iklan

Tuesday, December 20, 2011

kaedah mendidik anak-anak

entry ni aku cnp dari blog tintacomelote . banyak info parenting yang berguna kat blog tu. sesuai untuk ibu muda cam aku. muahaha..


Kaedah 7P dalam mendidik anak-anak.


PERHATIAN
Berilah perhatian yang maksimum sehingga hatinya puas, jgn hanya menonton tv selepas pulang kerja, berita mengenai anak2 orang lain terbunuh, kemalangan dll, sedangkan anak sendiri di rumah tidak diberi perhatian. Apabila anak memanggil kita sering mengabai dan memarahi, anak akan melakukan ini kepada kita di kemudian hari, mereka belajar dari kita, what you give is what you get. Perhatikan bakat, minat, fesyen yg disukai anak dll.Anak2 sangat2 perlukan perhatian ibu bapa ketika kecil, ketika remaja lebih2 lagi mereka perlukan perhatian ibu bapa.

Tips jika anak membuat aksi2 nakal ketika tetamu dtg ke rumah, anak2 ini hakikatnya mahu perhatian ibu ayahnya, utk mengatasinya, beri sedikit sahaja perhatian kepadanya dengan memuji dan memeluknya. InsyaAllah dia akan kembali tenang.

2-PUJI DAN PELUK.
Pujian akan membuat kantung jiwa anak penuh. Ayah perlu memuji anak perempuan spy anak perempuan tidak tercari2 pujian dan penghargaan dari lelaki lain. Ayah juga perlu puji anak lelaki bagi menunjukkan perhatian dan penghargaan. Ibu juga perlu puji anak lelaki agar kantung jiwa mereka penuh dan hati mereka tenang. Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW ketika baginda dalam keadaan takut. Peluk anak kita ketika dia takut, ketika sedih, dan ketika gembira. Peluk anak sebelum mat rempit peluk anak kita, sebelum org lain peluk anak kita.

Anggap anak org lain seperti anak sendiri, kerana pada hari ini ibu bapa sibuk bekerja, anak2 boleh berbuat dosa di mana-mana mengikut suka mereka sendiri. Alangkah baik jika seperti dulu, mana-mana lelaki dewasa sekampung dapat menjadi bapa ketika anak2 di luar rumah, dapat memberi perhatian dan teguran seperti seorang ayah.

3-PENDIDIKAN.
Pendidikan pula terbahagi kepada 3 A
1-Akademik 2-Agama 3-Akhlak. Elakkan dari pendidikan tidak seimbang, menjadi org akademik yang tiada agama atau orang agama yang tiada akhlak.

Ajar anak kita ketika mendapat sesuatu dari kita ucapkan "terima kasih ayah, terima kasih ibu, terima kasih Allah". Anak2 perlu diajar, jgn biarkan mereka terus terusan kurang ajar. Jgn biarkan anak2 meminta2 duit raya, jgn biarkan mereka memaksa ibu bapa membeli handphone mahal, membeli motor dll sehingga ibu bapa terpaksa mencari duit lebih atau menipu/tidak jujur dengan syarikat bagi memenuhi kehendak anak. Ajar/didik anak ikut zamannya, dapatkan skill2 parenting yang baru.

Utk mendidik akhlak, ajar dengan sabar, hormati ibu ayah, tunjukkan cara bercakap yg baik, tunjukkan cara mendengar yg baik, puasa isnin khamis, bangun malam bersama anak2.

4-PUJUK.
Pujukan dapat meredakan kesedihan dan kekecewaan di hati anak-anak malah sesiap sahaja. Dengan pujukan dapat mengeratkan kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak. Pujukan membuatkan anak-anak mendapat perhatian daripada ibubapa mereka.

5. PUKULAN
Pukul jika anak buat salah dengan niat untuk mendidik dan ukulan itu mestilah selepas anak diberitahu apa kesalahan mereka dan bukan sewaktu kita dalam keadaan marah akibat perbuatan mereka.

6-PENGHARGAAN.
Penghargaan dan pujian apabila anak melakukan perkara yang disenangi. Ini dapat meransang anak mengulang perbuatan itu lagi.

7-PERIKSA (MUHASABAH).
Muhasabah setiap tindak tanduk kita perbuatan kita yang bakal dijejaki oleh anak-anak. Ibubapa perlu menjaga adab dan tingkah laku sebelum mengajarnya kepada anak-anak.
 

budak comot nak makan roti gardenia sendiri.

makan coklat cadbury


zaheen...1 tahun 2 bulan:-
dah makin susah nak makan. makan pon sikit jek. dah taknak bubur.
aktif bermain. 
siang susah nak tido.tidur pon sejam je pada siang hari
malam tido lewat dalam pukul 10-11mlm, pagi bangun awal pukul 7pg.
suka jalan2.pantang tgk kasut die,mula lah merengek suruh pakaikan kasut nak jalan kat luar:P
currently tengah tumbuh gigi geraham bahagian bawah 2 batang.
rambut dah banyak sikit.









2 comments:

wani johari said...

Zaheen, sama baya ngn anak untie..zarif...suka jalan ye.. sama la si zarif pntang buka pintu mesti nk kuar...

NURUL AIN said...

wahh..sebaya rupanya ank kite:) hehe. biasa lah dah dpt kaki.tu yg asik nk jln:P