iklan

Tuesday, September 25, 2012

wishlist barang baby dan keperluan ibu dalam pantang untuk anak kedua #1

Assalamualaikum:)


Minggu ni alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke 26 :) tapi barang-barang baby dan keperluan selepas bersalin belum ku beli lagi:P plan nak beli nak start beli hujung minggu ni. insyaallah:)



Untuk preparation anak kedua takde lah banyak sgt macam anak pertama...baju2 newborn Zaheen pon masih baru lagi...cuma beli sikit2 je lah..senarai barang keperluan baby boleh rujuk sini.
so.. ni antara barang2 baby yang aku nak beli sangat untuk baby no 2 ni....

1. baby cot,tilam,bedding set


baby cot 3 in 1. jenama MYDEAR
First of all, aku rasa anak kedua ni aku nak guna baby cot. nak ajar die tidur baby cot dari kecik. sebab masa zaheen dulu aku tak ajar tidur dlm babycot. tidur ngan aku sambil 'mengempeng'. sudahnyee....sampai sekarang die nak tidur ngan aku sambil mengempeng T__T. amik banyak space lak tu. tak muat dah katil tu rasa padahal katil dah king size dah T__T. 


baby cot/baby crib pilihan aku adalah yang jenis 3 in 1 tu..yang boleh jadi babycot, ada tempat diapers changers dan bile baby dah besar, boleh jadi playpen.kenapa aku nak yg ada diaper changer? sebab pengalaman anak pertama aku, sakit pinggang kalau nak tukarkan pampers or pakai baju sambil membongkok. ada  tempat diapers changer ,takde lah membongkok sangat. xdelah sakit pinggang or sakit kat bhagian jahitan berbanding kalau tukar pempes or pkaikan bj baby kat bawah(atas tilam kat lantai). pastu ,  ketinggian baby cot tu boleh di adjust. aritu ada gi jalan2 ngan hubby survey babycot. yang jenama MYDEAR ok gak. baca review pon ramai komen ok. jenama GRACO pun ok. dua-dua pon harga berpatutan. dlm rm250++ gak la tak termasuk tilam dan set cadar +comforter. pastu baby cot tu boleh dibuka,bawak blk kampung or utk tujuan penyimpanan kalau dah tak guna lagi. btw, aku ade baca, baby cot yang jenis kayu, ada yang jenis yang bahaya dan kena banned tau. iaitu yang jenis boleh drop side. boleh baca SINI.


tilam baby lak...ada dari jenis span,foam,kekabu dan latex. paling mahal of course lah dari material latex/getah. tapi paling bagus among others. sebab ada holes untuk ventilation. so kalau baby tertiarap, masih ada ruang utk baby bernafas. ni hasil aku google review-review org dan docs.

tilam baby latex by getha. tilam ni je pon dah rm300++ T__T



kemudian...bedding set baby. of course lah nak yang comey comey kan...geram je tgk bedding set baby. comey2 belaka:P hee. tu pon harga dah rm150++. tapi aku ada baca gak...baby ni tak payah tido byk bantal, selimut.takut tangan die gerak2 masa tidur dan tangan die tertarik selimut/bantal n tertutup muka die. bahaya:(

haruslah tema biru.baby boy kann:P



emm... tapi maybe awal2 baby tido ngan aku je kot?...nanti dah 1 bulan ke atas baru ajar die tido baby cot. tapi nanti takot baby dah tak nak lak tidur babycot sebab dah biasa tdo ngan mak die?? what say u? gimme ur opinion plz..mommy mel n maisara, nak opinion korang...sebab anak korang tidur dlm babycot kan...start bile tidur dlm babycot?dalam pantang nanti senang ke kejap2 nak kena bgn dan amik baby utk BF...lagi2 waktu malam..pastu ,rasa kesian lak nak biarkan baby baru lahir tidur sorang2 dalam baby cot,...so...tak perlu beli dulu ke ek baby cot ni?( pulak dahh,tadi beriye iye nak beli:P haha).


