Tuesday, August 17, 2010

resepi puding kastard berkuah yang sedap dan senang :)

hye hye hye:)
masak apa arini untuk berbuka puasa????
menu aku hari ni ialah nasi ayam dan jemput-jemput labu sebagai pencuci mulut:)-->  encik suami kena langgar pantang hari ni sebab aku dah bosan asyik masak n makan lauk ikan:P
pencuci mulut aku semalam adalah puding kastard berkuah yang sedap dan senang:P cepat je nak sediakan :)








bahan-bahan puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3-4 sudu besar gula pasir


masuk semua bahan dalam periuk.masak guna api sederhana sampai pekat dan mendidih.tutupkan api.masukkan dalam acuan yang disukai.pastikan acuan dibasahkan sedikit dengan air supaya mudah dikeluarkan nanti. dan sejukkan dalam peti sejuk.






bahan-bahan kuah:
1 tin susu sejat(aku guna jenama IDEAL)
1 tin buah-buahan campuran cocktail(aku guna jenama AYAM BRAND)
1 1/2 cawan air
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard


masukkan semua bahan dalam periuk.masak atas dapur guna api sederhana.kacau sebati sampai gula larut. sejukkan dalam peti sejuk. bila puding dan kuah dah sejuk, masukkan puding dalam bekas dan masukkan kuah pudingnya.sedap dimakan sejuk sejuk :)




senang kan? selamat mencuba ye ^_^

5 comments:

nabilah_2908 said...

selalu juga buat puding ni...tp sy suka tmbh jagung dlm puding custard tu..lagi besh..hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MISS RED SAKIT

NuRuL AiN said...

pasni nak try letak jagung gak la:) hehe

maisara my said...

ain!!..ko mmg memahami isi hatiku...smalam br sembang2 ngan en. tunang pasal nak blaja buat desert ni ngan ibu....sukenyer!!!....akan ku buat dlm minggu ni jugak...

ain, bhn2 ko tu utk brape org ??...

NuRuL AiN said...

mai.sory lmbt bls.aku agak tak larat minggu ni..kalau tak aku rajin je update blog.haha.aku buat guna acuan macam besar saiz cup muffin.dpt 9 biji.

Irda Adillasafwati Idris said...

Assalam.. macam menarik je dessert ni.. nak cuba buat la...
simple and easy..

www.irdaidris.com