iklan

Sunday, November 6, 2016

resepi tiramisu yang sedap dan senang. (versi kurang manis)

assalamualaikum..
dah lama aku tak share resepi kan..
malam ni ada masa untuk aku menaip belog..
meh nak share resepi tiramisu simple sangat dan sedap sangat ;)


tiba2 tekak ni craving nak makan tiramisu ..
so jumaat lepas sempat lah aku membuatnya..
hasilnye,..maveles. rosak dietku. berat baru turun ke 49kg dah naik mencanak balik kot sbb mkn byk sgt tiramisu ni.hahaha


resepi tiramisu sedap dan kurang manis

1 peket biskut marie( aku ade campur sikit dgn biskut hi fibre jacob.sodappp)
250g creamcheese
250 whipping cream
serbuk koko
choc rice utk tabur atas sekali
nescafe or apa jenis kopi(bancuh ngn air panas suam)

cara2:

1.pukul cream cheese n whipping cream hingga gebu.
2.sediakan bekas. celup biskut dgn air nescafe/kopi.susun biskut dlm bekas.
3.letak adunan cheese atas biskut tadi.
4.susun biskut yg telah dicelup lagi.
5.letak adunan cheese tadi.
6.letak serbuk koko sikit.
7.ulang 4 dan 5.
8. last sekali tabur serbuk koko . kemudian tabur choc rice ikut suka hati nk banyak mana.haha
9. sejukkn dlm peti sejuk at least 3 jam.
10. sedap dimakan sejuk2.


nyam nyam...tak manis dan tak muak. cubalah!

p/s : malas nk buat?meh oder dgn sy,... whatsapp 0137812223 ;)
jgn lupe like Zaheen's Bakery di facebook dan follow Zaheensbakery di instgran :)

Monday, October 3, 2016

pakej surprise delivery






assalamualaikum dan salam sejahtera

kami menyediakan perkhidmatan SURPRISE DELIVERY di kawasan pasir gudang, Johor dan sewaktu dengannya.


ada 3 pakej yg disediakan buat masa ini :



1. PAKEJ KASIH SAYANG



brownies + mini card + 3 kuntum bunga ros merah + surprise delivery service =RM90 sahaja!!!
wow! harga jimat lagi hebat. 
yang paling penting dapat gembirakan hati yang tersayang, betul tak? :) 
brownies tu boleh tulis atas die,, nak tulis saya sayang awak ,happy birthday, rindu awak, selamat hari ibu, selamat hari tua...semua boleh..free charge je tulis atas brownies tu. waaaahhhh.

contoh gambar penerima surprise kami.
pakej rm90.
terkejut sangat sahabat dari jauh kirim surprise ini.
terharu, gembira, sebak pon ade tau die,hehe
sape tak suka bila diri ini diingati,,,disayangi kan??hehe




tulisan atas brownies.
Free of Charge je.
berbaloi baloiiii
brownies kedut a.k.a fudge brownies ni mewah dengan rasa coklat tau. tak manis. tak muak, siyes cakap.


ok jom tengok pakej kedua pulak.

PAKEJ 2: PAKEJ CINTA

brownies + mini card + SEJAMBAK bunga ros merah + surprise delivery service =RM140 sahaja!!!

Haaa yang ni dapat sejambak bunga ros merah. :)

contoh gambar spt di bawah:




macam biasa, atas brownies yg sedap tu boleh tulis2.
FOC je :)


PAKEJ 3 : PAKEJ RINDU

brownies + mini card +SEJAMBAK CHOCOLATE BOUQUET DENGAN BUNGA + surprise delivery service =RM200 sahaja!!!

