Monday, September 6, 2010

resepi biskut oatmeal / oatmeal cookies yang sedap

hye.slamat pagi:) semalam aku dan encik suami sibuk membuat biskut raya...dapat la 2 jenis biskut, oatmeal cookies dan crunchy cornflakes cookies..n sempat la aku membuat strawberry yogurt cheesecake untuk encik suami yang mengidam lepas tengok aku siapkan tempahan kek org...n die tak dapat nak rasa, terliur die kate:P hehe


oatmeal cookies


crunchy cornflakes cookies



strawberry yogurt cheesecake




ok..ni aku bagi resepi biskut oatmeal dulu..resepi yang lain later ok??




bahan2:



1 1/2 cawan shortening(lemak sayuran)
2 cawan brown sugar (gula perang)
1 cawan white sugar (gula putih..aku guna gula kastor-halus sikit dari gula pasir biasa)
2 biji telur
1/2 cawan air masak(bukan air panas tau..guna air kosong jek)
2 sudu kecil esen vanila
2 1/3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil baking soda/soda bikarbonat
2 cawan kismis (aku guna kismis jenama SUNMAID je)
1 cawan badam cincang (yang dah siap bakar ok)
6 cawan quaker oat



cara2:

1.pukul shortening+brown sugar+white sugar sampai kembang n gebu(low speed->medium speed->high speed)
2.pastu masukkan telur satu persatu sampai sebati(low speed->medium speed->high speed).pastu baru masukkan air dann esen vanila(low speed->medium speed).
3. tambahkan tepung+serbuk kulit kayu manis+baking soda+garam.pukul sebati.(part ni kena guna low speed ok.start je masuk tepung kena guna LOW SPEED)
4.tambah kismis,badam dan oat.gaul sebati.(part ni guna senduk kayu pon boleh.tak pun guna mixer but low speed).
5. adunan akan sedikit melekit..masukkan dalam peti sejuk dulu ..sejukkan dalam 20 -30 minit pastu baru guna. bentukkan guna hujung jari.letak dalam dulang pembakar yang dialas dengan baking paper supaya biskut tak melekat apabila siap dibakar. bakar selama 10-13 min..pada suhu 175 degree celcius.(pastikan oven dah dipanaskan sebelum bakar biskut,ok?)

ok.memang sedap.cuba lah!:)

3 comments:

Pekebun Sayur said...

Slm, maaf...tumpang tanya, sudu kecil tu sudu mcm mn?sudu kopi ke?

storm rider said...

ws.. sudu kecik tu macam sudu kopi. yang biasanya guna masa nak kacau minuman dalam cawan :)

Siti 'Aisyah said...

Salam..saya baru ternmpak blog ni.saya tak pernah buat biskut raya.tahun ni bru nk mencuba..saya tak ada peralatan utk buat biskut raya..tp kalau sy teringin nk buat biskut oat ni,boleh ke pukul adunan tanpa machine?