iklan

Wednesday, December 17, 2014

Pengalaman bercuti di Jakarta dan Bandung Part 1

Assalamualaikum...
hari ni nak cerita pengalaman bercuti di Jakarta dan Bandung, Indonesia :)
kami bercuti ke Jakarta dan Bandung tu pada 1 hingga 5 disember baru-baru ni..
5 hari 4 malam..




Sebenarnya...banyak sangat halangan sebelum nak bercuti ke sana..
antaranya..
(1)passport aku tak boleh buat sebab aku masih guna IC lama. (IC aku zaman sekolah menengah...masa aku tingkatan 4 tak silap). kena tukar IC baru dulu...baru boleh buat passport. huhu. dah la urusan buat passport last minit. ingatkan tak ada masalah apa-apa. huhu.
(2) masa buat passport kami 4 beranak tu...boleh pulak masa nak bayar tengok duit tak cukup T___T hahahaha.ini lawak. masa nak cukupkan duit tu...siap kira semua duit singgit-singit yang ade kat wallet kami laki bini utk cukupkan duit utk buat bayaran sebab leceh nak ke ATM terdekat tu ..tapi...tak cukup jugak duit dan encik suami kene gak pegi cucuk duit kat ATM terdekat.haha.sadiss.nasib tak kene marah dgn pegawai tu :P
(3) encik suami bagitahu kemungkinan BESAR die tidak dapat cuti di saat saat akhir menjelang holiday kami. ERGhhh.ini memang menimbulkan kemarahan, kekecewaan, kesedihan dan juga pergaduhan :P haha. NOOOOOO! terkejut sangat ok bile encik suami bagitau pasal tu. mana tak nya...lagi 3-4 hari nak bertolak bercuti ke sana kot? nasib baik...setelah ade pujukan dan juga tolak ansur dari BOSnya...encik suami dapat juga cuti itu..dengan syarat...cuti 4 hari je..isnin-khamis sahaja. Jumaat dah kene masuk keje balik. huhu. siann.so kena la beli tiket flight balik baru untuk encik suami..





dah-dah...meh aku sambung cerita pasal percutian kami ke jakarta dan bandung :)



DAY 1

flight pukul 9.50 pagi. 
so..seawal 7.30 pagi kami dah sampai di KLIA 2.

zaheen paling excited nak naik airoplane :)
terjaga sewal pukul 4.30 pagi dan tak tidur terus lepas tu sebab excited nak naik kapal terbang :)

oh ye...aku pergi dengan mak ayah , adik bungsu aku dan paklong dan maklong ku :)
ni paklong aku belah mak ;)
zaheen belum sempat posing dalam gambar tu. dan ziyad leka tengok kapal terbang kat belakang.haha



dua budak jakun excited naik kapal terbang.hehe


alhamdulillah...2 jam perjalanan..kami sampai di Airport Jakarta yang dipanggil Soekarno - Hatta International Airport.
gambar ihsan google

driver dan tourist guide dah sedia jemput kami di airport.


sampai sana pon dah waktu lunch..so kitorang pergi makan dulu. laparrrrr.aku xingat nama kedai makan hari pertama sebab kebulur dan ziyad meragam.huhu.
lepas makan, shopping time! hari pertama tourist guide kami, Encik Ahmadi bawa kami ke PASAR MANGGA DUA.

gambar ihsan google
Begini lah keadaan sebenar dalam Pasar Mangga Dua tu. sangat besar dan bertingkat-tingkat ok. tak dapat nak pergi ke semua kedai pon. tak larat! aku beli SIMKAD line indonesia TELEKOMSEL di sini. guna simkad ni lagi jimat daripada buat roaming yang berkali kali ganda mahal. shopping kat sini sampai dah dekat magrib ok. pengsann.


lepas shopping, terus pegi makan.


maaf, kedai makan untuk hari pertama memang aku tak ingat nak snap nama kedai. sebab masing-masing kebulur.huhu.sampai-sampai kedai biasanya memang makanan dah siap dihidang.


lepas dah makan, baru lah pergi hotel.haha.penattt
Di Jakarta, kami stay di SWISS-BELHOTEL di mangga besar,Jakarta
hotel 4 bintang yang cantik, selesa dan makanan breakfast pun sedap dan banyak pilihan
recommended!



big boss sedang berehat sebab sakit pinggang kene dukung anak bujang yang kuat meragam
gambar zaheen terpaksa diconteng atas sebab sebab tertentu :P

bilik luas dan besar.
katil king .sesuai untuk kami 4 beranak.haha

pintu toilet yang sexy.dah la xde kunci.haha.jangan ngendap sudah:P

toilet yang bersih


pintu wardrobe jenis glass


DAY 2

sarapan seawal mungkin sebab banyak tempat nak dituju hari ni :)
seee...tempat breakfast die best . cantik dan nampak mewah. ni baru sebahagian.
puas hati. cuma yang tak puas hati adalah anak-anak meragam time breakfast T__T


masih belum ramai orang ketika ini...kami antara orang pertama turun breakfast.haha




lepas breakfast...kami pergi TAMAN MINI INDONESIA..
apa ada di Taman Mini Indonesia?
terdapat pelbagai jenis-jenis rumah suku kaum di Indonesia kat situ.
antaranya...contoh rumah yg kitorang bergambar ni...rumah suku kaum minangkabau. cantik rumah tu:)



ada beberapa ekor maskot rabbit yang berkeliaran kat situ.
rabbit ni macam agak memaksa masukkan duit tips jika bergambar dengan nya.
btw, ziyad memang takut habis dgn maskot rabbit tu. huhu. siann




lepas tu, kami pergi BIRD PARK, Jakarta pula..
ni unplanned pun nak pergi sini.
tapi NOT BAD..agak seronok gak dalam ni..terutamanya Zaheen.
Ziyad macam biasa...agak penakut.huhu
harga masuk kat sini tak silap 20,000 rupiah seorang



tengoklah zaheen. paling kedepan ok die jalan. huhu.


bagi makan fish...tapi swan yg datang.huhu



zaheen paling excited kalau pergi tempat-tempat macam ni. 

dengan semua burung die nak cakap

budak penakut.haha

offer diri untuk ambil gambar dengan bird. brave girl! ibu pon xberani hokeyyy.haha

bird ni di lepaskan camtu je...zaheen memang berani nak dekat n pegang. aku lak dah terjerit-jerit takut bird tu gigit ke apa.haha


next, kitorang pergi TAMAN PERMAINAN ANCOL..atau lebih dikenali sebagai DUFAN (Dunia Fantasi). seronok gak kat sini. harga 150,000 rupiah seorang.
besar gak ok tempat ni. kitorang tak sempat main semua pun. sebab dah magrib.huhu






aku naik bende alah ni dgn zaheen. ingatkan pusing biasa je. sekali...haaa hambek ko!tobat aku taknak naik bende alah ni lagi.hahahaha.nak nagis rasa masa naik ni. haha.lepas naik bende ni terus rasa sakit kepala penin loya nak muntah.huhu

zaheen dan abah






kakak sulung dgn adik bungsu shj yang ikut ke sini.




ok...to be continued...
kalau sambung lagi hari ni...panjang sgt entry ini nanti.huhu.nnt korang bosan lak nak baca kannnn:P
ok.good night!

3 comments:

cik mah said...

Bestnyer..cik mah pun ngah plan nk bercuti

NURUL AIN said...

mmg best! hehe..rasa macam xcukup 5 hari kat sana.haha

Unknown said...

ada nombor supir di jakarta?