iklan

Thursday, July 25, 2019

Resepi Cornflakes Crunchy Cookies yang dijamin sedap

InsyaAllah dijamin sedap sebab ramai yang bagitau sedap gile:P hehe
.
.



TENGOK PUN DAH SEDAP KAN?hihi
.
.
nyum nyum
.
.

Rajin juga saya menaip bulan ni kan? haha..sebenarnya mood blogging dah MARI :P 
tengah tanamkan NIAT supaya menaip kat blog share apa yang patut sekurang-kurangnya seminggu sekali :)
.
.
so hari ni..atau pun lebih tepat..malam ini..saya nak share resepi Cornflakes Crunchy Cookies .
ni cookies terbaru dalam List cookies yang saya jual. Alhamdulillah mndapat sambutan yang menggalakkan:)

.
Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes (ramas kasar)
200gram butter
3/4 cawan gula kastor (boleh kurangkan sikit kalau tak nak manis)
1 biji kuning telur


cara buat:

1. pukul butter dan gula hingga sebati. (jangan telalu kembang atau overbeat ya..nanti cookies akan terlalu mengembang masa dibakar)
2. Masukkan campuran tepung dan baking powder serta cornflakes , gaul sebati. do not overbeat.
3. Panaskan oven 180 degree (dalam 10minit)
4. sementara tunggu oven panas, acukan adunan tadi guna sudu / ice cream scoop saiz kecil(supaya saiz sekata je semua). susun dalam loyang.(loyang tak perlu sapu marjerin/alas dgn kertas minyak pun takpe).
5. Bakar suhu 180 degree celcius selama 12-15 minit. bergantung kepada oven masing-masing.
6. Siap.




Nota kaki: cookies ni agak rapuh ye! Cookies ni juga rangup KRUP KRAP KRUP KRAP. Dan kalau malas nak buat dan nak order dengan saya je pun boleh;))) RM20 sebalang. hehe. meh like instagram Zaheensbakery atau like fb page Zaheensbakery. atau whatsapp www.wasap.my/60137812223


SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, July 17, 2019

pertama kali zaheen warded di hospital...

catatan 17/7/2019 (jam 3.21pm : waktu rehat di sesi petang).

hari ni rajin pula nak menaip, jadi saya pun terus on laptop n menaip;)
.

setelah hampir 3 minggu asthma zaheen tak baik-baik(wheezing masih kuat).. asyik ke klinik untuk neb (1 hari 2 kali neb..pagi n malam).. akhirnya kami decide bawa zaheen jumpa doktor pakar KPJ. So, zaheen kena warded sebab doktor nak buat test n monitor keadaan zaheen(sebab masih wheezing dada dia).
.

 hasil X ray dan Ct scan doktor dapat detect ada kuman di paru-paru dan zaheen juga ada masalah sinusitis yang serius.. dimana kuman dah memenuhi rongga hidung dia yg belah kiri. so kuman tu merebak terutama jika berbaring ke area seperti paru-paru..dan boleh ke otak. bahaya! nasib dapat kesan awal..jadi doktor bagi antibiotik yang sesuai dan ubat hidung(ubat titis, ubat spray dan ubat cecair hidung) dan juga ubat asthma. 
.
ok ni contoh hasil ct scan sinus normal

ini contoh yang ada masalah sinusitis yg agak serius. hampir sama macam keadaan zaheen. belah kiri dah hampir tertutup.
.


Fuh,banyak juga ubat yang dapat. Jumlah bil hospital  semua RM4k++. nasib baik husband ada ambil insurans AIA cover satu family. tak sia-sia bulan-bulan bayar rm400++ :P

sian anak ibu. sebenarnya ni first time zaheen warded(umur 9 tahun). dia sorang tak pernah masuk hospital sebenarnya.

ni masa nak jalan2 kat kafeteria nak pergi beli makanan. dia nak ikut gak.

tengok kartun. macam seronok je ek dok spital dapat tengok tv tanpa gangguan adik2:P

comel wallpaper kat bilik ni

berselera betul dok hospital. asyik makan je.haha


.
alhamdulillah, zaheen dah discharge( 2 hari 1 malam je warded). tapi kena teruskan makan ubat dan berehat di rumah. 1 minggu lagi ada check up. harap-harap zaheen serasi dgn ubat doktor bagi dan terus sihat, doktor kata kalau tak sihat juga dia akan di rujuk kepada pakar ENT pula.
.
.
cepat la berakhir minggu ni sebab badan rasa penat tak larat letih lemah lesu semua ada. pening kepala dan tak sedap badan. malam tadi pun tidur awal lepas magrib (telan panadol terus terlelap). penat sangat rasa. apapun, setiap ujian pasti ada hikmahnya.. semoga baik-baik sahaja selepas ini. okay lah saja nak bercerita di blog. rindu pula. jumpa lagi di lain post ;)


Tuesday, July 9, 2019

Pray For Pasir Gudang Part 2


AHAD, 14 JULAI 2019.
LAPORAN POLIS BERAMAI RAMAI.
IPD SERI ALAM,MASAI.
2.30 PETANG.

PANGGILAN SEMUA IBU BAPA MANGSA DAN SEMUA MANGSA-MANGSA PENCEMARAN UDARA PASIR GUDANG 2019 UNTUK HADIRKAN DIRI BERAMAI-RAMAI KE IPD SERI ALAM, MASAI PADA AHAD 14 JULAI 2019.
.
.
.
kalau tak, kes ini akan dipandang sepi dan kemudiannya hilang begitu saja. 
kita semua warga pasir gudang akhirnya nanti  tidak dapat pembelaan yang sewajarnya.
.
.
tadi sempat tengok rancangan SILA DUDUK, JANGAN LARI.. di saluran TV al-hijrah yang bertajuk..'Pencemaran Pasir Gudang: Pisang Berbuah Dua Kali?'
menarik dengar..antara yang penting yg dapat sy ringkaskan:



1) oleh: Idham wazir (ayah Irfan wafi-mangsa pencemaran pasir gudang)

"tutup kilang sementara, dialoglah bersama mangsa/penduduk..merekalah pengundi /dalam handphone saya banyak gambar-gambar hidung berdarah, muntah darah  yg dihantar oleh mangsa pencemaran"

2) oleh Prof Azhar (Pakar Kimia UM)

"Penguatkuasaan kilang yang bermasalah"

3) olehYB Hassan (Parlimen Pasir Gudang)

" Tutup kilang sementara"
.
.
Harap kes pencemaran pasir gudang ini dipandang SERIUS kerana kesannya pada jangka masa yg panjang akibat bahan kimia ini...adalah Kanser. nauzubillah...minta dijauhkan. :( boleh tengok gambar yg saya ambil daripada FB Public Health Malaysia.








.
.
.
Memang seharusnya kita semua warga pasir gudang buat laporan polis.
tengoklah kesannya. KITA JUGA YANG AKAN MENANGGUNGNYA SENDIRI JIKA TIADA TINDAKAN DRASTIK DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB!
.
.
Sekian, selamat malam.

.
.


Monday, July 8, 2019

Pray For Pasir Gudang Part 1


hari ni rasa nak share dan luahkan perasaan berkaitan kes pencemaran di pasir gudang. Untuk pengetahuan, gelombang pertama dan kedua pencemaran sungai Kim-kim tu adalah pada Mac 2019 dan kes yg sama berulang lagi pada bulan Jun 2019(gelombang ketiga). 
.


Catatan 7/7/2019. (7.15pm)
.
Zaheen sampai hari ni masih asthma(sejak gelombang ketiga pencemaran kimia di pasir gudang). Hari ni 2 kali neb dan nafas dia masih wheezing berbunyi..dapat MC lagi hari ni. Minggu lepas 4 hari tak sekolah sbb dapat MC .

ni gambar selasa lepas(2/7/2019) . nampak zaheen  tercungap-cungap sebelum ke sekolah agama. bila dengar dada dia ada bunyi wheezing kuat. tak jadi ke sekolah agama, terus bawak dia pergi klinik untuk neb. so bila doktor check mmg bunyi kuat, dapat MC 2 hari masa tu. doktor kata tunggu betul2 pulih baru ke sekolah. udara sekarang pun tak berapa sesuai untuk pesakit asthma katanya. 
.
.



 Hari khamis(4/7/2019), dia nak pergi sekolah juga walaupun belum sihat betul sebab nak ambil hadiah besday key chain untuk abah yg dia order dari kawan sekelas dia😅
.


Hadiah birthday untuk abah katanya. Zaheen siap order key chain bentuk OWL dari kawan sekolah untuk bagi hadiah sempena birthday abah. Dia kata, kawan kita cakap boleh bayar 2 kali. Hari ni bayar RM1 , esok bayar lagi RM1😅🤣 pandai eh budak2 sekarang berniaga🤣 yang owl tu mak kawan zaheen yg jual. Kawan zaheen tukang ambil order dari kawan2 kat kelas je. Pandai betul kawan dia promote😆 siap ajar bayar ansuran (byr 2 kali)😂
.
.

