iklan

Thursday, May 29, 2014

resepi puding karamel kukus yang sedap dan senang! :)


 assalamualaikum


hari nak share resepi puding karamel yang super sedap , tak muak, tak hanyir dan rasa sekali pasti nak lagi:P huhu

resepi dapat dari kawan..thanks hajar:)


resepi:

bahan A: 
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 tin susu pekat manis ( atau 1 cawan susu pekat manis)
5 biji telur A
1 sudu teh esen vanila



bahan B:

1/2 cawan gula pasir
1 cawan air




cara2:

1. utk bahan A: mula2 buat gula hangus dulu..masak gula dalam periuk guna api sederhana...kacau sampai bertukar warna keperangan.. kemudian masukkan air. kacau sebati. masukkan gula hangusdlm acuan kukus.
2. kemudian, buat bahan B pulak. campurkan semua dalam periuk.masak atas api sederhana.kejap je. pastu tutup api. tapiskan.kemudian masukkan dlm acuan kukus yg dah diletak gula hangus tadi,tutp acuan kukus tadi.
3. kukus selama 20-30 minit.pastikan air kukusan dah dipanaskan terlebih dahulu.
4. bila dah masak..masukkan dlm peti sejuk dulu sbelum dimakan:)

 


ni baru siap kukus tak sabar2 nak keluarkan dari bekas..hasilnya..pudding pecah sikit,huhu..


p/s: selamat mencuba:)
p/s lagi: ziyad pun suka ok. sesuai utk anak juga:)

Wednesday, May 21, 2014

wordless wednesday #40: expanding... and expanding...:))) alhamdulillah:)

Monday, May 19, 2014

resepi cadbury cookies by Zaheens Bakery

assalamualaikum....
dah lama nak share resepi cadbury ku ini..tapi busy sangat sampai tak sempat..sorry ya!
ramai juga yang request resepi cadbury cookies ni. nah! resepi ni untuk korang :)))





resepi cadbury cookies


bahan2:

250g butter
240g brown sugar
50g white sugar (boleh kurangkan jika tak nak manis sangat..ikut tekak masing2)
2 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanila
280 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
2 sudu teh soda bikarbonat*
secubit garam*
150 gram oat (tak perlu dikisar)*
2 sudu besar chocolate rice
2 coklat cadbury bar yang size besar (potong kecil)




cara-cara:

1. satukan bahan yang bertanda * dan gaul rata guna spatula.
2. pukul butter+gula sampai kembang gebu.
3. masukkan telur satu.pukul lagi sampai kembang. masukkan sebiji lagi telur beserta esen vanila. pukul lagi sampai kembang. 
4.kemudian masukkan bahan-bahan yang bertanda * yang dah disatukan tadi. masuk sikit demi sedikit. (time dah masuk kan tepung guna mixer speed paling slow)
5. last sekali, masukkan choc rice. gaul rata guna spatula sahaja.
6. masukkan aduanan cookies dalam peti sejuk..at least setengah jam.(tips: biasanya aku sejukkan semalaman. hari ni buat cookies dough..esok baru gentel cookies n bakar :P)
7. bentukkan adunan bentuk bulatan..boleh guna aiskrim scoop kalau nak size sama. 
8. letakkan coklat cadbury atas cookies dough tadi. 
9. masukkan dlm oven yang telah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit awal ... bakar suhu 170-175 selama 10-12 minit atau sehingga masak..part ni biasanya bergantung kepada oven masing2..:)
10. bila dah masak..keluarkan terus dari oven..biarkan cookies berehat jap atas tray ..jgn terus nak keluarkan dari tray...pastu baru simpan dlm bekas kedap udara ok...:)


nota: resepi cookies saya ni juga boleh divariasikan rasanya..boleh ganti dengan coklat m&m's...maka terhasillah m&m's cookies pula. hehe. 
boleh juga digantikan dengan coklat chips...maka terhasillah choc chips cookies...
boleh juga digantikan dengan rolled oat, walnut dan raisins...maka terhasillah oat and raisins cookies;)))



nota lagi: cookies adalah sangat sedap , rangup dan mengasyikkan. Beware:P


ni antara review cadbury cookies dari Zaheens Bakery :











ni pulak review dari customerku aka blogger aka merangkap jiran aku je rupenya..haha..
tq tq tq suraya:))
thanks sangat kat semua yang menyokong  Zaheens Bakery:))))


sape yang belum LIKE page Zaheens Bakery boleh lah LIKE ya;)))


p/s: ade orang tu baru dapat ipong5 :P lapumorelahsayang:))
p/s lagi: kalau korang dah try resepi ni jgn segan silu komen kat ruangan komen ya!:) nak tau gak...ok tak..hehe:)
p/s lagi dan lagi: kalau nak order ngan i pon boleh...whatsapp i 0137812223 for more details. i mmg selalu pos cookies ni...n congo bars:)

Friday, April 11, 2014

resepi donut bulat gebu. sedap dan senang:)

assalamualaikum
lama tak update blog
banyak je benda nak share kat blog ni lagi2 resepi..tapi asyik tak menyempat aje..
so malam ni aku curi masa jap untuk share resepi donut yang aku dah buat banyak lagi dan sangat berpuas hati dengan resepi donut ni. aku panggil donut ni donut bulat gebuss.aku malas nak terap bentuk donut. aku buat bulat2 je.hehe. btw, donut ni menjadi makanan peberet zaheen. kadang2 tu,,,setiap hari die mintak suruh buatkan donut. salah satu sebabnya...dia dapat main uli2 doh donut  yang aku cubitkan sikit untuk die.huhu.
 
 
 
 
resepi ni aku amik kat FB. tak pasti dari sape...so aku share kat blog ya...minta halal ya resepi ni tuan punya resepi:)
 
resepi donut bulat gebu
 
bahan A:
 
165 ml susu suam
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
 
campurkan semua bahan dan perap 10 minit
 
 
bahan B:
 
2 cawan tepung gandum / tepung berprotein tinggi
2 sudu besar butter
1/2 s.t ovalette
1/2 s.t baking powder
1/2 s.t pelembut roti
1/2 s.t garam
 
 
 
cara2:
 
campurkan bahan A dan B.
uli sampai tak melekat.
perap selama 45 minit
bulat-bulatkan
perap semula selama 10 minit
goring hingga kekuningan.(api jgn besar sgt)
angkat,toskan minyak
gaul dgn gula aising:)
 
 
sebelum goreng

selepas goreng

fav zaheen!
 
 
note: donut ni akan mengembang masa di goring. bila makan panas2...rasa dia..rangup diiluar,lembut didalam.sedap snangt kalau makan panas-panas :) 
 
p/s: aku pernah frozenkan donut guna resepi ni. caranya...goreng kejap.angkat ,toskan.biar sejuk di suhu bilik.kemudian simpan dlm peti beku. :)
 
 
p/s lagi: korang jgn lupe like page aku kat fb tau...
www.facebook.com/bakebymrsnawuza  :)
 

Friday, February 21, 2014

resepi roti paun manis, lembut dan gebu

assalamualaikum..











sebenarnya ni first time aku buat roti sendiri...alhamdulillah, menjadi:)
bila dah sekali buat...terus rasa GIAN nak meroti lagi.:)


ni resepi yg aku ikut...
Resepi dari blog  ourkizuna

6 cawan tepung roti
1 1/2 cawan susu suam
3/4 cawan gula
11g yis(aku guna brand mauripan)
3 biji telur gred A
1/4 cawan mentega




Cara-cara:

1. Dalam satu bekas besar campurkan yis dan 1/2 cawan susu suam. Biarkan sepuluh minit atau sehingga keluar buih buih. 
2. Masukkan baki 1 cawan susu, gula dan telur. Kacau perlahan sampai gula agak larut. 
3. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati. 
4. Masukkan baki tiga cawan tepung dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung secukupnya.

5. Sapu sedikit minyak pada mangkuk dan masukkan adunan ke dalam tu. Letak, lepas tu terbalikkan supaya kedua belah permukaan kena minyak. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama sejam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

6. Bila dah naik. Tumbuk tumbuk. Lepas tu bentukkan. Masukkan ke dalam bekas yang nak bakar tu. Biarkan sampai naik lagi. Gris dengan campuran susu+telur ke atas doh dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 20-30 minit.

7. Keluarkan dan sapu mentega cair kalau nak effect permukaan berkilat.



**note: aku ade buat bentuk bulat2 satu-satu..tapi tak sempat snap pic. aku letak..butter+gula+mozarella sikit dan almond sikit atas roti...dan letak kismis sikit, sedap:) next time boleh buat lagi:) sebab bila simpan keesokan harinya pon...roti still lembut lagi:)