iklan

Tuesday, March 15, 2011

Alhamdulillah...Tahniah Mel! Welcome Aryssa!!:)


Rasenye...masih belum terlambat untuk aku buat post ni untuk Mel :) 
congrats dear:) 
Aryssa sangat comel!!:) 
pipi die leh geng ngan zaheen:) chubby n pipi labuh!!
geram n rasa nak cubit2 n geget je kan? hehe. 
Alhamdulillah, proses deliver u sangat senang:)* boleh la beranak banyak2 pasni:P hehe*
dan yeayy, FAGS dah ada 2 baby. next time giliran wawa,ija n dilla lak:)


lil cutie, Aryssa Qia Sarra
cantik dan sedap nama die;))
.
.
.


actually Mel ada buat entry pasal zaheen sehari selepas zaheen dilahirkan. sangat terharu ok:)
thanks dear:)




anyway, congrats again hot mommy;)
be a gud mom ok:)
im sure you are:)


p/s: Insyaallah cuti sekolah bulan 5 kami akan ke KL untuk melawat Aryssa :)

Saturday, March 12, 2011

tsunami di jepun tahun 2011/ japan's tsunami on 11.3.11...





tanda pangkah adalah pusat gempa bumi iaitu di SENDAI
line merah adalah kawasan yang paling teruk terjejas
line kuning.. dalam keadaan berjaga2


ni video tsunami di jepun tahun 2011..kesian kan..



semoga keadaan di jepun hari ini bertambah baik. insyaallah, amin..


p/s: doakan keselamatan mereka di sana.amin

credits: youtube, hanamemories

Wednesday, March 9, 2011

resepi puding sagu gula melaka tembikai susu yang sangat sedap!!!!serius tak tipu ni:P mak mertua pon puji tau.huhu.




resepi ini tersangat lah sedap wahai kawan kawan sekalian. 5 bintang aku bagi untuk pencuci mulut ini. sangat senang nak buat dan sgt sedap sampai mak mertua aku pon puji n tanya cara buat nya.hehe.

actually,resepi asal dari majalah rasa bulan februari 2011.tapi aku olah ikut selera aku :P

ni resepi asal..aku siap snap lagi pic die untuk korang.


ni resepi versi aku lak...

 bahan2:

sagu-aku guna sagu color hijau..saje ..nak nampak colorful sikit:P
1 tin susu cair*
6 sudu besar gula melaka hancur
1 sudu besar gula pasir*
tembikai susu-separuh(potong dadu)
air secukupnya

cara2:
1.mula2 rebus sagu sampai kembang.guna api sederhana n kacau sampai kembang. sagu ni ikut suka korang nak banyak mana. nak banyak, rebus banyak, nak sikit, rebus la sikit. aku guna lebih kurang 2 cawan sagu, pastu rebus ngan air.air biar lebih takpe..takde sukatan air utk rebus berapa asal air lebih. bila dah kembang,tutup api, masukkan sagu dalam tapis, lalukann bawah air paip, untuk buang kanji nya. pastu baru la letak dalam bekas. pastu masuk peti sejuk.

2. masak bahan yang bertanda * didalam periuk guna api sederhana sampai menggelegak sikit.pastu tutup api.simpan dlm peti sejuk.


3. masak gula melaka hancur ngan 2 sudu besar air. masak sampai gula melaka cair n likat. kejap je masaknya:)

4.  cara makan: mula2 masukkan sagu dalam cawan, pastu masukkan gula melaka pastu baru masukkan susu tembikai susu tadi. lebih sedap dimakan sejuk2.



cubalah:)




Thursday, March 3, 2011

anak beranak pengasuh kena chicken pox

mula2 anak pengasuh yang no 1 kena chikenpox 2 minggu lepas. lepas tu, minggu ni anak yang no 2 lak kena chikenpox. pastu suami die pon jangkin gak. walaupon masa kecik pernah kena,tp doc cakap ade kemungkinan kena balik lagi2 kalau imun rendah sebab ade makan ubat yang ader steroid or perokok. n tadi masa aku ngah jaga exam, kak zana(pengasuh zaheen) msg aku ckp die br blk dr klinik, coz dr suspek die pon kena cikenpox. adoyai...risau aku kat zaheen ok takut die jangkit lak kan. aku dah tak keruan tadi kat sekolah. nasib baik aku dah takde kelas pastu..aku terus mintak kebenaran balik dr pengetua. risau ok. zaheen baby lagi. tapi aku ade baca2 kalau baby yang masih nyusu badan insyaallah takkan jangkit coz antibodi kuat tapi kalau boleh kena elakkan die drpd bersentuh ngan org yang kena ciken pox la kan?




ni info pasal chicken pox atau cacar air dlm bahasa melayunya...:

Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.


Pengidap cacar air boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.

Tanda dan Gejala

Pengidap cacar air akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

btw, ibu mengandung n baby dalam kandungan pon boleh jangkit tau!! cube baca kat bawah ni:

Komplikasi

Ruam atau cacar air akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

* Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
* Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi
* Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik
* Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

* Jangkitan kulit - menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
* Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
* Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
* Radang sendi - sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

cikenpox.









Tuesday, March 1, 2011

4 month of Zaheen :)

Entry ini agak lambat ditulis. yelar...zaheen dah masuk 4 bulan masa 16/2/2011..ni dah bulan mac.bulan ni zaheen dah 5 bulan:)) jap je kan:))


ok2..nak cite perkembangan anak dara aku masa dah umur 4 bulan :


1. dah expert meniarap. kejap2 je nak meniarap. pastu masa meniarap die dah pandai angkat2 bontot n nak capai barang kat depan die
2. suke main ngan kaki die n suke nak makan ibu jari kaki die.comels ok :)
3. dah pandai buat suara ngada2 :P
4. dah pandai pegang mainan / toys die pastu nak masuk mulut die. kuat die genggam.kadang2 tido pon sambil pegang mainan:) pastu aku perasan die dah pandai pass mainan dari tangan kanan ke tgn kiri or kiri ke kanan:)
5. aku perasan die suke tgk upin n ipin. sampai tergelak die tengok.haha.comellllllllllllll
6. skang ni dah boleh bwk die gi shopping. die dah suke dok dlm stroller n tidur jer dlm stroller. kalau bgn, susukan die pastu lama2 pastu die tidur:)

7. suke gigit2:P



ni pic zaheen yang terbaru :)

 berkerut:P
abaikan baju2 yang tak berlipat kat dlm bakul tu:P

 makan kaki:P

 geget2 :P

 err..lapo sebab ibu die asik ngadap laptop:P

ni kalo dah penat main:)
hehe. ok la, tu je update terbaru zaheen:))