Tuesday, November 27, 2012

resepi snowy cheese cake


assalamualaikum:)
hari ni nak share resepi snowy cheese cake(kek keju salji)  yang sedap, lemak berkrim disukai ramai:P
dapat resepi ni dari group #JomMasak Kat FB. dan terus terliur nak try sebab dah lama usha resepi ni. tengok review2 orang sume cakap kek ni sedap sangat. so, aku pon buat lah kek ni untuk besday zaheen hari tu;) kunun buat kek besday untuk anak, tapi mak die yang ngidam lebih.hehe. untuk resepi ni aku ada tambah orange filling sket kat topping die. so, rasa die ada lemak2,manis2 dan masam2 sket gitu.;)







 
bahan2:

150 gram tepung gandum*

1 sudu teh baking powder*
150 gram gula kastor
5 biji telur Gred A
80 ml susu cair


80 ml mentega(dicairkan)

1 sudu besar ovallet
Sedikit pewarna mengikut perisa..

CARA MEMBUATNYA

~ Ayak bahan bertanda*
~ Satukan gula kastor,ovallet,tepung kek,baking powder dan telor dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi
~ Perlahankan speed,masukkan ssu cair, pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kek menjadi ringan
~ Tuangkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.


Loyang dilapik baking paper.Tuang adunan dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak,suhu 180'c.... api atas bawah.


Bila dah masak,keluarkan kek dan telangkupkan di atas redai kek lebih kurang 5 minit(untuk mengelakkan kek dari turun/mendap)


untuk cream

~ 250g cream cheese
~ 1/2tin susu pekat
~ 100ml fresh cream

cara cara

~ mix gebu cream cheese + susu pekat...
~ masukkan fresh cream....teruskan mix hingga kental
~ layerkan pada kek (kek dipotong 3 keping)

akhir sekali parut kan cheddar cheese atas kek

**kek ini sesuai dihidang sejuk

(**note: aku tambah(sapukan) orange filling sebelum parutkan cheedar cheese atas kek tadi) 




resepi kedua:


SNOW CHEESCAKE
Resepi : Sherry mz@MyR 

Bahan-Bahan 
6 biji telur 
100 gram gula halus 
100 gram tepung hong kong - mklang guna tepung gandum
60 gram tepung jagung 
50 gram air sejuk
 1 sudu teh baking powder 
2 sudu makan ovalette 
75 gram mentega cair

UNTUK SAPUAN ATAS 
1 kotak cream cheese philadelphia 
1/2 tin susu pekat manis- Putar kedua-dua bahan sehingga gebu. 

UTK TABURAN 
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

CARA-CARA MEMBUAT 
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar sehingga pekat dan putih gebu. 
Pelahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kaup balik dengan spatula sehingga mentega cair sebati dengan adunan. 
Tuang ke dalam acuan 9 atau 10 inci yang telah digris/alas dan bakar sehingga kek kekuningan dan masak. (masa dan suhu ikut oven masing-masing) 
Boleh potong potong kek menjadi dua lapis dan sapu krim cheese ditengah2 dan lapik. 
Sapukan krim selebihnya sekeliling kek dan parutkan cheddar cheese tadi sebagai hiasan.






selamat mencuba!:)

No comments: