Saturday, November 5, 2011

entry celaru

Assalamualaikum.



korang mesti dah balik kampung menyambut raya aidiladha ngan famili kan? aku je masih tercongok kat rumah ,tak balik kampung lagi. tunggu encik suami blk keje.tahun ni beraya aidiladha di kampung suami saja..dekt je..setengah jam je dari rumah kami..tahun ni tak balik segamat pon..walaupon cuti sampai selasa..sob sob :( actually, aku juga yang request balik kampung suami saja sebab baru je balik segamat minggu lepas dan 2 minggu sebelumnya..dan dah lama tak balik kampung suami, cian lak die kan..aku memahami..dan ada juga sebab2 lain sebenarnya..sory mak ayah dan adik2ku..:(




hmm..sejak kebelakangan ni..mudah sangat sakit kepala. kenapakah? tensen kah?
makin bertambah sakit kepala bila org bank dah call ingatkan pasal hujung bulan ni dah start kena bayar duit loan rumah. OMG. serius pening. sebab...rumah belom dapat kunci lagi. so belum boleh pindah rumah baru lagi. still kena duduk rumah sewa lagi. duduk rumah sewa pon..bukannya FREE.  masih kena bayar duit sewa rumah kepada owner. hmm..so hujung bulan ni dah start kena bayar duit rumah dan duit sewa rumah. T__T
 cepatla dapat kunci:( tak sabar dah rasanya. pemaju dah ingatkan..masa serah kunci, kena sediakan dalam rm500 untuk elektrik, air dll. pon dijangka ujung bulan ni jugak kena bayar. lepas dah dapat kunci, bukan boleh terus duduk rumah tu, kena check ada defect tak. kalau ade defect kena report dan tunggu kena baiki dulu. dah siap baiki defect baru lah boleh panggil orang datang rumah untuk ukur2 pasang grill, table top, cornis etc. itu baru ukur. bincang-bincang lagi, pilih nak yang mana lagi..pastu tunggu diorang buat amik masa sebulan dua gak.  dah siap pasang grill,cornis,wiring,table top,lampu kipas, baru boleh basuh dan bersihkan rumah. pastu baru boleh pindah barang. kemas barang-barang pindah lagi. pergh..tu semua banyak guna duit. duit. dan duit.







dan makin pening bila barang2 seperti kipas, lampu , hud dapur ,aircond belum beli lagi. haha. asyik tangguh2 nak beli, ni dah last minit baru lah terhegeh-hegeh nak cari. hmm..actually semuanya berlaku begitu pantas kot. decide nak beli rumah tu bulan 7. bulan 8 dah confirm beli rumah. bulan 9, 10 busy ngan keje. tak sempat nak survey2. bulan 11 ni dah start kena bayar housing loan. haha. bulan 11 ni lah kitorang baru ada masa nk survey2 n nak beli sikit2. tapi..tu lah..benda kalau baru nak beli sekaligus, haaa kau. banyaklah duit yang keluar. lagi2 bulan ni jugak lah nk kena byr housing loan, duit serah kunci.so nasihat aku: kalau korang dah beli rumah tu..beli la brg2 seperti kipas, lampu sikit2. setiap bulan beli sikit2. takde lah byk sgt nk kena bayarnya berbnding beli sekaligus cam aku ni:(





ni pon aku dah kemas barang-barang sikit-sikit. senang nak pindah nanti. aku dah suruh encik suami amik kotak banyak2 kt kilang die untuk aku packing2 brg. so ..mel,ija n dila nnt korang datang rumah aku nanti jangan terkejut lak kalau tengok rumah aku dah kemas2 untuk pindah. huhu. sekarang ni dalam kepala aku dah start pening pikir nak masak ape la untuk korang nnt. huhu. dan minta maaf awal2 jika umah aku serba kekurangan untuk korang. segan je org nak dtg tidur tapi rumah dah kemas2 untuk pindah. hope korang paham tau.lgpon tahun ni aku sibuk ngan spm...so aku akan packing2 brg ikut waktu yg aku free...dan minta maaf juga kepada cik wawa sebab tak dapat nak gi wedding ko yg kt kl....atas sebab2 yang disebutkan diatas:P harap cik wawa paham:) haha...so kitorang dapat gi yg kt johor je...sob sob..:(





hmm..ok lah, penat dah menaip. at least sakit kepala aku dah kurang sikit kot:) selamathari raya aidiladha semua!:)










3 comments:

Madi @ Aed said...

mak aiii..celaru2..hee..mudah2an dimudahkn semuanye..selamat ari raye ain n family..;)

Ieja said...

xpe ain, jgn risau..kitaorg phm :)
sama la kita..ija pon byk nk guna duit..pening kan?huhu

anyway, slmt hari raya aidiladha

Melissa Mazlan said...

no worriessss:)
kami faham:)
heeee..seronok la zaheen bermain dengan kotak..haha:P