Thursday, January 5, 2012

Nur Amalina Che Bakri

Assalamualaikum....Minggu ni hangat dengan kisah nur amalina che bakri ,pelajar cemerlang SPM tahun 2005 kan? pasal isu legging yang dia pakai lah, isu tak pakai tudung, isu seksi, isu die tak habiskan pengajianlah, isu peluk lelaki mat salleh dan macam-macam lagi lah. gambarnya tak perlu lah aku letak kot. taknak mengaibkan die pulak.. ni aku ade baca kat mynewshub mengenai jawapan lengkap nur amalina che bakri kepada semua warga Malaysia...


Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.



Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.


Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara  dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.


Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.


Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.


Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.


Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.


Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.

nak baca lagi pasal penjelasan Amalina dan nak tengok video penjelasan dia , KLIK SINI



credts: mynewshub

No comments: