iklan

Wednesday, January 20, 2010

resepi cupcake vanila


nak tau x??sangat rindu nak makan kek buatan sendiri.huhu~
barang2 buat kek sume kat segamat...tak bwk g pasir gudang...
ngidam nk makan kek..Ngidam??:P huhu~

em...ni nak share resepi cupcake vanila yg aku selalu buat utk makan sendiri and untuk bisnes;) try la..senang n confirm jadi:)


Bahan-bahan

untuk cupcake:

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara
1.Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu(warnanya bertukar menjadi kuning keputih-putihan)
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.pukul lagi sampai sebati.
3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati(semasa proses mencampur adunan tepung,pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)
4.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
5.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
6.Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
7.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.

**kalo nak perisa lain,boleh tukar esen vanila kepada perisa lain yang anda mahu.boleh juga tambah kekacang seperti badam dalam resepi:)

source: myresepi

------------------------------Selamat mencuba ye:)--------------------------------------------

7 comments:

farah fadhil said...

ehem.. dh ngidam2 ke puan ain? hehe..

NURUL AIN said...

ngidam manje2 ngan encek suami je:P huhu...~

tapikan...actually tanda2 awal pregnant dah ade...juz wait n see;) xnak terlalu mengharap:)

fiza aka auntie su said...

salammm..mintak izin copy rcp cc ni ye..tq...i dah follow ur blog..nice blog;)

http://auntiesukitchen.blogspot

sheila92lala said...

npe ek pelu ltak air panas?

Unknown said...

salam sis oven nak kena panaskan dulu ke before bakar or tak payah panaskan terus bakar

NURUL AIN said...

oven kena panaskan dulu,.sory lmbt bls ye

Unknown said...

mengidam plak rasa tgk rupe kek ni..hee..


http://manjakucergas.blogspot.com