Ni contoh gambar nya :)



ok, dh selesai dah cakap pasal tiga pakej tu.
nak order>?
senang je
whatsapp 0137812223 atau 0123630328 untuk tempahan.
kalau boleh seminggu lebih awal ya:)



jangan lupa like page zaheen's bakery di FB dan follow zaheensbakery di instagram :)


tqvm :)

Monday, September 19, 2016

saya jual cookies

 oat choc chips cookies dan dark choc chips cookies ku semakin mendapat sambutan.
yummmms.
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah:)

nak order>?
whatsapp saya 0137812223
cookies boleh dipos,
alhamdulillah setakat ni tiada masalah, sebab dalam dan luar balang dibalut dengan bubblewrap. so far cutomer bgtau cookies tak hancur dan smpai dengan selamat :)










antara review cookies












*cookies ni sesuai dijadika hadiah doorgigt untuk majlis hari jadi, kahwin, tunang, nikah , akikah anak , kenduri doa selamat...sesuai untuk sebarang majlis. tak ada masalah. boleh order dgn saya 0137812223.

jangan lupe like page zaheensbakery di facebook dan follow zaheensbakery di instagram ya. tq:)

Friday, August 5, 2016

Hermanas.co

do follow n support us dear families and friends :)))



hermanas means sisters in spanish ;)
selalu berangan nak buat bisnes with my sisters.
so ni kira one step ahead:)
mana tau akan datang boleh buat baju dan shawl dari jenama kami sendiri, InsyaAllah :)


so...do support n follow our ig : hermanas.co

thanks:)

Saturday, June 18, 2016

40 weeks pregnant.

assalamualaikum..



hihi..im still pregnant kepada sesiapa yang tertanya-tanya:P

haha.actually mmg hampir setiap hari orang tanya aku 'DAH BERANAK KE BELUM" atau..."DAH BERSALIN KE?" 

haha..actually mmg agak stress bila ibu mengandung yang sedang tunggu masa nak bersalin or dah hampir dekat tarikh due or dah melepasi tarikh due di soal dan diasak soalan itu bertubi-tubi dari ramai orang:P huhu

perutku @ 40weeks pregnant.
tepat2 pada hari due date. 


stress...sebab aku pon tak tau bile nak beranak ni?ohooiii..
hari dah 40 weeks 3 days. 
dah overdue 3 hari.
anak2 aku dulu zaheen dan ziyad pon overdue.
zaheen overdue 6 hari, lahir 3.81kg.
ziyad pula overdue 3 hari, lahir 3.9kg.
maybe baby nak ikut jejak langkah abang dan kakak die ..overdue juga.huhu..
tak apalah, yang penting anak ibu sihat dan selamat semuanya.
i just can't wait to meet u baby :)


yang paling selalu banyak tanya bila baby nak keluar ialah Ziyad.
huhu...sebab die tahu akan dapat baby boy. 
so die excited nak main dengan baby nanti. 
selalu letak mainan die atas perut ibu sebab nak bagi pinjam baby main,hihi
so sweet abang Ziyad :)

hihi,abg ziyad bagi baby pinjam mainan die.


actually, minggu ni aku agak kurang sihat.
kena batuk berkahak ..kahak warna kuning pekat.
batuk yang kuat sampai aku kene asthma dan kene neb.
dah lama aku xkene asthma ok.neb pon last tahun lepas rasanya.
lepastu, disebabkan batuk kuat, aku punya dada bahagian belakang sakit gila. bisaaaaaa. nak buat apa2 pon tak boleh:( 
kalau ikutkan doktor nak bagi antibiotik sebab ade infection katanya (kahak kuning pekat).
tapi memandangkan masa aku g klinik tu, lagi satu hari nak due aku...doktor kata tak payahlah antibiotik,. so aku just dapat ubat batuk n ubat cair kahak utk ibu mengandung.
alhamdulillah lepas 2 hari keadaan makin ok..dan hari ni alhamdulillah aku makin sihat.
dah boleh aktif macam biasa :)
kalau tak...tidur malam pon xlena sebab asyik batuk n wheezing jn kene sedut inhaler sbb asthma.
aku risau gak kalao xbaik lagi nnt nak bersalin semput camne? T__T
sekarang masih batuk,tp dah kurang..dan bila batuk dah sakit kat dada..n kahak pon dah cair..
mybe baby nak tunggu ibu sihat betul baru nak keluar :)


oklah,tu je nak mengomel malam ni...
nak tdo dulu..
gudnite alls
doakan urusan bersalinku dipermudahkan..
mudah , cepat dan selamat.
aminnnnnn :))))))