iklan

Sunday, April 14, 2019

pengalaman jujur kenapa saya menggunakan produk MARY KAY

assalamualaikum dan selamat sejahtera:)

.
rasa macam nak share waktu mula-mula saya pakai produk mary kay..dan kenapa saya pilih produk mary kay.
.
camni cerita nya.. masa tu saya tengah mengandung anak ketiga.. masa tu rasa memang nak cari produk kulit yang selamat dan bagus untuk kulit, juga selamat digunakan semasa mengandung. masa tu skin memang kusam sangat. asyik bertukar-tukar produk juga masa tu. (main beli je kat watson / guardian masa tu) . then semua asyik tak kena dengan kulit dan mesti tak habis guna dan akhirnya mesti masuk ke tong sampah. lepas tu sy mula buat kajian sendiri pasal skincare yg terbaik untuk kulit. sebab dah bosan dah dengan kondisi kulit yang kusam, gelap, mudah naik jerawat dan agak berminyak masa tu. nak cari yang terbaik sebab nak KESAN yang wow! hehe. tak sabarlah katakan.. 
.
so masa tu...salah satu produk kulit  terbaik yang saya study adalah MARY KAY. sebenarnya dah lama dh kenal MARY KAY ni..cuma tak terbuka hati nak cuba sebab harganya agak mahal kan..huhu. tapi kali ni saya NEKAD. sebab ..apa salahnya saya nak cuba? kulit hanya satu. saya nak jaga kulit saya betul2. saya nak dapatkan kulit yg sihat dan cantik. saya nak melabur untuk kulit saya. saya nak lebih YAKIN dengan diri. Yup, perempuan dan kecantikan tidak boleh dipisahkan betul tak?;) jadi.. sy ketepikan rasa kedekut untuk berbelanja lebih kepada kecantikan diri. saya tak boleh kedekut untuk melabur untuk dapatkan kulit yg cantik. jadi, saya terus cari perunding kecantikan MARY KAY. terus hubungi beliau, (dan barang pertama yg saya beli adalah skinvigorate brush, bedak dan eye make up remover. :) alhamdulillah, terus jatuh hati dengan MARY KAY :) terutama berus skinvigorate tu. terus berubah kulit muka masa tu.haha. mungkin sebab sel kulit mati banyak sangat terkumpul sebelum tu. lepas guna skinvi brush, muka nampak la cerah sikit dan tak kusam berdaki sangat.haha. lepas tu... saya nekad terus cuba set TIMEWISE lepas bersalinkan zidan:) beli sikit2 masa tu. akhirnya lepas setahun saya bermary kay saya nekad mendaftar sebagai beauty consultant mary kay:)
.
oh ye, salah satu sebab lagi apa yg bestnya mary kay adalah... adanya beauty consultant mary kay yg suggest mana yg paling sesuai dgn jenis dan masalah kulit kita. dan akan guide step yg betul penjagaan kulit wajah.dulu2 saya beli kat watson/guardian tu main hentam kromo dan agak2 je sesuai ke tak, tanpa guidance, hanya berdasarkan firasat ..ok kot yg ni.beli je lah. haha. tu pon berjam2 juga pilih sampai encik suami penat tunggu luar watson/guardian. haha. tapi dengan mary kay, segalanya mudah dan cepat. sebab beauty consultant mary kay akan suggest yg mana yg paling sesuai dgn kulit kita :) dan akan guide step yg betul penjagaan kulit juga basic make up. best kan??? hehe. so korang yang nak saya ajar step penjagaan kulit atau basic make up insyaAllah saya boleh ajar. boleh set appointment dengan saya. saya area pasir gudang, johor:) kalau jauh, boleh je whatsapp saya www.wasap.my/60137812223 . saya akan tanya dulu umur, jenis dan masalah kulit. dan kalau boleh bagi gambar selfie sekali kepada saya supaya saya boleh suggest yg paling sesuai untuk kulit anda :)
.
 yay! malam ni sempat menaip panjang-panjang kat blog. dah lama tak menaip. memang rindu zaman blogging. banyak juga resepi yang tak sempat nak upload. nanti ada masa saya upload resepi best2 lagi tau.hehe.
.
ok ..meh nak belanja satu gambar selepas bermary kay :)
alhamdulillah happy sangat dengan kulit sekarang sebab kulit lebih sihat, lebih bersih, lebih anjal, lebih cerah dan lebih berseri berbanding dulu:) walaupun taklah flawless sangat.. tapi yang penting kulit lebih sihat dengan menggunakan produk yang memang diyakini selamat dan berkesan:) 

ni gambar latest. gambar minggu lepas masa ada hari graduasi spm 2018 .  saya pinjam jubah konvo dan topi konvo budak untuk bergambar.hehe. saja berangan;)