Tuesday, January 3, 2012

resepi wholemeal choc muffin



Assalamualaikum....



ni entry pertama untuk tahun baru:)
entry pertama tahun 2012 dimulakan dengan resepi. dah lama tak share resepi kan?
so hari ni nak share.
actually aku pon sejak akhir2 ni dah tak menyempat baking sgt dah. sibuk dengan urusan rumah baru dan keadaan zaheen yang semakin lasak dan nakal menyebabkan aku tak sempat nak baking. tapi sekali sekala buat jugak...lagi2 kalau dah mengidam sangat:P hehe..

so hari ni nak share resepi wholemeal choc muffin atau dalam bahasa melayunya,,,muffin coklat gandum penuh :P






bahan2:

  125 GM GULA KASTOR
  50 GM SERBUK KOKO
  200 GM TEPUNG WHOLEMEAL*
  1/2 SUDU KECIL RATA BAKING SODA *

1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER
  (AYAK BERSAMA BAHAN YG BERTANDA * DI ATAS)
  ¾ CAWAN SUSU SEGAR
100 GM CHOC CHIP 

125 GM MINYAK MASAK/MINYAK SAYUR
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA


cara-cara:

1. SEMUA BAHAN KERING DI ATAS KECUALI SUSU DAN MINYAK DISATUKAN DALAM SEBUAH MANGKUK.GAUL SEBATI. BUAT SATU LUBANG KAT BAHAGIAN TENGAH.

2. DLM BEKAS LAIN, SUSU DAN MINYAK DISATUKAN DAN GAUL RATA.

3. KEMUDIAN ,MASUKKAN BAHAN-BAHAN BASAH IAITU MINYAK DAN SUSU KEDALAM ADUNAN TEPUNG TADI. GAUL RATA SECARA KAUP BALIK GUNA SENDUK KAYU SAHAJA.JANGAN TERLEBIH GAUL.NANTI MUFFIN JADI MENDAK. NAK TAU CARA BUAT MUFFIN DENGAN DETAIL,BACA SINI.

4. MASUKKAN ADUNAN KE DALAM PAPER CUP ATAU MUFFIN CUP SEHINGGA 3/4 PENUH.

5. BAKAR HINGGA MASAK PD SUHU 160C SELAMA 15-20 MIN. ATAU IKUT KEPANASAN OVEN MASING2.



senang kan?cuba lah:) sesuai untuk minum petang atau sarapan:)