuk encik suami. kadang- kadang waktu malam pon die merengek mintak MILO + oat peberet die:P hehe

MILO memang berkhasiat dari dulu hingga kini.Terkini, MILO dengan PROTOMALT yang diperkayakan dengan malt barli. 

"PROTOMALT yang diperbuat daripada Malt Barli banyak mengandungi nutrisi yg penting untuk tubuh badan. PROTOMALT mengandungi karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang baik. Campuran karbohidrat kompleks yang seimbang dan mudah dicerna, kemudiannya akan di tukar oleh tubuh badan supaya menjadi tenaga yang diperlukan untuk sesetengah fungsi tubuh kita. sebab tu la kalau kita minum milo dengan protomalt ni, kita akan rasa lebih aktif dan bertenaga."

Jadi, mula kan hari anda dengan segelas MILO dengan PROTOMALT sekarang ! :)



Thursday, July 1, 2010

makan madu ketika hamil, banyak khasiatnya:)


hye all:)
selamat petang:)
hari ni aku MC lagi.asthma masih kurang baik.tapi ni dah bertambah baik.
pagi tadi pergi klinik lain untuk dapatkan rawatan. taknak la g klinik panel semalam.tak kisah la kena bayar,janji puas hati.
ok,kena nebulizer lagi hari ni.sangat lega selepas nebulizer.
dan doktor pon layan setiap pertanyaan aku dengan baik.
ok.hari ni mood aku dah ok berbanding 2 ari sebelumnya,aku agak stress dan banyak menangis.itu yang menyebabkan kesihatan aku kurang baik dan aku diserang asthma.
ok.lupakan segala masalah.hadapi masalah dengan bijak.
menangis bukan penyelesaiannya:)
Be strong AIN!:)

petang2 ni sementara tunggu suami ku balik..aku mestilah bertenet jap.sambil menghirup air madu suam:)
aku prefer makan madu campur air,so takde la panas sangat badan nanti.ini pun encik suami yang ajar:)
so,banyak khasiatnya madu untuk ibu mengandung dan baby dalam kandungan.
aku memang amalkan minum madu suam tiap2 hari:)
selepas minum madu biasanya aku rasa lebih sihat dan bertenaga sikit.

bawah ni aku letak antara khasiat madu untuk ibu hamil dan baby dalam kandungan.



KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU UNTUK IBU MENGANDUNG, BAYI DALAM KANDUNGAN, BAYI BARU LAHIR DAN IBU SELEPAS BERSALIN

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
3. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan
4.  Menambah nafsu makan bagi ibu hamil


B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.


D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Wednesday, June 30, 2010

Tips dari mak bidan untuk tahu anak lelaki atau perempuan??


Tanda Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
TANDA BAYI PEREMPUAN
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
credits:bidanbersalin

Tuesday, June 29, 2010

buku mesti beli: Rancang Wang dari Sekarang




buku mesti beli kot:D
lagi2 untuk kami yang baru mendirikan rumahtangga:P
haha..baru ke??dah nak keluar anak pon masih baru ke?:P
em..aku memang suke baca buku-buku motivasi and pasal duit:P
so..saje nak share ngan korang:)


klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal buku Rancang Wang dari Sekarang
cara nak beli buku ini...sila klik sini.


p/s: Me is praying for her father.semoga ayah cepat sembuh.love you ayah!

Monday, June 28, 2010

whiteboard


encik suami beli masa shopping kat jusco
xmahal pon .rm10 je
sampai je rumah terus excited pasang kat belakang pintu
and tulis2:P
comel kan?:D
aku lak suke conteng bukan2 kat whiteboard die:P
conteng ape?hanya kami je yang tau:P
lalala

Sayang, I LOVE YOU!;)