Tuesday, April 26, 2011

resepi roti lapis berdaging with sliced cheese:P wah, panjang betul nama makanan ni:P

Resepi ni aku terjumpa kat mana ntah .dah lama dah aku save, semalam aku br sempat buat.dan hari ni sudah habis:P Sedap!:)



·       


·     
3 biji kentang-potong dadu
1 biji bwg holland-potong dadu
3 ulas bwg putih-hiris nipis
1 sudu besar serbuk kari
daging kisar(1 mangkuk)
garam secukupnya
300ml  susu segar
4 biji telur
15 keping roti
1/4 butter utk menggoreng
cheese (aku guna cheesedale je.6 keping)




Cara-cara

1. panaskan kuali .masukkan butter .pastu masukkan bawang holland+bawang putih kemudian  tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. letak topping cheese (sampai menutupi permukaan atas)
10.Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos




p/s: sedap! a must try recipe!:)

3 comments:

qasehqaleef said...

eemm...sedanya. terliur tekak ni. nak cuba jugaklah..

Nurfarhana said...

cikgu, totally sedap tau roti tu.. aritu nk mintak recipe tp asik lupe je nk online. hehehe tq ea :)

Lyana@Mely said...

waaa ni leh soh pelajar aku masak ni..resipi pun simple jek