Wednesday, March 9, 2011

resepi puding sagu gula melaka tembikai susu yang sangat sedap!!!!serius tak tipu ni:P mak mertua pon puji tau.huhu.




resepi ini tersangat lah sedap wahai kawan kawan sekalian. 5 bintang aku bagi untuk pencuci mulut ini. sangat senang nak buat dan sgt sedap sampai mak mertua aku pon puji n tanya cara buat nya.hehe.

actually,resepi asal dari majalah rasa bulan februari 2011.tapi aku olah ikut selera aku :P

ni resepi asal..aku siap snap lagi pic die untuk korang.


ni resepi versi aku lak...

 bahan2:

sagu-aku guna sagu color hijau..saje ..nak nampak colorful sikit:P
1 tin susu cair*
6 sudu besar gula melaka hancur
1 sudu besar gula pasir*
tembikai susu-separuh(potong dadu)
air secukupnya

cara2:
1.mula2 rebus sagu sampai kembang.guna api sederhana n kacau sampai kembang. sagu ni ikut suka korang nak banyak mana. nak banyak, rebus banyak, nak sikit, rebus la sikit. aku guna lebih kurang 2 cawan sagu, pastu rebus ngan air.air biar lebih takpe..takde sukatan air utk rebus berapa asal air lebih. bila dah kembang,tutup api, masukkan sagu dalam tapis, lalukann bawah air paip, untuk buang kanji nya. pastu baru la letak dalam bekas. pastu masuk peti sejuk.

2. masak bahan yang bertanda * didalam periuk guna api sederhana sampai menggelegak sikit.pastu tutup api.simpan dlm peti sejuk.


3. masak gula melaka hancur ngan 2 sudu besar air. masak sampai gula melaka cair n likat. kejap je masaknya:)

4.  cara makan: mula2 masukkan sagu dalam cawan, pastu masukkan gula melaka pastu baru masukkan susu tembikai susu tadi. lebih sedap dimakan sejuk2.



cubalah:)




1 comment:

Meteoragurlz said...

peh mmg nampak sedap pon..ehehe