iklan

Monday, September 19, 2016

saya jual cookies

 oat choc chips cookies dan dark choc chips cookies ku semakin mendapat sambutan.
yummmms.
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah:)

nak order>?
whatsapp saya 0137812223
cookies boleh dipos,
alhamdulillah setakat ni tiada masalah, sebab dalam dan luar balang dibalut dengan bubblewrap. so far cutomer bgtau cookies tak hancur dan smpai dengan selamat :)










antara review cookies












*cookies ni sesuai dijadika hadiah doorgigt untuk majlis hari jadi, kahwin, tunang, nikah , akikah anak , kenduri doa selamat...sesuai untuk sebarang majlis. tak ada masalah. boleh order dgn saya 0137812223.

jangan lupe like page zaheensbakery di facebook dan follow zaheensbakery di instagram ya. tq:)

Friday, August 5, 2016

Hermanas.co

do follow n support us dear families and friends :)))



hermanas means sisters in spanish ;)
selalu berangan nak buat bisnes with my sisters.
so ni kira one step ahead:)
mana tau akan datang boleh buat baju dan shawl dari jenama kami sendiri, InsyaAllah :)


so...do support n follow our ig : hermanas.co

thanks:)

Saturday, June 18, 2016

40 weeks pregnant.

assalamualaikum..



hihi..im still pregnant kepada sesiapa yang tertanya-tanya:P

haha.actually mmg hampir setiap hari orang tanya aku 'DAH BERANAK KE BELUM" atau..."DAH BERSALIN KE?" 

haha..actually mmg agak stress bila ibu mengandung yang sedang tunggu masa nak bersalin or dah hampir dekat tarikh due or dah melepasi tarikh due di soal dan diasak soalan itu bertubi-tubi dari ramai orang:P huhu

perutku @ 40weeks pregnant.
tepat2 pada hari due date. 


stress...sebab aku pon tak tau bile nak beranak ni?ohooiii..
hari dah 40 weeks 3 days. 
dah overdue 3 hari.
anak2 aku dulu zaheen dan ziyad pon overdue.
zaheen overdue 6 hari, lahir 3.81kg.
ziyad pula overdue 3 hari, lahir 3.9kg.
maybe baby nak ikut jejak langkah abang dan kakak die ..overdue juga.huhu..
tak apalah, yang penting anak ibu sihat dan selamat semuanya.
i just can't wait to meet u baby :)


yang paling selalu banyak tanya bila baby nak keluar ialah Ziyad.
huhu...sebab die tahu akan dapat baby boy. 
so die excited nak main dengan baby nanti. 
selalu letak mainan die atas perut ibu sebab nak bagi pinjam baby main,hihi
so sweet abang Ziyad :)

hihi,abg ziyad bagi baby pinjam mainan die.


actually, minggu ni aku agak kurang sihat.
kena batuk berkahak ..kahak warna kuning pekat.
batuk yang kuat sampai aku kene asthma dan kene neb.
dah lama aku xkene asthma ok.neb pon last tahun lepas rasanya.
lepastu, disebabkan batuk kuat, aku punya dada bahagian belakang sakit gila. bisaaaaaa. nak buat apa2 pon tak boleh:( 
kalau ikutkan doktor nak bagi antibiotik sebab ade infection katanya (kahak kuning pekat).
tapi memandangkan masa aku g klinik tu, lagi satu hari nak due aku...doktor kata tak payahlah antibiotik,. so aku just dapat ubat batuk n ubat cair kahak utk ibu mengandung.
alhamdulillah lepas 2 hari keadaan makin ok..dan hari ni alhamdulillah aku makin sihat.
dah boleh aktif macam biasa :)
kalau tak...tidur malam pon xlena sebab asyik batuk n wheezing jn kene sedut inhaler sbb asthma.
aku risau gak kalao xbaik lagi nnt nak bersalin semput camne? T__T
sekarang masih batuk,tp dah kurang..dan bila batuk dah sakit kat dada..n kahak pon dah cair..
mybe baby nak tunggu ibu sihat betul baru nak keluar :)


oklah,tu je nak mengomel malam ni...
nak tdo dulu..
gudnite alls
doakan urusan bersalinku dipermudahkan..
mudah , cepat dan selamat.
aminnnnnn :))))))




Sunday, June 12, 2016

alhamdulillah , akhirnya potty training Ziyad berjaya pada hari ke 6 :)

Good Job Son!



hehe,..

actually, proses potty training memang perlukan kesabaran yang TINGGI dari ibu dan bapa .
pada awalnya memang kena banyak bersabarlah kalau die terkencing or terberak ke kan...
kena la rajin mengelap dan mengemop pada awalnya..
tapi lama2 ianya mendatangkan hasil:)
hasilnya, dapat jimat duit tak payah beli pampers lagi.huhu



ada yang bertanya tips macam mana saya ajar ziyad potty training...
actually,banyak juga refer encik google, tengok pengalaman mommies lain cara mereka ajar anak potty training. ada yang dah bermula potty training seawal anak mereka berumur 1tahun ++ dan masih belum pandai cakap lagi. wahhhh gigih dan hebat betul mereka. sy pula bermula umur 3tahun untuk Zaheen dan ziyad pula masa umur die 3tahun 5 bulan. kira lambat jugak la ni sebenarnya ajar ziyad potty training.huhu



antara tips saya ajar anak sy potty training :

1. sy guna REWARD SYSTEM.  sy akan bagi die STAR jika die berjaya kencing or berak di toilet. dan sy bagitahu die...kalau dapat star banyak2, saya akan bagi die hadiah sebagai reward. dan memang sy tunaikan janji itu. sebaik sahaja proses potty training ziyad berjaya, sy belikan die mainan SUPER WINGS yang diminta :)

2. saya juga akan bagi pujian kalao die berjaya kencing or berak dalam toilet. Contoh ayat " Pandai Ziyad kencing dalam toilet." . selain itu, sy juga akan peluk dan cium die jika dia berjaya kencing n berak dalam toilet. Tunjukkan kita happy sangat tengok die berjaya kencing/berak dlm toilet. nak tepuk tangan pon boleh :P huhu

3. lepas tu sy belikan die spender bergambar kartun yang dia suka. happy ziyad dapat spender Captain America, Spiderman, Gambar boat dan sebagainya,huhu

4. selalu ingatkan die dah besar, kencing n yak dalam toilet. bukan dalam pempes. sentiasa ingatkan dia kalau nak kencing n berak pergi toilet.

5. masa hari awal2 ajar potty training memang agak penat sbb kene bawa ke toilet setiap sejam untuk suruh die kencing. tunggu die kencing.

6.kalau die nak berak, sy ajar die guna toilet bowl. kalau toilet bowl tinggi, sy letak bangku kecil kat kai die dan bgtau die kalau dah siap yak bgtau. alhamdulillah, masa potty training ziyad, die tak pernah terberak dalam seluar, just ade terkencing je dlm tempoh potty training tu.

7. seblum nak tidur, tak kira la tdo siang or malam, memang wajib bw die pergi kencing dlu..n bangun tdo terus ajak pergi kencing. tp malam mmg sy masih pakaikan die pempes lagi wpun dah kencing sblum tidur sebagai langkah berjaga2. maklum la...masih awal lagi..takut terkencing juga. setakat ni hanya sekali dua je terkencing dlm pempes masa tdo malam. smpai skang pakaikan, tp pempes bersih, xde air kencing bila pagi.

8.kalau boleh kena buat masa hari kita cuti...buat berterusan n konsisten, insyaallah berjaya:) alhamdulillah , 5 hari sy buat secara konsisten, masuk hari ke 6, dia dah boleh rasa bile nk kencing or yak,so die sendiri bgtau kita die nak cing n yak n die yang ajak kite gi toilet...


hehe..
itu je kot tips nya,
harap dapat membantu mommies semua :)


Saturday, June 11, 2016

resepi oat choc chips cookies yang sedap dan rangup. dijamin rangup! krup krap krup krapp.hihi

assalamualaikum:)
malam ni nak share resepi oat choc chips cookies yang sedap bangattt.  resepi baru. modified :) lebih sedap, lebih berkhasiat, dan lebih crunchy! dah buat banyak kali. tested n proven! hehe. memang sedap. sampai ramai yang mintak resepi . oklah, i share kat sini resepinya :) kalau dah buat n menjadi, bagitau tau;) hihi



resepi oat choc chips cookies

bahan2:

A)
250g  butter 
180g  gula perang
180g gula pasir
2 biji telur
1 s.t esen vanilla

B)
250g tepung gandum
1 s.t baking soda
1 s.t baking powder
1 s.t garam halus

C)
300g choc chips
200g oat
100g almond nibs(bakar dlu sekejap)
50g walnuts(bakar dlu sekejap)


cara buat:

1. pukul butter dan gula sampai kembang, then, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. pukul rata.
2. bahan B- digaul rata,kemudian satukan dengan bahan C, kemudian gaulakan dengan bahan A hingga jadi doh. doh memang agak lembek.
3. ni part penting nak jadikan cookies tu rangup ...sejukkan cookie dough tu dalam peti sejuk dahulu at least sejam..tapi kalau boleh semalaman supaya jadi rangup dan lebih sedap :)
4. bila doh dah sejuk, baru bulatkan dan susun dlm loyang pembakar (tak perlu alas dengan baking paper pon boleh)
5. bakar pada suhu 180 celcius, 15min or hingga masak. depends pada oven masing2 ya. (jgn lupa panaskan oven at least 15min sebelum nak bakar cookies)

ni doh cookies. baru keluar dari oven :)

tips lagi:
*kalau nk lagi sedap, pls gunakan butter yg berkualiti tinggi seperti pure butter jenama anchor, scs atau president. nak campur separuh buttercup n separuh pure butter pon ok..
* guna choc chips jenama hersyes , sedappp.nyam2. sy campur dengan beryls dark choc chips
* nak guna rolled oats pon ok. nak campur separuh rolled oat dan separuh quacker oat pon boleh
*pastikan bakar dlu kacang2.dh sejuk br masuk dlm doh,kalau kacang masih panas...choc chips akan mencair..so doh nnt jadi gelap.choc chips plak dah hilang sbb cair.huhu

jangan lupe like zaheen's bakery di fb dan ig.hehe.

ok, dah bagi resepi. boleh lah korang buat biskut raya sendiri raya ni :)
selamat mencuba:) 




p/s : dah 39weeks 3 days hari ni. doakan aku  tak overdue...dan doakan semoga dipermudahkan urusan bersalinku ...:)tq:))