Wednesday, November 16, 2011

kisah kunci rumah

alhamdulillah, kunci rumah dah dapat semalam :) 


lega hati lepas dah dapat kunci semalam:) hati pon dah berbunga-bunga :)  panjang kisahnya proses aku nak dapat kunci rumah ni. sebab nama aku rupanya tercicir. aku sorang je under RHB bank yang tak setel lagi bayar habis ke pemaju. dengan alasan, bank kata nama aku still tak dapat surat dari pemaju untuk jelaskan baki lagi rm 30k. banyak kali aku tanya bank, ini je lah jawapan die. selagi bank tak habis bayar, pemaju tak boleh proceed untuk serah kunci. padahal org lain ramai dah yang dah dapat kunci dan dah buat renovation dah pon.  so aku call terus bahagian pengurusan pemaju..tanya nape aku tak dapat kunci lagi. pastu die cakap la aku sorang je under RHB bank yang tak settle lagi. yg lain dah settle bayaran semua. n then aku cakap la bank cakap die tak dapat surat dari pemaju pasal bayaran terakhir sebab tu bank tak bayar habis lagi. ok, pihak pemaju pulak cakap die dah pos satu envelope besar kepada RHB notis bayaran terakhir ke johorland. ok, aku sebenarnya dah risau takut kena penalti (denda kalau bayar lewat). pastu aku contact lah pihak bank minta die berurusan sendiri dengan pihak pengurusan pemaju, dan memang salah bank pon tercicir nama aku. hmm..yang aku geram tu nape la die tak check sendiri dengan pihak pemaju kalau dah tau aku sorang je tak settle lagi. mesti ade something wrong somewhere kan..ni nak harap aku jugak bersusah payah call sana sini. so akhirnya bank jelaskan bayaran akhir pada 8 hb by cheque. 10hb pemaju terima cek tu, 15hb terus dapat kunci. dan kena penalti ye...satu hari, rm 7.55. itu pon setelah budi bicara pihak pemaju. kalau tak sebenarnya lebih dari 2 minggu dah lewat. tapi die tolak2 semua, tinggal 1 hari . so kenalah denda rm7.55. nasib 7 hengget lebih je, kalau ribu riban mau pengsannn. yup, kite memang kena bayar penalti walaupon bukan salah kita..itu dah tercatat dalam polisi, akak pemaju tu cakap lah. aku pon tak cek balik. malas nak kecoh. nasib rm 7.55 je. kalau tak , aku dah hangin :P




oklah,tu je kot. malas nak taip panjang2. banyak benda nak cerita tapi..tak berkesempatan nak menaip kot:P len kali je la:P hhehe...apepon tahniah to WAWA dan ACOP yang telah sah bergelar suami isteri pada 11/11/11 :) semoga berkekalan sampai syurga. amin:)




3 comments:

maisara my said...

yeah!!...da dpt rumah...alhamdulillah...

syarina said...

kat mana umah tu??

wani johari said...

wah, bestnya dah dpt kunci umah baru... thn br nt duk umah baru laa...