iklan

Monday, June 17, 2013

resepi puding peach yang sedap dan senang :)

assalamualaikum







semalam aku buat peach pudding sempena hari bapa.:)
cuaca panas sekarang memang sedap makan puding yang sejuk sejuk kan?:)
jom try resepi puding pic yang senang lagi sedap ni :)




resepi puding pic
sumber: CTDELIMA

500ml susu cair
500ml air
3/4 cawan gula
1sudu kecil esen vanila
1 sudukecil pewarna kuning(jika ada-xde pon xpe)
1 peket serbuk agar2 (10g lebih kurang)
1 1/2 sudu besar tepung jagung(dibancuh dgn 2 sudu besar air-gaul rata)
1 tin buah pic dlm tin


cara buat:

masak air,gula n serbuk agar2 sampai mendidih..masukkan susu,esen vanila,pewarna dan tepung jagung. nak lagi sedap tambah sikit 2 sudu besar air buah pic tu. kacau/gaul sampai mendidih sikit.tutup api. tuang dlm bekas/loyang yg dah disusun buah pic. sejukkan jap kat suhu bilik.pastu baru letak kat peti sejuk:)


senang kan? cubalah!

jom dapatkan ESP shaklee. untuk ibu hamil, menyusu, berpantang dan seisi keluarga :)

assalamualaikumm


kalau kkorang nak tau...ESP Shaklee ni adalah antara produk terlaris Shaklee.
saya sendiri pengguna ESP Shaklee ini untuk menambahkan susu badan :)


antara kebaikannya:

ibu hamil:
-beri tenaga yg segera
-bagus utk perkembangan janin dlm rahim
-bagus diamalkan dari hamil bagi mengurangkan tanda stretchmark di perut
-kulit anak yg sihat apabila dilahirkan


ibu menyusu:
- menambahkan susu badan
-memekatkan susu(baby cepat kenyang)
-memberi badan ibu sihat dan bertenaga

ibu berpantang:
-mempercepatkan sembuh luka
-mengurangkan keguguran rambut +zink
-menyihatkan sel-sel dalaman yang rosak dlm tempoh bersalin


ESP ni berkaitan dr hamil sampailah bersalin :)
lagi2 nak puasa ni.ibu menyusu perlu lebih tenaga :)



sapa nak?
beli ngan saya:
nurul ain

shaklee id 890731
whatsapp/sms 0137812223
emel: mrsnawuza@gmail.com

Saturday, June 8, 2013

cara nak tambah stok susu badan menjelang bulan puasa

assalamualaikum
bulan ramadhan kian menjelma..
macam mana nak tambah stok susu semasa berpuasa?
insyaallah dengan bantuan supplement set menyusu shaklee:)


set lengkap terdiri daripada..


Mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium). Keistimewaanya adalah set ini dilengkapkan dengan ESP - Soy Protien Shaklee yang manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku).

Set vitamin ibu menyusu (Triple M) ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan.

Manfaat set Triple M(3M) ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak.


Bagaimana Menjayakan Penyusuan
Sekiranya anda mengambil mana-mana set vitamin ibu menyusu ini maka bersedialah untuk lebihkan kekerapan mengepam setiap 2-3 jam kerana tanpa kekerapan mengepam dan menyusukan maka tiada gunanya kita mengambil vitamin ibu menyusu ini.

Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.


berminat?
sms/whatsapp 0137812223
emel: mrsnawuza@gmail.com
atau nak beli sendiri di branch shaklee yang berhampiran?boleh!hanya nyatakan no id shaklee saya (890731) untuk mendapat harga istimewa.


tak cukup bajet untuk set lengkap menyusu?
jangan risau, ada set bajet menyusu untuk anda.






resepi kek lobak / carrot cake yang sedap dan senang. tidak perlu guna mixer ok. i like resepi yang senang-senang :P

assalamualaikum
malam ni tidur lewat
cant sleep
encik suami lak tengah tgk Running Man.
aku tak layan sangat running man ni
baik haku hapdet resepi kat belog
untuk rujukan aku jugak nanti:)


so mlm ni nak share resepi carrot cake yang best dan sedap.
carrot cake ni memang my all time fav:)
aku mmg suka sangat makan carrot cake.sukeeee sukee sukeee.
tapi malas nak buat cream die.makan kek camtu je,tanpa cream cheese frosting kat kek tu.lebih sihat:P hehe



resepi kek carrot mudah
sumber: dapur mamasya


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- tak letak
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara
Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi. 


ni buat 1 adunan resepi ni..guna loyang 4 segi besar ni...10" x 10" kot

ni buat setengah adunan resepi je sbb ms tu carrot xcukup..guna loyang 4 segi kecik sikit...




ok,slamat mencuba:)
good nite:)

Friday, June 7, 2013

resepi banoffee pie yang sedap dan senang :)

assalamualaikum...:)
hari ni dah share resepi;)
dah lama tak share resepi ,syik share pasal shaklee jek,nnt korang muak pulak.hehe
so hari ni nak share resepi banoffee pie yang sedap lagi lah senang dan awesome :P hehe


apekebendealah laaa banoffee pie tu?aku dulu pon tertanya tanya la jugak.ape tuuuwww?? sedap ke? rasa ape?senang tak membuatnye? aku ni sejak akhir2 ni lebih gemr buat yang senang2 jek, malas nak buat yang leceh-leceh dan banyak step. tak menyempattt.kang baru je bukak mixer, si ziyad dah melalak nak susu. baru je tidurkan ziyad,nak sambung wat kek, si zaheen lak merengek nak perhatian. haha.


so, ape itu banoffe pie? hasil carian dari encik google yang hensem lagi bergaya...

"Banoffee pie (also spelled banoffi, or banoffy) is an English dessert pie made from bananas, cream and toffee from boiled condensed milk (or dulce de leche), either on a pastry base or one made from crumbled biscuits and butter." 

sumber:wikipedia

so, diringkaskan..banoffee pie ni addalah gabungan banana dan toffee(caramel).. 
sebab dia..BAN = BANANA, OFFEE = TOFFEE/CARAMEL...maka gabungan banana dan toffee, jadilah Banoffee Pie. 
 
 dan hasilnye....super sedap! i loikee:))
so,ni resepinya..banyak je resepi die sebenarnya..tapi aku pilih yang super senang untuk dibuatnya..takpayah buat nak uli2 tepung untuk buat pie crust. guna biskut je.senang dan cepat siap:P



resepi banofee pie:

1) Pisang - apa² jenis pun boleh. Nak sedap, guna pisang montel
2) 3/4 tin susu pekat manis - kalau boleh guna yang "Susu Isian Pekat Manis" instead of "Krimer Manis". Ada beza tau.
3) 1 cawan susu cair
4) Biskut High Fibre Jacob - nak guna biskut plain lain pun boleh.
5) 100g butter dicairkan
Hiasan : Whipped cream dan serbuk koko
Haaa...ada 5 bahan sahaja untuk buat pie yang awesome ni. Cara nak buat pun senang.
1) Ambik biskut, masukkan dalam food processor/blender/lesung batu. Proses sampai jadi serbuk halus. Biskut ni gunakan ikut suka hati..depends pada besar mana acuan pai.
2) Lepas tu, gaulkan biskut hancur tu dengan butter cair. Pastikan tak terlalu berminyak..kira sedang-sedang je la..kalau butter terlalu banyak, tambah lagi biskut hancur.
3) Tekankan adunan biskut tu ke dalam acuan pai. Tekan bagi padat supaya base pai tu cantik. Lepas tu, sejukkan dalan peti sejuk.
4) Next, buat caramel sauce. Mula-mula, masukkan susu pekat manis ke dalam periuk. Kalau ada periuk jenis non stick, lagi bagus. Panaskan dengan api sederhana sambil kacau sentiasa. Jangan bagi susu tu mendidih. Cukup setakat mendidih sikit² je. Kawal api jika perlu.
5) Bila susu tu dah bertukar warna jadi warna perang karamel dan sangat likat dan pekat, perlahankan api, masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau rata. Kacau sampai semua sebati dan biarkan simmering sekejap.
6) Angkat sos karamel, tuangkan atas pie base yang dah sejuk tadi. Masukkan semula dalam peti sejuk.
7) Lepas setengah jam atau sejam, keluarkan pai tadi. Aturkan hirisan pisang atas pai. Last sekali, hiaskan dengan whipped cream dan serbuk koko.
8) Makan dengan senang hati! :)
 
 
p/s: pd pendapat aku.pai ni lebih sedap dimakan bila dibiarkan semalaman dalam peti sejuk.slmt mencuba!