iklan

Wednesday, March 30, 2011

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage


korang nak choc free???


 klik banner ni untuk keterangan lanjut:)



aku tag : encik suami dan ikeyz untuk join giveaway ni:)
tarikh tutup: 31 mac 2011(11.59 pm)



resepi puding jagung yang sedap dan senang :)

resepi ni aku amik dari adik aku, AINI. thanks MOK NI for the recipe:)





nyam3.baru satu hari dah abes setengah bekas:P


ni resepinya:


1 cwn tepung kastard
3 cawan air
1 cwn susu cair
1/2 tin jagung cream corn
2-3 senduk gula

cara buat:

masukkan semua bahan diatas dlm periuk n masak atas api perlahan.kacau sampai pekat.pas dah pekat n mengelegak sket,masukkan dalam bekas pastu sejukkan dalam peti sejuk.
senang kan??

aku buat 2 adunan resepi ni:) dapat satu bekas seperti gambar diatas.


cubalah!!:)






p/s: lately tak sempat nak buat kek or cupcake or kek yang leceh2 or susah2, sempat wat kuih yang senang2 je:P hehe


Tuesday, March 29, 2011

contest muka garang si kecil

ahaha..jom join contest Contest Muka Garang Si Kecil.



 ni lak gambar pertaruhan ku :)


 nama penuh: Nurul Zaheen Binti Mohd Azuwan
nama manja: Zaheen @ Gek Gek :)
tarikh lahir: 16/10/2010


hee..saja suka2:) hope boleh menang :)
.
.
.

p/s: macam nak buat contest sendiri la pulak?ape pendapat korang.sokog tak?hehe


updated
p/s lagi: rupenye ni contest tahun lepas daaaaaaaaaa..sengal:P haha. so.dah confirm kalah lah ni.:P haha

Sunday, March 27, 2011

idea kahwin: cara menggubah hantaran

korang nak tau cara aku menggubah hantaran kahwin aku sendiri?
haha..
aku siap design dalam buku ok:P saje nak share ngan korang..cuba tengok bawah ni..

haha..gile comot:P

mula2 sekali aku decide nak hantaran ape.pastu aku tengok mana2 bekas yang dah sedia ada n boleh guna semula untuk gubahan hantaran (nak jimat kos kan.hehe).pastu aku design dalam buku camne aku nak gubah hantaran tu. part ni korang leh rujuk internet or majalah2 design mana yang korang nak. takpon ikut kreativiti or imiginasi sendiri jek.:) pastu aku decide nak guna ape untuk hias / gubah hantaran tu..riben ke, kain organza ke,manik2 ke.kalau boleh sebelum beli barang2 gubahan tu..korang ukur dulu bekas2 yang korang nak guna sebagai hantaran korang..supaya tak membazir terlebih beli riben, bunga, manik or watsoever yang korang nak guna sebagai barang gubahan hantaran. pastu...dah beli barang semua...dah boleh lah korang start menggubah hantaran sendiri. sangat seronok dan puas hati ok kalau gubah hantaran sendiri. I Loiike:P hehe..ok lah, tu je tips gubahan hantaran yang aku nak share. ok lah, Bye~ :))

Saturday, March 26, 2011

idea kahwin: paperbag yang super jimat. D.I.Y.

 korang korang bakal pengantin mesti lah nak jimat kos kahwin kan?? lagi2 kalau jemputan ramai, n harga paperbag pon sekarang ni mahal. so..ape kata korang buat sendiri je paperbag doorgift untuk majlis korang? guna beg kertas yang biasa guna korang beli goreng pisang panas tu.. beli banyak2, dapat harga murah.harga die jatuh 0.01 sen je sekeping. murah kan???? pastu korang hias la ikut kreativiti sendiri. print nama korang n pasangan n letak riben sket. nah, paperbag yang super jimat SIAP!!! :)





ni aku letak pic paperbag masa wedding member aku Pfa n Ijal..
just untuk bagi idea kat korang..





gune paperbag yang goreng pisang tu je..
kreatif dan yang penting JIMAT!
n korang boleh save banyak duit untuk honeymoon, preparation kawen yang  lain or life selepas kawen.
cubalah !:)