2. set berpantang shaklee



insyaallah, pantang kali kedua ni aku nak guna set berpantang dari shaklee yang terdiri dari vitamin2 seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C & Zinc - basic set bersalin.pastu ada ESP, Ostematrix & Alfalfa - tambahan untuk tenaga, baik pulih sel2 & penyusuan susu ibu. masa pantang kali pertama aku guna leesa formula. ok gak la. sebab ubat jenis moden kan. ubat leesa formula tu guna kapsul dan utk sapuan perut,die guna losyen.senang, takde lah berterabur kalau guna yang jenis serbuk2 tu. sebab aku tak berapa suke yang jenis jamu2/pilis/param/pastu guna serbuk2 bancuh sendiri untuk sapu kat perut dan dahi(cth: set bersalin tanamera dan AMWAY). hasil review kat google(ofcourse:P),ramai bg komen positif pasal set pantang shaklee. insyaallah nak guna set shaklee ni untuk pantang kali ini:)


ni antara kelebihan2 vitamin set berpantang shaklee:


B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
sumber:ibuhakimhaikal


hmm...itu sahaja utk hari ni kot..ada lagi dalam wishlist aku..antaranya ialah:-
 
3. minyak herbanika nona roguy dan phytonatal NR
4. medela milk collection shells
5. fisher price newborn to toddler portable rocker
6. breastmilk plastic storage bag
7. nursing pillow?
8. vco/minyak bioselusuh/tanamera vco?


sambung next time ok?bye.assalamualaikum:)

Thursday, September 20, 2012

it's a boy..Insyaallah:)


 Setakat ni dah 2 x scan..dua dua kali nampak jantina baby boy. dan aku pon yakin baby kali ni baby boy. Insyaallah:)


It's a boy if:
  • You didn't experience morning sickness in early pregnancy.(no morning sickness, tapi flat giler rasa badan.pastu rasa malas je nak buat ape2 terutamanya masak.hehe.tapi sekarang dh ok.3 bulan pertama je macam tu.)
  • Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute. (err..tak pasti)
  • You are carrying the extra weight out front.(yup,  terasa sangat )
  • Your belly looks like a basketball.(yup.soooo truee)
  • Your areolas have darkened considerably.(errr....:P)
  • You are carrying low.(btol btol btol :P)
  • You are craving salty or sour foods.(yupp.manis manis tak suke kali ni.tak macam masa ngandungkan zaheen.suka makan manis2)
  • You are craving protein -- meats and cheese.(meat..yes. cheese..not really)
  • Your feet are colder than they were before pregnancy.(takk pon?)
  • The hair on your legs has grown faster during pregnancy.(err.....tak perasan lak.haha)
  • Your hands are very dry.(betul maa....kdg2 mlm2 aku terjaga tidur,siap bgn dr katil utk sapu losyen kt tangan dan kaki sbb tak selesa rs kering sangat)
  • Your pillow faces north when you sleep.(ntah.aku tak perasan lak:P)
  • Dad-to-be is gaining weight right along with you.(errr....i dun think so..kurus je encik somi aku tu:P)
  • Pregnancy has you looking better than ever.(emm..pregnant kali ni aku suke nak melawa gak la:P)
  • Your urine is bright yellow in color.(yups)
  • Your nose is spreading.(this is trueeeeee....oh no!stop spreading plzz...:P)
  • You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles.(errr...tak pernah try:P)
  • You are having headaches.(mudah pening)
  • You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number.(aah la.btol la.kebetulan je kott?)


apepon,tak kesahlah jantina apa..yang penting baby dalam perut sihat walafiat:)
Insyallah,Amin:)


Tuesday, September 18, 2012

baju kahwin , tunang dan nikah MURAH untuk disewa !

assalamualaikum..:)

aku berhasrat nak sewa kan baju tunang dan nikah aku kepada readers yang duduk area pasir gudang dan JB.
baju ni boleh pakai untuk majlis merisik/tunang/nikah/kahwin:)



utk baju nikah aku pakai sekali je..masa hari nikah.
baju tunang lak,pakai 2 kali..masa tunang dan majlis khatam quran pada hari persandinganku.
masih baru,of course.



hari nikah kami..sweet memory



kenapa korang patut sewa je  baju tunang/nikah/kahwin?
ni pendapat peribadi aku la..
sangat jimat berbanding korang tempah sendiri. sebab harga kain je dah mahal. upah jahit lagi. pakai sekali je. baik sewa je. jimat dan tidak membazir. macam aku ni...beli kain mahal-mahal (almost rm800 utk 4 meter++,beli di jakel) ,tempah jahit pun mahal(mahal sebab susah nak jahit,banyak beading dan kain lembut ..material kain:chiffon silk+beads.pastu kalau design pelik2 lagi tailor charge mahal.isk isk isk.)..and then, pakai sekali je..pastu tak pakai lagi dah:P huhu..dan lagi satu...saiz badan korang lepas kawin surely akan mengembang sikit. so..ada potensi baju kahwin tak muat dah walaupun baru sebulan dua kawen. so..baik sewa je. (nyesal aku tak sewa je dulu:P duit tu boleh guna untuk lepas kawen lagi bagus) isk isk isk. nafsu oh nafsu:P haha.



 ok ,back to bussiness...ye,saya siyes ni nak sewakan baju nikah dan tunang saya.
siap dengan baju untuk lelaki sekali tau!:)
so...double jimat:)






warna: peach
material: chiffon silk with beadings
saiz: can fit XS to M 
sewa sekali dengan selendang warna peach dan baju lelaki
tak termasuk heels. sebab heels nikah aku dah selamat dijual di Mudah.my: P haha

.
.
.


close up.
harga sewa? PM me.
whatsapp 0137812223
mrsnawuza@gmail.com
sangat murah. 
sangat menjimatkan.
serius ni.



.
..
ok,baju tunang lak.
material: kain lace(soft lace ok,bukan yang keras2 tu)+full lining..(beli kain kat jakel juga)
warna: krim
design baju: kebaya moden
sewa sekali ngan baju lelaki.
tapi tak termasuk selendang dan kasut ye.



ni pulak guna masa khatam quran masa hari sanding
.


.






berminat nak sewa?
PM me mrsnawuza@gmail.com
or 
sms/whatsapp 0137812223 for fast response :)))
harga sangat murah ok.
yang penting kena pulangkan baju tu balik dalam keadaan yang asal dan tak rosak.:)



btw,jahitan kedua-dua baju sangat kemas sebab aku tempah ngan tailor cina. 
oklah,itu sahaja.sebarang pertanyaan dan bagi yang berminat, anda boleh lah emel saya di:-
mrsnawuza@gmail.com
sms/whatsapp 0137812223

bagi bride to be..semoga urusan tunang/nikah/kahwin anda berjalan lancar dan dipermudahkan, insyaallah:)


p/s: first come,first serve:)


UPDATE 19/12/2012: TARIKH 15/12/2012-25/12/2012 FULL BOOKED UNTUK BAJU NIKAH/TUNANG WARNA KRIM. WARNA PEACH AVAILABLE.TQ

Saturday, September 15, 2012

gemuks


lately ni badan macam makin banyak naik dan cepat naik. boolat !~.
pipi boolat,hidung makin kembang,perut bulat semua bulat:P haha.risau gak:P
sebab 2nd pregnancy ni berat boleh tahan gak naik banyakk:P
sebab selera makan sungguh kuat:P


tengoklah hasil pemakanan ku..padahal baru 6 bulan pregnant.:P
.
.
.



aku perasan 2nd pregnant ni hidung ku nampak kembang.member2 ada gak yg tegur.ish2



 

ok,kena kawal makan aka DIET walaupun pregnant. any tipss kawal berat badan ketika mengandung uolls??;)
 

Wednesday, September 12, 2012

tertengok adam dan hawa

alalala....best la pulak cerita adam dan hawa ni. tadi aku masa tgh tukar2 channel astro..masa tu channel 134 mustika HD tgh tayang drama adam dan hawa episod 8,ingat nak layan jap je...sekali tu...tgk sampai habis ngko:P siap nangis2 tacing gitu:P huhu.best lah pulakk.ingat malas nak layan drama tu walaupun ramai org cakap best cite tu. ala...nk kena tgk setiap hari ni. ni yang aku malas nak layan drama bersiri ni:P lagi satu...maybe sebab aaron aziz yang berlakon. tu yang melekat je dpn tv tadi:P hehe. lakonan nadiya nisa pon best ,real je.cheeh...dah bagi komen padahal baru tgk satu episod:P haha...






 ni sinopsis adam dan hawa


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA
Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.
Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.
Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan
mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.
Sambungan sinopsis drama adam dan hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

credits:djchef


err..btw, drama bersiri adam dan hawa ni ada 80 episod tuu...banyak tuuu. huhu. setiap isnin-khamis. jam 10 malam. ish ish ish..nak kena tgk ni malam ni:P


p/s: tak pernah baca novel adam dan hawa by aisya sofea.

Sunday, September 2, 2012

tips putihkan gigi

mudah,murah dan menjimatkan!
kena try ni;)


sumber: facebook