Friday, May 28, 2010

resepi chilled oreo cheesecake.senang dan cepat.hanya guna blender saja;)

Jom buat oreo cheesecake guna blender.
guna blender je??
yup.tak perlu guna mixer;)) 
senang dan cepat:)

memandangkan hari ni hari cuti  tapi suamiku tak cuti(ok,takde kaitan pon), so aku terlebih rajin:P kemas rumah,basuh baju,sidai baju,basuh cadar,tukar cadar,mop lantai,kemas dapur,pergi pasar,buat oreo cheesekek(dah lama ngidam ni) dan masak untuk lunch!fuh.memang penat.ni baru je ada tenaga balik lepas dah rehat.Oh ye,menu aku hari ni ialah kari ayam dan kacang panjang goreng.nyam3.sedap!!(puji diri sendiri masak:P haha)


ok,sekarang ni meh aku share resepi oreo cheesecake dengan hanya menggunakan blender sahaja;))


resepi chilled oreo cheesecake


2 paket biskut oreo( 1 paket oreo dikisar/dihancurkan-sebagai base/tapak kek.1 paket lagi ...oreo dipatahkan 4 dan diletak kat tengah dan atas cheesekek)


bahan A


30g mentega -dicairkan
250g cream cheese -aku guna jenama KRAFT PHILADELPHIA
1 bekas yogurt-aku guna plain yogurt
5 sudu besar susu segar
1 kotak kecil(200g) whipping cream
5 sudu besar gula kastor
1 sudu besar jus lemon


bahan B


1 sudu besar gelatin yang halal*
5 sudu besar air*
(masukkan gelatin dalam air.kemudian cairkan guna microwave.selepas dah keluarkan dari microwave,kacau guna sudu)


cara-cara:


1.pastikan mentega dan cream cheese telah dikeluarkan awal dari peti sejuk dan biarkannya lembut secara semulajadi di suhu bilik. bila kedua2nya dah betul2 lembut,baru la boleh mula buat cheesekek.


2. kisar 1 peket biskut oreo yang telah dibuang krimnya. kemudian, gaulkan biskut yang dah dikisar dengan mentega yang telah dicairkan. bubuh dalam loyang kek,tekan hingga mampat.(aku guna mangkuk kecik2 je,tak guna loyang kek..so dapat la dalam 5 mangkuk kecik).kemudian masukkan dalam peti sejuk.


3. masukkan bahan A dalam blender dan blend sehingga sebati.


4. kemudian, masukkan Bahan B ke dalam blender tadi. blend lagi sampai sebati.


5. Kemudian,keluarkan loyang berisi biskut tadi dari peti sejuk,tuang adunan cheese separuh.kemudian bubuh biskut oreo yang di patah-patahkan, kemudian tuang lagi adunan cheese sampai habis. pastu,bubuh beskut oreo yang dipatah-patahkan sebagai topping kek.sejukkan dalam peti sejuk selama 3jam sebelum dimakan.





haaaaaa.....senang kan???
cuba la!:))

p/s: gambar takde.sebab takde kamera.ishk;(

7 comments:

nabilah_2908 said...

hmm..bnykjuga bahan2 dia...

sy pun pernh juga buat..just guna

biskut Oreo..sour cream..cream cheese..butter..telor and gula halus..:)

jom ke APA KATA HATI pulak,
tajuk n3

NuRuL AiN said...

hye nabilah:))
emm..banyak gak bahannya...tapi bahan2 tu senang cari n yang penting senang je nak buat,guna blender n masuk peti sejuk je:P hehe.btw,nnt nk try gak la resepi oreocheesecake kamu:))

Fiza Notty said...

ala tak ada gambar ke..?? visit from gegblogger :)

BIG APPLE HARAM?

NuRuL AiN said...

fiza:aah,xda pic sebab xda kamera time tu:((

Fiza Notty said...

oh :( xpe lain kali kalau ada kamera n terlanjur buat, amek tau pic nye.. :)

NuRuL AiN said...

fiza: ok:)) gud news.baru je lepas buat tadi sebab ade order.n kali ni dapat amik pic:)) nnt i upload ye:)

Fiza Notty said...

WAH!dah ada y order? ok..nnt roger :)