Thursday, November 28, 2013

resepi baked garlic egg sandwich with cheese





 assalamualaikum
hari ni nk share resepi breakfast sedap jugak ni
baked garlic egg sandwich with cheese
makan panas2 mmg sedap lagi2 roti tu ala2 garlic bread
dah sejuk pon still rasa sedap lagi.
saya suka saya suka! (ayat MEI MEI dalam UPIN IPIN:P)

 
bahan2:

roti gardenia
butter 
bwg putih-cincang halus
pepper/lada sulah
garam
cheesedale
scramble egg
mayonis
timun -hiris

cara buat:

1. memula...buat garlic butter dlu..cincang halus garlic..pastu masukkan dlm butter..gaul rata.masukkan pepper dan garam secukup rasa.garam secukit je cukup. pastu sapukan kat roti utk yg bahagianatas(lapisan pertama).
2. letak scramble egg kat roti lapisan kedua.letak cheesedale.aku letak separuh je cheesedale. letak mayonis sikit. letak timun kalau ade.
 3.satukan 2 bahagian roti tadi. susun dlm loyang pembakar. masuk dlm oven yg dah sedia panas.suhu 180 . bakar dlm 10 minit or sampai keperangan atas nya.. siap.sedapppp:)

No comments: