iklan

Saturday, October 8, 2011

BAJET 2012

nak tau tak? semalam adalah pertama kali aku tengok dan dengar pembentangan bajet dari PM dari awal sampai akhir. bukak kuat2 lak tu. punya lah bersemangat:P haha.sebelum2 ni aku tengok n dngar gitu2 je. taktau nape...semalam cam bersemangat je nak dengar. haha. nampaknya ada berita gembira untuk kakitangan awam khususnya CIKGU:P so..berbaloi2 la aku dengar dari awal sampai akhir:P huhu...




ni ringkasan insentif kakitangan awam yang aku dengar semalam:


1. penjawat awam akan mengalami kenaikan gaji dari rm80 -320.dan akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi iaitu hingga 37.7%.


2.kenaikan gred lebih cepat.
tahun ke 8 berkhidmat akan terus dapat DG44, dan tahun ke 16 berkhidmat akan dapat DG48.so..aku lagi 5 tahun la dapat DG44 :P naik gred=naik gaji =gaji maksimum pon naik=keje pon makin lah banyak kan?:P


3.kenaikan pencen pesara sebanyak 2%.


4. lanjutkan umur pencen dari 58 tahun ke 60 tahun. *tapi aku tak rasa nak lanjutkan umur pencen.


5. untuk anggota polis dan tentera..kerajaan akan bagi sumbangan kepada duda dn balu polis . dan bagi mengenang jasa polis masa zaman darurat.kerajaan akan bagi sumbangan rm3000 kepada duda atau balu mereka.


6.bantuan yuran pengajian kepada kakitangan awam. ni bagi yang nak sambung master or phd la...


7. last but not least....bonus setengah bulan gaji yang akan dpt sekali dengan gaji bulan disember 2011. alhamdulillah...:)







No comments: