Monday, August 9, 2010

resepi muffin choc chips inti chocolate cadbury yang sedap dan senang :)






 muffin yang aku buat petang tadi. gebu dan sedap :)


muffin memang mudah nak buat.tak payah guna mixer pon. hanya gaul guna senduk kayu.adunan die memang akan berketul-ketul2 sikit dan bukan cair dan smooth je seperti adunan kek.dulu2 aku buat muffin guna mixer,pukul perlahan lepas tu high speed.tapi muffin tak akan kembang cam merekah2 tu.die akan jadi bantat n tak naik macam muffin. so aku pon study la camne nak buat muffin yang betul.so..akhirnya aku dapat tau rahsia buat muffin.tak perlu guna mixer,hanya perlu gaul sebati guna senduk kayu dalam 4 - 5 kali gaul sahaja dan adunannya memang berketul-ketul. dan suhu oven perlu dalam 180-200 darjah celcius.oven perlu dipanaskan 20 min sebelum buat muffin ye:) so ni aku bagi resepi muffin yang asas.maksudnya dari resepi ni..korang boleh hasilkan muffin pelbagai rasa dan perisa.tak percaya??cubalah!!:)




bahan-bahan:


2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak masak/mentega cair


cara-cara:
1. panaskan oven...180-200 darjah celcius..ikut kesuaian oven.oven aku..aku guna suhu 185
2.dalam mangkuk/bekas besar, campung tepung+garam+gula...gaul sebati guna senduk kayu.kemudian buatkan lubang di tengah
3. dalam mangkuk kecil, pukul telur sikit(macam pukul telur dadar),masuk susu dan minyak.tuang dalam mangkuk berisi tepung tadi.
4. gaul sebati guna senduk kayu dalam 4-5 kali gaul.adunan memang akan nampak berketul ketul sedikit.
5. masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh. aku guna souffle cup,so tak perlu guna tiffin muffin.kalau guna bekas muffin yang biasa,perlu letak dalam  tiffin muffin.
6. masuk dalam oven.bakar selama 25 min.

Note:

boleh pelbagaikan rasa muffin. kalau nak buat muffin blueberry..tambahkan 1 cawan bluberi segar/jem bluberi,kalau nak buat muffin kurma atau kismis..tambahkan 1 cawan kurma/kismis yang telah dipotong2 ,kalau nak buat muffin choc chip...tambahkan 1 cawan choc chip...kalau nak buat muffin choc chip inti cadbury...tambahkan 1 cawan choc chip..dan letak adunan separuh dalam cup muffin,masuk choc cadbury kemudian tambahkan lagi adunan...kalau nak perisa cheese..tambahkan 1 cawan cheddar cheese yang telah di parut..dan macam2 lagi..ikut kreativiti masing2 ye:)













13 comments:

Nurfarhana said...

cikgu. tgk da mcm sedap je lagi2 ade choc chips tu. buat pun mcm sng je. meleleh air liur ni.. hehe

AyuniNatirah said...

Salam Pengenalan marilah join kontest blog saya ^__^

Happy Moments Contest

encik azuwan said...

encik suami baru nak mkn cadburry tu..tapi dh selamat jadi muffin.

NuRuL AiN said...

farhana: memang sedap pon:P hehe.try la buat sendiri.nanti kalau buat boleh la bagi cikgu rasa;)

ayuni: salam perkenalan;)

encik azuwan: alalala...nanti i belikan lagi cadbury u tu:P

Nurfarhana said...

takde kemahiran lg. kalau buat kek coklat je yg mahir. tu pun 50 50. ehee.. nnti kalau cikgu buat, nk rase :)

ashraff... said...

salam..
tq sangat akak...
memg saye tgah carik resepi muffin mpm (multi purpose muffin) ni...he..3..
thanks sangat...
insyaAllah...saya guna recipe ni nak wat bisnes cikit...'
boleh kak ye...
tq...salam...

izahkb said...

salam...
puan, minta izin ambik resepi yee..

lady sue said...

nyum2 sedap.. baru buat muffin gak kat rumah.. skg tgh google carik resepi muffin yang besh2.. izin ambik yer..
http://almarivitamin.blogspot.com

all by myself said...

assalam sis..saye dah cube this recipe..untuk menyukat, saya guna penyukat baking..ape yg jd ialah adunan jd cair..saye gune self raising flour..kenape boleh jd mcm tu?bahan & steps mmg saye ikut..salah tpung ker?minta komen..tq

storm rider said...

all by myself: sy guna self raising flour jugak. terlebih susu ke? guna telur gred A atau B? sy guna gred B.

all by myself said...

sy gune tlur gred b..susu tu sy sukat same ngan penyukat tepung..ader any recomment?nak kurangkan susu?

storm rider said...

hmm..takkan boleh cair kot kalau ikut resepi betul2..takpon awak cuba kurangkan sus tu jadi 3/4 cawan atau 1/2 cawan je..

MAMASUE said...

terliur ok...hari ni gak nk pi carik bahan