Udara kat pasir gudang sekarang mmg tak sesuai utk yg ada masalah pernafasan seperti asthma. Doktor pun cakap tadi.. selagi udara tercemar macam ni memang lambat nak baik dan akan kerap kena asthma attack. (masa gelombang pertama dan kedua tp tak seteruk sekarang sbb masa tu dpt cuti lama n kitorg lari balik segamat). Langkah terbaik yg doktor cadangkan adalah pindah keluar dari kawasan pencemaran ni untuk pesakit asthma. Doktor siap cakap.. “ u all yg ada penyakit asthma ni, u better pindah dari pasir gudang.. kalau tak u punya asthma makin teruk or susah nak baik..Lagi2 dengan kes pencemaran gas beracun ni..”..lagilah asyik kerap kena asthma attack. Ya doktor..Kalaulah urusan pindah tu seperti petik jari saja..dah lama kami melangkah keluar dari sini..:(

*Semoga encik suamiku  dapat tawaran kerja yg lebih baik di luar pasir gudang dan semoga dipermudahkan urusan kami berpindah juga nanti. Amin..*
.
.

Saya pun akhirnya tewas juga.. tadi kena neb juga sbb sejak kebelakangan ni rasa tak sedap badan, sakit tekak dan tarik nafas tak boleh tarik sampai habis.(taktau korang faham tak maksud saya tarik nafas tak habis ni. dada pun rasa berat je nak tarik nafas. Pesakit asthma je faham kot😅). So tadi dapatlah pelbagai ubat termasuk antibiotik sbb tonsil saya dah merah dan bengkak. 
.
sempat pula berselfie ya. bukan apa..nak tunjuk bukti ni kita tak kerja hari ni sebab betul2 tak sihat tau:P



And please.. jangan la bagi suggestion kena selalu urut nanti asthma terus baik.. tak elok makan ubat banyak2, Tak elok budak2 makan ubat selalu. Masalah utama sekarang adalah ..pencemaran udara kat pasir gudang ni yg trigger asthma kami... kepada yang cadangkan pakai penapis udara di rumah.. Ya, mmg dah pakai penapis udara sejak anak2 kerap batuk semput (saya dah 9 tahun menetap di Pasir Gudang). saya juga siap beli set diffuser Young Living essential oil sebagai rawatan alternatif untuk asthma anak-anak. 
.

ni ubat yg saya dapat hari ni, tak termasuk ubat zaheen. yg kotak putih merah tu SYMBICORT. dah lama sy pakai untuk mengawal asthma saya.
.
.

sebenarnya ..tak berapa suka post pasal sakit ni..tapi terpaksa juga post supaya pihak lain tahu bahawa masalah CHEMICAL POLLUTION di Pasir Gudang masih belum selesai. Kes ni seolah-olah dipandang sepi oleh pihak berwajib. Mana pembelaan kepada kami , warga Pasir Gudang? Itu belum lagi kes adik Irfan  Wafi yang disahkan positif penyakit Myokimia akibat pencemaran sungai KIM-KIM bulan 3 yang lalu( gelombang pertama dan kedua). 

PENCEMARAN KIMIA | Hadapi Masalah Saraf Akibat Pencemaran
Seorang Murid tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bukit Dahlia, Pasir Gudang Johor disahkan positif Myokymia iaitu masalah saraf pada kedua belah kakinya akibat pencemaran Sungai Kim Kim pada bulan Mac lalu.
Irfan Wafi Idham Wazir, 12 tahun sebelum ini dimasukkan ke wad selama 10 hari di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas pengsan di sekolah akibat pencemaran toksid, di Sungai Kim Kim.
Irfan Wafi mengalami masalah fizikal tidak dapat berjalan dan berdiri.
Anak keempat daripada lima beradik tu berkata, sehingga kini kakinya masih belum menunjukkan sebarang perubahan.
Justeru beliau kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Sejak Mac hingga kini, Irfan perlu menjalani pemeriksaan lanjut tiga kali sebulan termasuk menjalani rawatan fisioterapi selain pemeriksaan psikologi di hospital.
Menurut ibunya, Norlela Abu Hashim, anaknya telah dirujuk ke pakar pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut .
Sebelum ini Irfan adalah murid yang aktif dan beliau antara murid sasaran 6A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolahnya tahun ini.

Sumber ini adalah daripada  Facebook Buletin TV3. Kesian sangat tengok video keadaan adik tu. janganlah ada mangsa lain dan harap sangat ada pembelaan sewajarnya kepada adik tu:(
.

 Semoga ada sinar harapan untuk kami warga pasir gudang. Semoga kes di Pasir Gudang ini dipandang serius oleh pihak berkenaan dan pihak berwajib. semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.DAN... SEMOGA KEJADIAN INI TIDAK AKAN BERULANG LAGI.