Friday, November 18, 2011

resepi sarapan : sandwich inti melting cheese yang lazat :)

assalamualaikum:) 



meh aku nak share satu resepi sarapan yang super simple tapi super sedap:) 

sandwich inti melting cheese yang lazat berkrim disukai ramai .nyum nyum :)


bahan2:

roti 4 keping
slice cheese (aku guna jenama cheesedale) 2 keping
butter / majerin secukupnya
telur 2 biji*
garam dan lada sulah secukupnya*]kacau telur campur garam dan lada sulah macam buat telur dadar



cara2:

sediakan roti 2 keping. sapu butter pada sebelah roti. letakkan cheese dan tutup dengan sekeping lagi roti yang dah disapu butter jugak. kemudian buat benda yg sama untuk kepingan sandwich yg lagi satu. potong bahagian tepi2 roti tu. masukkankan sandwich dalam telur. kemudian goreng sampai perang keemasan. dah siap goreng, potong dua bentuk segitiga dan korang akan nampak cheesenya melting;) nyum3! sedap dimakan bersama sos cili:) boleh juga tukar inti ganti dengan butter dan kaya.sedap jugak,cuma ni versi manis. kalau ganti inti ngan kaya, telur tu tak perlu campur lada sulah lah ye..kang rasa pelik pulak:P 



ok tu je resepi hari ini:) cuba tau!



1 comment:

Gorgeously Flawless said...

suke sgt ur recipes

Visit my blog at
www.gorgeouslyflawless.blogspot.com