iklan

Sunday, January 31, 2016

RedOne Pasir Gudang


jom sama-sama like fb page RedOne Pasir Gudang




kenapa saya pilih RedOne ?

Assalamualaikum...
malam ni nak tolong promote bisnes husband tersayang :)
dah lama nak menaip tapi asyik tidak berkesempatan.
bukan promote sebab husband sendiri adalah agent RedOne, tapi promote sebab dapat jimatkan duit golongan marhaen macam kami sendiri. apa yang boleh cut cost, kita cut cost. so duit lebih boleh guna untuk benda lain pulak. buat apa nak membazir sedangkan anda boleh berjimat banyak. betul tak? memang sejak GST diperkenalkan tahun lepas, kami laki bini dok bincang,,,apa yg boleh cut cost untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan.? akhirnya, kami menemukan jawapannya. bertukar LINE telefon sebab line celcom sebelum ni memang cekik darah betulllll. huhuhu. so selepas dah bertukar ke RedOne..alhamdulillah, sangat berpuas hati. dappat mengurangkan perbelanjaan bulanan, dan apa yang penting, coverage sama seperti Celcom...so tak perlu risau anda di ceruk mana pon, coverage internet masih dapat. insyaallah :) so kenapa bayar lebih? bertukarlah ke RedOne ! :)





so ni aku Copypaste ayat husband aku dari blog nya.. encikazuwan.
jemput baca :)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku dah guna RedOne hampir setahun dan aku telah jimat banyak. Sebab utama aku ambil pascabayar adalah sebab kena GST berbanding prabayar tidak kena GST.........maaf terpolitik pulak. Sebab aku jenis tak suka kejap-kejap topup. Lepas tu bila kecemasan kredit habis bagaimana nak topup? Worst-case scenario gaisssss..Mari lihat penggunaan aku dengan RedOne.


Aku langgan:

Pakej RM8/sebulan

  1. guna atau tidak tetap RM8..memang murah. Mak aku guna pakej ni tanpa data so sangat murah, tidak perlu risau nak topup bagai. Yang penting anak mithali macam aku bayar setiap bulan=)
  2. RM0.15/minit semua telco. TAPI bila engkau telefon tidak sampai 30 saat caj yang dikenakan adalah RM0.08. Bila lebih 30 saat baru la RM0.15 di caj. HELLO zaman sekarang mana ada orang gayut kat telefon lama-lama. Wasap Telegram and so on....duhhhh..
  3. untuk ke talian RedOne adalah percuma. So korang ajak kawan-kawan masuk RedOne lepas tu call percuma untuk 6000 minit aka 100 jam.
  4. SMS ke lain rangkaian RM0.10 dan RM0.05 jika RedOne.
Gambar di atas nak tunjuk bawah 30 saat RM0.08.
















Pelan Data RM30/sebulan 1GB+

  1. RedOne ni pelik sikit. Data kurang dari 3GB akan dapat signal 3G tapi kalau 3GB ke atas baru dapat 4G. tapi aku bukan orang yang jenis hadap sangat telefon so 1GB+ sudah memadai dan kat rumah pun ada UniFi.
Ini data yang aku guna. tak sampai 1GB.haha.


Prepaid ni korang tidak akan perasan jumlah sebenar korang guna sebab ko topup RM10. Lepas tu topup lagi dan lagi dan lagi...Jika dijumlahkan lebih RM50. Memang RM38+GST sebulan nampak macam mahal tapi berbaloi sebab once 1GB dah habis masih dapat internet tapi fair usage policy.

Tapi bergantung kepada individu untuk menjadi pengguna bijak. haha..Bagi aku guna RedOne berbaloi bukan sebab aku ejen sahaja tapi sebab kadar yang mampu milik bukan mampu tengok. Lepas tu kita boleh analisis penggunaan kita melalui bil yang kita dapat. Kalau guna topup penggunaan tak berapa nak nampak.



BERMINAT? hubungi 0123630328. Walau di mana pelusuk Malaysia anda berada aku sentiasa akan memberi perkhidmatan THORBAEKKKK..haha.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
whatsapp : 0123630328 (ENCIK AZUWAN ) untuk pertanyaan lanjut:) sekian, terima kasih.

Wednesday, December 16, 2015

Perkhidmatan surprise delivery kami semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah :)



alhamdulillah..design banner dan sticker dah siap..
designed by my lovely husband. TQ :)

perkhidmatan kami:
kek harijadi
kek pertunangan
kek perkahwinan
surprise delivery*
delivery*
doorgift

*surprise delivery hanya boleh dihantar di sekitar Pasir Gudang, Johor sahaja buat masa ini. harap maklum. TQ

ni pula antara muka2 yang dah terima surprise delivery dari pihak kami.hehe
memang seronok dapat surprise dari yang tersayang kan?:)
jom booking tarikh anda dengan kami.
whatsapp 0137812223 untuk sebarang tempahan. tq:)

p/s: digalakkan booking at least seminggu awal,...jangan last minit naaaa..takut tak sempat or fully booked

gambar2 lain boleh tengok di ig kami: zaheensbakery

Tuesday, December 8, 2015

Pengalaman bermalam di Pullman Lakeside Putrajaya Hotel

assalamualaikum!
dah lama tak sempat nak update belog kesayangan.
actually cerita pasal Pullman ni dah draft lama dah...tapi xsempat nak edit2 dan publish.
Nah! my personal review about Pullman Lakeside Putrajaya Hotel :)
.
.
.

Day1

short and sweet escape!
itu yang aku boleh katakan kepada percutian pendek kami 2
hari 1 malam di Pullman Lakeside Putrajaya Hotel ni. :)



ok ni masa otw ke Putrajaya...
tengoklah zaheen,,,happy sangat bila cakap nak pergi Hotel. Excited! die siap tolong packing kemas baju.tapi die just packing baju berenang, goggles dan pelampung die je -_-


kitorang singgah Alamanda dulu untuk makan tengah hari jap..lepas tu baru check in hotel.
alamanda ke Pullman ambil masa lebih kurang 15-20 minit.


masa ni masa baru sampai


kitorang check in dalam pukul 3.00 petang..




3 gambar ni amik kat gugel je..sbb kitorang xamik banyak gambar sgt pon kat sana,
beautiful view!

Pullman Lakeside Putrajaya Hotel merupakan Hotel 5 Bintang yang mempunyai pemandangan yang cantik.bangunan dan binaan hotel pon cantik sangat...rasa puas hati dapat pergi sini.haha..dah lama mengidam nak merasa hotel ni sebenarnye..:) tq encik suami :)


hotel ni banyak banggunan. kitorang stay kat bahagian Rafflessia.
jom masuk bilik,







ok.bilik jenis ni  takde bath tub :(
bilik nye takla besar sangat tapi muat la untuk kami 4 beranak ;)


so, aktiviti petang tu adalah..pergi pusat ekuestrian Putrajaya.
saja bawa zaheen ziyad naik kuda kat situ,
bayaran hanya RM5 untuk satu pusingan. oklaaaa..hehe




nexttt, ke Taman Botani Putrajaya la kiteeee
bukan apa, saja nak tengok Astaka Morocco yang terkenal di Taman Botani Putrajaya.
memang cantik! masuk FREE je ok.hehe.
masa kitorang sampai, ramai pengantin photoshoot kat sana.




gambar kami di Astaka MOrroco Putrajaya.
ada banyak sebenarnya gambar kat sana, letak satu cukuplah.hehe
 dan cerita pasal Astaka Morocco ni ada keluar kat dalam surat khabar Kosmo tau.
tarikh 8 disember 2015.klik SINI kalau nak baca .hehe



day2.
bangun pagi,..terus breakfast.
harga bilik kami inc breakfast. so tak perlu keluar cari sarapan.
nyumnyum... breakfast kat situ not bad. sedap la.
kami duduk bahagian luar untuk menikmati pemandangan tasik di pagi hari,hehe.tp agak panas la kat luar.
dah kenyanggg, moh la kite jalan2 sekitar hotel ni.
rugi bayar mahal2 tapi tak jelajah hotel Pullman ni.heee


melawat kolam ikan.


 ramai lak pelukis waktu tu.
zaheen mmg suka tengok orang lukis.


kids room



 aktiviti kami bila bercuti..naik basikal.hehe.seronokkk.basikal ni kena sewa.

boleh main pasir jugakk



okay, dah puas berjalan jelajah hotel....it's swimming time!!

zaheen ziyad la paling happy kalau bab swimming ni.hehe

dah puas berendam dalam pool...kitorang check out pukul 12.30pm.
patutnya pukul 12.00pm check out.tapi boleh request late check out.

Bye PULLMAN LAKESIDE PUTRAJAYA!
insyaallah ade masa, kami datang lagi ya;)
next time nak stay kat bilik jenis lain lak.hehe



ok.panjang lakkk karangan i malam ni.
sorry u ools kalau ngntuk.
al maklum la,,dah lama tak update blog, kira balas dendam ni, update panjang2.hehe
bai!goodnite. assalamualaikum :)





Saturday, October 31, 2015

saya jual Brownies Kedut :)


Assalamualaikum..
lama tak update blog kan..
busy sangat sekarang sampai tak sempat nak update blog kesayangan ni.hehe
alhamdulillah bisnes kek ku semakin mendapat sambutan...:)
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :)



oh ya, sekarang tengah musim BROWNIES KEDUT  kan?
kalau bahaga inggeris dipanggil 
FUDGE BROWNIES atau FUDGY BROWNIES.

rasa die yang penuh rasa coklat dan chewy bila dimakan memang membuatkan rasa sekali pasti nak lagi.hehe.lagi lagi bila tengok kedutan kedutan atas brownies tu...perghh terliur beb.
sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga letak coklat ganache/salted caramel sauce/nutella sebagai topping.memang sedappp dap dap dap!


nah, belanja gambar sikit.hehe



nampak tak kedut kedut seksi itu??????
nyummmmms sangat ok




ok, kepada sesiapa yang nak beli brownies kedut, boleh beli dengan saya.
whatsapp 0137812223 untuk order!

Harga : RM45 sekotak (tanpa topping) dan RM48(ada topping)

Murah kan?
yup, brownies kedut kami memang boleh dipos:)
yang duduk jauh2 pon boleh beli walaupun kami di pasir gudang.hehe




whatsapp: 0137812223 untuk order brownies kedut atau fudge brownies kami

P/S: kami juga menerima tempahan untuk doorgift perkahwinan/ tunang/ majlis hari jadi dan sebagainya.



jangan lupa like fb page kami
dan follow instagram kami : zaheensbakery


terima kasih :D