Sunday, November 25, 2012

resepi macaroni cheese with white sauce

assalamualaikum,,,





disebabkan aku rasa bosan pada hari ahad ni,maka aku ilangkan bosan dgn mengupdate blog.
bosan sebab encik suami kene keje hujung minggu. sabtu keje.ahad pon keje. booooringgg.~
aku dah la takde kete nak merayap sendiri disebabkan eksiden aritu. hmm. nk guna laptop pon curi2 sebab si zaheen skang pantang tgk aku bukak laptop mesti die nak main sekali. handphone aku pon same. dah la TV pon asik tengok citer die jekk. huhu.


ni nak share resepi macaroni cheese with white sauce. my fav ni. sedap banget. rugi tak try buat. nk buat pon senang.

bahan2 untuk macaroni :
250g macaroni (rebus sampai lembut.angkat,toskan. air rebusan jgn buang,boleh guna sikit )
200g daging kisar RAMLY
2 biji kentang-potong dadu
2 -3 biji bawang holland (bergantung kpd siz. kalau besar sangat guna 2 biji jek..kalau sederhana gunalah 3 biji)-potong dadu
bawang putih-5 ulas-hiris  halus
butter/olive oil- digunakan untuk menggoreng(secukupnya)
sos cili- secukupnya
1 kiub ayam KNORR
garam dan lada sulah-secukupnya
cheddar cheese(diparut)- secukupnya

bahan2 utk white sauce:

1 3/4 cawan susu segar (guna susu sejat cam tak best sgt.ada rasa manis)
lada sulah-secukupny
garam-secukupnya
butter- 1 1/2 sudu besar
2 sudu besar tepung-dibancuh dengan sedikit air
bahan untuk topping:

mozarella cheese/cheesedale


cara buat:
1. rebuskan macaroni sampai empuk
2. panaskan kuali.msukkan butter/olive oil dlm kuali. aku biasa guna butter je. kuali jgn panas sgt.nnt butter hangit,tak sedap.
3. butter dh cair sikit,masukkan bawang putih.pastu masukkan bwg holand. tumis smpai naik bau dan agak2 nak layu dah,masukkan kentang yg dah dipotong dadu. pastu agak2 kentang cam dah lembut,masukkan daging kisar.kacau rata sampai daging masak. pastu masukkan kiub ayam.kacau raya sampai kiub ayam dah hancur sepenuhnya.
4. masukkn mcaroni tadi dan airnya sedikit. gaul rata,pastu masukkan sos cili secukupnya.(aku biasa main agak2 je,pastu rasa lah sendiri,tak cukup sos,tambah lagi) .
5.. pastu taburkan garam dan lada sulah secukupnya. last sekali pasrutkan cheddar cheese dlm kuali tadi dan gaul rata .
6. letak dlm mangkuk tahan panas utk bakar dlm oven.aku guna jenama pyrex. asingkan kejap ,sementara tu buat white sauce lak.

cara buat white sauce:

1. masukkan semua bahan dlm periuk.kacau rata dlu sebelum bukak api. bile semua dah sebati...baru bukak api kecik je. kacau sampai pekat.
2. pastu masukkan dlm adunan macaroni tadi. letakkansecara sekata atas macaroni tadi.
3. last sekali taburkan mozarella cheeese atau cheesedale yg dh dipotong kecil2.

4.bakar pada suhu 180 degree celcius selama 15-20min bergantung kepada oven. (nnt bahagian atas akan nampak keperangan bile dah masak).

sedap dimakan panas2 dan sedap dimakan bersama sos cili.macam macam tu pon sedap:) cubalah:)






jemput makan :)

2 comments:

nadia said...

akak betul2 suka masak eh? ;)
kagummm nadia. alaaa, akak dah terlepas yang entry makeover tu. sorry tauuu. nanti insyaAllah ada rezeki lebih nadia buat lagi ye. ;)

storm rider said...

nadia: suke masak,suke deco2 umah tapi tak suke menjahit:P hehe.ok,nnt buat,insyaallah join;)