Wednesday, November 2, 2011

resepi kek coklat lembab / moist chocolate cake yang sedap dan senang. eh, resepi topping kek coklat pun ada:)

resepi ni adalah atas permintaan mak buyung,maisara. cian die, dah lame mintak baru dapat arini. sory tau mai:P






bahan-bahan kek coklat lembab :

2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan susu sejat
1 cawan minyak
secubit garam

1 3/4 tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking bowder
1 1/2 sudu teh baking soda       } ayak

2 biji telur - dipukul seperti buat telur dadar
1 sudu teh esen vanila



cara buat kek :

1. mula2 sekali kena panaskan oven dulu sebelum buat kek. panaskn suhu 180 degree celcius.
2. masukkan gula, air panas-pukul hingga gula larut. pastu masukkan susu.pukul sebati. masukkan minyak n garam lak. pukul sebati.( guna mixer low speed saja ye sebab adunan memang jenis cair. takpon guna whisk pon boleh)
3. masukkan adunan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit. gaul sebati.-guna low speed gak
4. masukkan telur dan esen, kacau sebati.
5. masukkan dlm loyang yang dah disapu butter/minyak/marjerin dan dialas dengan kertas minyak.(supaya x melekat)
6. masuk dlm oven. tadi dah panaskan oven 180 kan, masukkan kek, turunkan suhu kepada 160 je.bakar suhu 160 degree celcius sampai masak. aku memng saja guna suhu rendah, tapi lambat sket lah masak nya. dekat 2 jam baru masak.  depends pada oven korang sebenarnya. so korang kena sentiasa jaga2 kek dlm oven tu. agak2 dah bau wangi u...dah nak masak lah tu. tips: tolonglah jgn asyik2 nak bukak pintu oven nak tengok kek jadi ke tak. memang lah confirm kek tu akan bantat kalo korang baru je 5 minit letak dlm oven dah sebok nak bukak2 nak tengok jadik ke tak. jgn bukak pintu oven 30-40 min pertama. takpon tak yah je bukak sampai lah die dah bau2 wangi kek. barulah bukak, test ngan lidi cake tester utk check kek dah masak lom. kalau lidi tu keluar bersih, maksudnya kek dah masak. keluarkan dr oven. tunggu kek sejuk br letak topping nya ok.



resepi topping kek coklat lembab

1 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan minyak masak/minyak sayur



cara buat: masukkan semua dalam periuk. masak atas api sederhana.pastikan sentiasa kacau supaya tak berketul2. agak2 dah start nak mengelegak tu,tutup api. biar cool kejap, kemudian sapu atas kek coklat tadi. hiaskan guna choc rice atau ikut kreativiti masing2 ye:)




nah. dah siap. resepi ni lah aku selalu guna untuk bisnes kek coklat aku. tak tipu resepi. nak share ngan kawan2. resepi ni pon dapat dari kawan mak aku yang bisnes kek ni. cubalah ok:) dijamin sedap. :)



p/s:  kalau dah siap, simpan kek dalam peti sejuk semalaman bagi rasa choc die sebati. rasa die lagi sedapp:) tak caya? cubalah!!:)




p/s lagi: PADAN MUKA Fiona tadi:P haha. [tiba2 lak aku ni}



[updated]: aku biasa buat kek ni 2 adun. guna loyang empat segi 9" x 9". resepi  ni kalau nk kukus pon boleh.kalau kukus: 3 jam.

5 comments:

maisara my said...

yeah!!!!....tq mummy!!!

f a t i h a h said...

thanks ain. akak mmg tgh menunggu2 kwn reply resepi ni tp dia dah hilangkan. bleh la try resepi nieee

NuRuL AiN said...

mai: sama2 mommy to be:)

kak fatihah : cuba jgn tak cuba:) dah siap, pos sini sket:P hehe

farah nabilah said...

thanks for the recipe...tp serbuk koko letak msa mne ye..

Profail said...

Jom Cuba Lidari Moist Cake!

Lidari Home Made Chocolate Moist