Tuesday, December 18, 2012

resepi makanan untuk ibu dalam pantang. khas untuk rujukan encik suami tersayang :)


Ok,entry ni khas utk encik suami yang nak memasakkan lauk pantang utk aku sepanjang aku berpantang nnt:P oleh kerana aku malas nak taip resepi sendiri, maka aku google saja resepi-resepi yang boleh encik suamiku sayang rujuk untuk masakkan sedap-sedap utk isteri terchentanya:P




1)Antara makanan yang boleh dimakan semasa dalam pantang : 
* Nasi, bubur nasi, sphagetti, makaroni dan pasta.
* Sayur-sayuran seperti bawang (bawang besar, bawang merah dan bawang putih), halia, lengkuas, ulaman pegaga, brokoli, lobak, sawi dan serai.
* Ikan seperti ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
* Makanan bijirin seperti oats, empingan jagung, beras merah & perang, kekacang soya (tauhu, tempe & tofu), badam, walnut, gajus, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
* Buah-buahan seperti epal merah, oren, limau, kurma, buah zaitun, buah tin, delima, aprikot dan strawberri.

* Minuman seperti susu, soya, horlicks dan milo.

Sumber :ciklaili



2.antara resepi-resepi untuk wanita selepas melahirkan anak:-




Kerabu Pegaga

Bahan-bahannya :

Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup

Cara:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. 

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya :

1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara:

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Ayam Kukus Cuka
Bahan A (diperap sebelum dikukus)

8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B

3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:

Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

Ikan Panggang Halia Muda

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara:

Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Ikan Tenggiri Masak Halia
Bahan:

2 ketul ikan di goreng
2 ulas bawang merah- ditumbuk
sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih – dihiris
halia – dihiris memanjang

Cara:

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.


Ikan Gelama Masak Asam
Bahan:

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Cara:

Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


Sawi tumis air
Bahan:

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong
Cara:

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.

Kucai goreng kicap
Bahan:

1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap
Cara:

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.


Kari Ikan Haruan
Bahan:

1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
( dimesin)
1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam

Cara:

Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.


Sup Ikan Tenggiri
Bahan:

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Cara:

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

Daging Bakar
Bahan-bahan:

300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara:

1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. 



Sup Ikan Haruan / Tenggiri / Bawal Putih / Merah

bahan-bahan:
air halia, bawang merah, bawang putih - ditumbuk daun sup ikan
cara-cara:
masukkan air dengan bahan2 yg ditumbuk, masukkan sedikit garam, setelah mendidih masukkan ikan & daun sup.

Steam Ikan Haruan / Tenggiri / Bawal Putih / Merah / Salmon

bahan-bahan:

ikan
halia
daup sup
tomato

cara-cara:

letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan & steam sampai ikan masak.


Singgang Ikan Haruan / Tenggiri / Bawal Putih / Merah

bahan-bahan:

air
bawang merah, lengkuas - dihiris
serai
asam keping
ikan

cara-cara:

rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yg sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping & sedikit garam. bila dah mendidih, masukkan ikan. 


Daging Goreng Halia & Black Pepper

bahan-bahan:


daging
bawang putih, bawang besar, halia - dihiris
serbuk lada hitam
minyak bijan

cara-cara:

tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan. masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.


Ikan Bilis Goreng

bahan-bahan:

ikan bilis
serbuk / biji lada hitam

cara-cara:

goreng ikan bilis sampai garing, angkat & toskan minyak. Kemudian tumbuk ikan bilis bersama lada hitam.


Isi Ayam Goreng Halia & Bijan

bahan-bahan:

isi ayam
halia - dihiris
bijan - disangai / digoreng tanpa minyak


cara-cara:

tumiskan halia yg dihiris dengan sedikit minyak, masukkan isi ayam. Setelah isi ayam dah masak, masukkan pula garam & akhir sekali bijan yg telah disangai. 






3.antara contoh2 menu untuk sarapan, lunch, minum petang dan dinner::-

-breakfast-
- biskut 4 segi
- white bread / wholemeal bread
- cereals (cornflakes with milk)
- milo suam /susu suam



-lunch-
- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah
- steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- ikan panggang berkari - ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- daging goreng halia & black pepper
- ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam
- isi ayam goreng halia & bijan
- kerabu pegaga
- sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot


-tea time-
- sama macam breakfast -


Dinner
- sama macam lunch -



ok,cukup tak encik suamiku syg?:P lalala. masak sedap2 tau untuk i nanti;)  lap u;)

3 comments: