iklan

Thursday, July 14, 2011

ada sesiapa cari antivirus kaspersky? ni murah punya! dan ORIGINAL ok!! jom beli !:)

actually ni bisnes suami aku dan aku tolong promote kat blog aku:)
ni aku CnP dari blog encik suamiku...apeapehal deal ngan suami aku eh:) servis baek punya!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku nak jual Kaspersky Antivirus dan Internet Security dengan harga MURAH. Tertera di bawah harga jualan.

Kaspersky Antivirus 2012 (1 year 1 PC) - RM13


Kaspersky Antivirus 2012 (1 year 3 PC) - RM23


Kaspersky Internet Security 2012 (1 year 1 PC) - RM19


Kaspersky Internet Security 2012 (1 year 3 PC) - RM28

Ini lebih murah berbanding membeli di kedai-kedai komputer sebab tiada kos untuk CD serta packaging. Jangan risau ini 100% original. Anda akan diberikan activation key, masukkan activation key ini ketika anda install aplikasi Kaspersky ini.Sila beri masa 1-3 hari untuk proses penghantaran activation key.

Ini bukan scam OK. Saja nak buat side income, maklum la aku nak beli banglo paling besar di Pasir Gudang ni.haha. Untuk pembelian, sila ikut langkah seperti di bawah.

- hantar emel nak Kaspersky versi mana ke n a w u z a [ a t ] g m a i l [ d o t ] c o m
- tunggu confirmation, akan cuba reply secepat mungkin. kalau lambat mungkin aku berada di luar jangkauan internet so sila sabar. dinasihatkan pembelian pada hari bekerja.
- bayar dan emel bukti pembayaran (print screen atau details)
- tunggu activation key. installer Kaspersky download di sini

kalau nak beli, klik SINI





8th month of zaheen

cam biasa, zaheen dah nak umur 9 bulan barulah aku terhegeh-hegeh nak cerita perkembangan zaheen 8 bulan.


1.zaheen dah expert duduk. maksudnya badan die tegak je duduk. dah kuat la belakang die berbanding sebelum ni.

2. suka berjoget (goyang2 kan bontot n badan die) kalau dengar lagu kat tv.haha.suka sgt tgk die buat macam tu, comel!

3. suka goyang2kan kaki kalau time makan. ish ish ish.ikut perangai sape la ni?:P


4. dah tumbuh lagi 3 batang gigi. so total gigi adalah 7 batang sekarang.dan zaheen sekarang dah ada berus gigi. bila mandi, abah die gosokkan gigi zaheen. so far zaheen senang je nak kena gosok gigi, die suke, tadah je gigi die untuk digosok.haha.kena ajar gosok gigi dari awal:)


5.dah expert memanjat2 ni.pastu berdiri n dah boleh berjalan sambil memapah pada sofa dan tepi meja. maksudnya die boleh gerak sambil memapah sofa dari hujung kanan ke kiri sofa. pastu pantang nampak tangga mesti nak main kat tangga.

6. dah pandai tepuk tangan masa main pok amai2:P


7. dah pandai babai :) hee:)


                                                        ni pic zaheen yang terbaru:)



                

oklah, tu je kot yang aku ingat:)




hari ni dapat tau yang ex rumate aku masa kat  UPM dah bersalin. Tahniah Ayu:) welcome to the club:) nnt ade masa aku lawat baby ko k:)oklah, kat sekolah ni,curi masa update belog:P byeeeeeeeeeee


Thursday, July 7, 2011

birthday encik suami yang ke 26 dan lasagna

yup.semalam besday encik suami tapi aku tak sempat buatkan cheese cake peberet die:( 
SORRY sayang..:(



tak sempat coz sejak 2 menjak ni aku asik balik sekolah lambat. dalam kol5 ke atas.
aku memang dah agak aku tak sempat nak buat kek yang 'BOMBASTIC'  untuk die(bombastic lah sangat:P haha)..so aku pikir pikirkan nak masak ape special2 untuk encik suamiku. pening gak nak pikir nak buat ape.last2 masa ngah mengajar aku boleh teringat aku ada beli kepingan lasagna jenama SAN REMO sebelum ni, so aku terus pk, yes!aku nak buat lasagna untuk besday suamiku:) kek?kek batik jek. guna resepi kek batik biskut marie yang aku penah post sebelum ni tapi aku lebihkan oat and susu dan guna pure butter. yup, sudah tentu rasa lebih sedap coz guna pure butter:)



so semalam..balik je sekolah, aku terus beli daging kisar RAMLY dan mozarella cheese. bahan tu je takde untuk buat lasagna. yang lain dah ade kat umah. pas beli barang terus jemput zaheen kat umah pengasuh. sampai je umah dalam kol 4 gitu, terus rendam daging kisar bagi lembut dan rebus tomato untuk buat tomato puree. (aku tak guna tomato puree dlm tin, buat sendiri lagi sedap dan fresh!). pastu terus siap2kan bahan sambil melayan zaheen. yup, bukan senang nak memasak sejak zaheen dah makin nakal n aktif panjat sana sini =_=  lepas dah buat rebus tomato aku rebus kepingan lasagna lak . sekali dah siap rebus baru perasan yang kepingan lasagna yang aku beli tu jenis instant rupanya so tak perlu rebus dah. haha. boleh tak perasan lak yang aku beli yang instant. ish ish ish, so korang sebelum buat lasagna make sure kepingan lasagna tu jenis instant atau tak. kalau instant, tak yah rebus lagi dah. huhu. tapi aku dah terebus sampai kepingan lasagna tu koyak2 sebab aku rebus :P dah terebus camne? tak boleh pakai lagi ke? boleh aje:P jadi aje. cuma tak kemas la sebab dah koyak2 kepingan lasagna tu:P huhu. yang penting rasa nya sedap :P *nak sedapkan ati* haha.. encik suami sampai je umah , lasagna baru masak. so memang tepat pada masanya:P huhu..baru lah FRESH FROM THE OVEN;)



actually aku memang nak sangat buat surprise buat candle light dinner ,pasang lilin aromaterapi ,letak kelopak2 bunga kat lantai bagi efek romantis sambil pasang lagu2 romantik , bla bla bla..which is tak sesuai coz dah ada anak:P nanti abes zaheen maen lilin2 tu:P so..besday encik suami kali ni disambut ngan senyuman gigi 4 batang zaheen dan mainan2 dan bukunya yang bersepah kat lantai coz mak die kemas die sepahkan balik:P haha..
hadiah pulak? encik suami suke cakap die taknak ape2.simpan je duit buat beli umah, untuk masa depan, tak payah  hadiah pon takpe yang penting aku sayang die banyak2 :P aku memang sayang die banyak3 tapi apa salahnya bg hadiah kan?bukannya selalu tapi die selalu menolak. tak tau nak bagi ape sebab die tak bagi hint or aku tak perasan hint die?:P hehe. tapi aku dah tau die nak ape:) insyaallah, hujung tahun ni:)


oklah, encik suami pon dah nak balik keje...aku nak mengemas2 jap.zaheen pon baru je tido:) resepi lasagna later la eh?gambar pon nnt.malas nak upload coz nak cepat. gambar lasgna pon lom sempat snap lagi.haha.


bye:)

Wednesday, July 6, 2011

Happy 26th birthday sayang

happy birthday SAYANG... :)


.
.
.
.


from: ur luvly wife n noty zaheen :)



Lap u! always!:)

Monday, July 4, 2011

GAMMA : KING OF KINGS

Jumaat lepas, 1 july 2011 sekolah aku buat sukan tahunan. 
Rumah aku,GAMMA dapat nombor 2 je. 
beza 2 emas je ngan tempat pertama. frust gak tak dapat johan. coz memang aku aim nk JOHAN tahun ni coz tahun lepas 2nd place je..tapi takde rezeki gak tahun ni.
takpe lah, atlit rumah aku pon dah buat yang terbaik dan sangat bersemangat. Semangat rumah sukan!:) 
aku pon lagi bersemangat:P 
abis sakit tekak coz aku asik dok menjerit sokong budak2 aku kat padang.huhu. 


ni antara pic nya..~


disebabkan tetamu jemputan hanya free 1 julai 2011, so sukan kitorang pon terpaksa lah buat tarikh yang die free tu.


perbarisan rumah gamma
acara guru..4x25m jek.haha,lawak lak lari relay 25m jek..tak mencabar kot:P hehe.
tak mencabar pon,aku leh tergelincir lepas pass baton kat member aku.haha.padang licin hokey:P
tapi takpe, team kitorang  dapat JOHAN hokey:P haha.
gamma: king of kings!
idea bendera,logo ,motto, lagu, maskot semua dari encik suami. thanks pengurus rumah sukan ku:)


maka selepas berakhirnya sukan tahunan ini, berakhirlah tugas aku sebagai ketua guru rumah sukan gamma. selepas sukan ni, budak budak lebih mengenali aku cikgu ketua gamma.huhu.
oklah...itu je nk merepek...minggu ni bz nak menanda kerja kursus sejarah PMR pulak coz pemantau nak dtg check.ingatkan boleh rilek2 minggu ni coz minggu-minggu sebelumnya bz ngan sukan. tapi tidak. hua hua hua 

p/s: ngah makan pazz da pizza. arini malas nak masak.nak order boleh klik sini