iklan

Thursday, March 3, 2011

anak beranak pengasuh kena chicken pox

mula2 anak pengasuh yang no 1 kena chikenpox 2 minggu lepas. lepas tu, minggu ni anak yang no 2 lak kena chikenpox. pastu suami die pon jangkin gak. walaupon masa kecik pernah kena,tp doc cakap ade kemungkinan kena balik lagi2 kalau imun rendah sebab ade makan ubat yang ader steroid or perokok. n tadi masa aku ngah jaga exam, kak zana(pengasuh zaheen) msg aku ckp die br blk dr klinik, coz dr suspek die pon kena cikenpox. adoyai...risau aku kat zaheen ok takut die jangkit lak kan. aku dah tak keruan tadi kat sekolah. nasib baik aku dah takde kelas pastu..aku terus mintak kebenaran balik dr pengetua. risau ok. zaheen baby lagi. tapi aku ade baca2 kalau baby yang masih nyusu badan insyaallah takkan jangkit coz antibodi kuat tapi kalau boleh kena elakkan die drpd bersentuh ngan org yang kena ciken pox la kan?




ni info pasal chicken pox atau cacar air dlm bahasa melayunya...:

Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.


Pengidap cacar air boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.

Tanda dan Gejala

Pengidap cacar air akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

btw, ibu mengandung n baby dalam kandungan pon boleh jangkit tau!! cube baca kat bawah ni:

Komplikasi

Ruam atau cacar air akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

* Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
* Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi
* Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik
* Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

* Jangkitan kulit - menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
* Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
* Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
* Radang sendi - sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

cikenpox.









1 comment:

Meteoragurlz said...

xpe doa banyak mintak2 zehaan ok je..hehe