iklan

Saturday, July 30, 2011

nak muntah menanda report PEKA fizik..

sebab banyak sangat file nak kne tanda. pastu nk kena check satu2. pastu nk kena tanda dlm borang. banyak hokey? apsal la pemantau asek nk dtg memantau sekolah aku ni? penat la asek nak pantau2. ok. done with the merungut about PEKA FIZIK.






sekarang nak cakap pasal puasa lak. next week dah puasa! kejap je kan? tahun lepas masa bulan puasa aku ngah sarat mengandung. puasa tahun ni lak aku dah ade zaheen:) how fast time flies kan? :) apa yang bestnye pasal  sekolah kalau bulan puasa? dapat balek cepat!!:P waktu blk sesi pagi kalau bulan puasa ialah 12.25 tgh hari. yay! pastu ko-kurikulum setiap rabu takde. yay lagi! pastu kelas tmbahan pon takde. yay yaya dan yay! tapi meeting tetap ade. booooooring.






oklah, ni zaheen br tido.aku  nak sambung menanda report peka. last but not least..selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak:) semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..insyaallah:)

Wednesday, July 20, 2011

adakah susu ibu boleh tercemar???

ni aku CnP ayat dari blog kak hana seman


gud info!






Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, 'askar-askar' dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)

Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

Majikan perlu bagi sokongan

Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.

Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF. 





P/S: alhamdulillah susu aku masih lagi banyak dan boleh menyusukan zaheen sehingga ke hari ini. dan insyaallah aku akan menyusukan zaheen sehingga umur 2 tahun! insyaallah.:)


p/s lagi: yup,susu kan anak dapat turunkan berat badan dengan cepat!:)


credits: kak hana seman

Tuesday, July 19, 2011

siraj's cookies

tadi aku tengok berIta adik kat tv9 ngan zaheen. ada berita pasal siraj cookies. siraj, seorang budak lelaki berumur 12 tahun, buat sendiri choc chips cookies guna resepinya sendiri dan buat bisnes ok! baru 12 tahun ok! wa salute lah sama lu siraj:P




siraj ni start jual choc chip cookies untuk dapatkan duit yang cukup untuk die pergi south africa untuk bertemu kawannya kat sana. tiket pegi balik adalah rm4000. so die buat bisnes ni untuk menampung kos penerbangan tu. wow!so impressive:)










  cookies ini......




 .
.
.
.

 telah dibuat oleh budak kecik ini....



 bagus la...nanti nak ajar zaheen buat kuih dari kecik gak:)


dah ada label and packaging sendiri..nice:)












ni video siraj buat cookies:












ni facebook sirajcookies
nak rasa boleh lah order ngan siraj:)


p/s: agak2 aku dah tolong promotekan siraj ni..ada dapat cookies free tak ek?terliur dah ni.hehe.:P


Monday, July 18, 2011

hari hari mau banana split :D

bukan aku yang hari hari mau banana split ok. tapi encik suami :P aku baru je beli aiskrim choc hari kamis lepas, hari ni dah habis aiskrim tu. yang besar punya lak tu. padahal makan berdua je:P ini adalah kerana encik suami asyik nak makan banana split:P senang je nak membuatnya, tapi setiap kali nak makan mesti die nak aku buat kan jugak. dengan alasan, die tak reti nak letak ape, nak hias camne, padahal campak-campak je pon:P encik suami aku ni..bukan sekali sehari nak banana split tapi satu hari boleh 3 4 kali makan:P setiap kali tu jugak aku lah yang membuatkannya, tapi bile mintak die suapkan,die suap kan sket jek:P chaitt:P












haa...ni resepi banana split yang aku selalu buat :


1 biji pisang berangan -belah dua
aiskrim perisa choc atau ape ape perisa -secukupnya
kacang (ape jenis kacang..badam/gajus/walnut/kacang tanah pon boleh asalkan dah bakar dulu sebelum nak ditabur kat aiskrim ye)-aku guna 1 sudu besar je
sos choc - aku guna yang dah siap je.jenama Gourmet.







ni aiskrim dah abes :P so nampaknya , minggu banana split dah habis:P ok lah bai!





Saturday, July 16, 2011

resepi kek batik brunei

salam.korang pernah makan kek batik brunei??? aku buat kek ni masa ade potluck kat sekolah aku semalam. dan kek ini menjadi rebutan dan sume puji kek ni sedap, lain dari yang lain :) yup, kek ni memang sedap. die tak rasa cam kek batik biasa. tekstur die pun cam chewy2 gitu sebab ade nestum+oat :) actually first time aku rasa kek ni adalah masa wedding sepupu aku. family mak die dari brunei. makcik2 die yang buat kek batik brunei tu. first tiime aku rasa terus terpikat. series. rasa die pun tak muak dan just nice je. sampai tak sedar dah makan banyak. huhu.





ok.ni resepinya:


1 peket biskut marie (perisa original or perisa coklat.dua dua boleh.tapi aritu aku guna yang perisa choc punya ,sedap!)
250g butter (aku guna Buttercup)
1/2 cawan gula
3/4 cawan susu cair
2 biji telur (gred B) -NOTE: kalau guna telur gred A, kurangkan susu cair kepada 1/2 cawan
1 1/2 cawan NESTUM
1 1/2 cawan OAT
3 cawan MILO
2 sudu besar HORLICK




cara buat:


step 1: sapu butter kat loyang dulu.pastu alaskan ngan kertas minyak.atas kertas minyak pun sapu butter skit.-step ni penting untuk mengelakkan kek melekat kat loyang, senang nak dikeluarkan dan senang untuk potong nanti.


step 2: satukan telur+susu sejat+ gula-kacau sampai sebati guna whisk


step 3: satukan oat+nestum+milo+horlick dalam 1 bekas-gaul sebati


step 4: patahkan biskut marie. letakkan dlm satu bekas.


step 5: panaskan butter sampai cair.guna api sederhana jgn terlalu besar. bila mentega dah cair, masukkan adunan telur tadi. kacau sampai pekat. jgn guna api besar ok. nanti jadi scramble egg:P sentiasa kacau sampai pekat. bila dah pekat masukkan aduanan MILO tadi. kacau sebati.tutup api. kemudian masukkan biskut yang telah dipatah2kan tadi. gaul sampai sebati. kemudian masukkan dalam loyang tadi. tekan tekan dan padatkan guna senduk. bila dah masukkan semua aduanan, atas sekali taburkan ngan nestum secukupnya. tutup kan atas aduanan dgn kertas minyak. tekan2 atas kertas minyak itu untuk tujuan padatkan kek.



step6: masukkan dalam peti sejuk. sejukkan semalaman lagi baik biar rasa die well blended:P hehe.




ok,senang kan?boleh lah buat untuk hari raya nanti kan? :) hehe.






p/s: pic diatas kurang menarik.mana taknye...tak sabar nak makan, so amek gambar pon cepat2:P haha.