iklan

Friday, December 30, 2011

Mencari kedai lampu yang best,cantik,up to date,trendy dan yang penting murah di Johor?? sila pergi ke AVALON top lamp holding sdn bhd:P

wah,bukan main promote aku ni:P
bukan die bayar aku pon.
tapi saje nak share kedai yang best2 kat korang-korang yang cari 
lampu hiasan atau downlight untuk rumah baru :)




aku dah survey banyak kedai lampu gak.
dan kedai AVALON ni menepati citarasa ku.
up to date, modern, trendy with reasonable price! best!:)
actually aku tau pasal kedai ni pon melalu majalah IMPIANA gak.
die ada banyak cawangan, dan cawangan kat kat johor adalah di Johor Jaya. 



kitorang gi malam;)

macam-macam ada:)




rambang mata okey!




dan malam tu jugak kitorang terus beli je lampu kat situ.
sebab dah berkenan sangat dengan lampu-lampu dan harga-harga yang ditawarkan.
sangat berbeza dgn harga kat kedai lampu lain walaupon jenis lampu yang sama.
contohnye ye...lampu downlight jenis petak,kedai lain die jual rm20-30 sekali ngan lampu 18watt.tapi kat AVALON ,die offer hanya rm12.90 sekali lampu 18watt.design yang sama seperti yang kitorang survey sebelum2 ni. dah tentulah kitorang beli terus kan. lagipon sementara stok masih ada.nasib yg kitorang tu masih ade stok. ada design yg dah abis stok. sekejap je! actually, downlight jenis petak ni adalah idaman encik suami.ehem ehem. die mengidam nak lampu downlight jenis petak dan lampu LED :P lampu LED tengah in trend sekarang. jimat eletrik tau lampu LED ni. 1 lampu,1 watt je. tapi harga agak mahal la. yang aku beli tu rm60 satu lampu. ok la,ada yang sampai beratus.  




oklah,tu je kot:) esok dah 31 disember. kejap jemasa berlalu kan?? selamat tahun baru kawan2:) semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun 2011. azam tahun 2012 aku macam-macam. paling utama sekali nak MELANCONG! sebab sejak kawin,takde gi melancong mana2. siannn kan?haha.korang pulak, apa azam tahun 2012? :)


p/s:insyaallah kami akan pindah rumah baru pertengahan bulan Januari ,2012.
doakan segala proses pindah rumah kami berjalan lancar:)
amin!:)



p/s lagi: ni alamat kedai tu ,

74, Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: +607 - 3556909
Fax: +607 - 3556909
Email: johorjaya@avalon2u.com

Wednesday, December 28, 2011

berjaya berOMBAK RINDU di Segamat :P



 akhirnya...setelah sekian lama MENGIDAM nak tengok wayang, dapat jugak kami tengok wayang kat panggung wayang LFS di ONE SEGAMAT masa balik segamat weekend lepas:P hehe. baru bukak tu panggung wayang tu kat segamat. dekat je ngan umah aku lak tu. jalan kaki pon boleh sampai. huhu. best2. 


p/s: thanks to adik adikku yang tolong babysit zaheen masa kitorang dating tengok wayang:P


wordless wednesday #7 : Port Zaheen tengok TV pagi-pagi ;)

haha..ni lah port zaheen tengok kartun pagi2:P

Tuesday, December 27, 2011

pizza adik bongsuku :)

Last weekend, aku balik segamat. 
dan aku request kat adik bongsu aku,Amin buatkan pizza untuk aku.
sebab mak aku cakap Amin dah pandai buat pizza :) 
so..ni gambar2 Amin,adik bongsu ku yang baru berusia 14 tahun buat pizza.:P 
die buat dari awal(doh pizza), topping pizzza tu sendiri tau. 
wah, akak mu ini pon tak pernah buat pizza sendiri:P haha
kak in bangga dengan kamu;)) 
sedap sangat okeh.
yg aku suke, crust die yang tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis.just nice:)



so..here's the pics:)














sedap!

nanti boleh buat lagi untuk kak in;) thanks Amin;)



Tuesday, December 20, 2011

kaedah mendidik anak-anak

entry ni aku cnp dari blog tintacomelote . banyak info parenting yang berguna kat blog tu. sesuai untuk ibu muda cam aku. muahaha..


Kaedah 7P dalam mendidik anak-anak.


PERHATIAN
Berilah perhatian yang maksimum sehingga hatinya puas, jgn hanya menonton tv selepas pulang kerja, berita mengenai anak2 orang lain terbunuh, kemalangan dll, sedangkan anak sendiri di rumah tidak diberi perhatian. Apabila anak memanggil kita sering mengabai dan memarahi, anak akan melakukan ini kepada kita di kemudian hari, mereka belajar dari kita, what you give is what you get. Perhatikan bakat, minat, fesyen yg disukai anak dll.Anak2 sangat2 perlukan perhatian ibu bapa ketika kecil, ketika remaja lebih2 lagi mereka perlukan perhatian ibu bapa.

Tips jika anak membuat aksi2 nakal ketika tetamu dtg ke rumah, anak2 ini hakikatnya mahu perhatian ibu ayahnya, utk mengatasinya, beri sedikit sahaja perhatian kepadanya dengan memuji dan memeluknya. InsyaAllah dia akan kembali tenang.

2-PUJI DAN PELUK.
Pujian akan membuat kantung jiwa anak penuh. Ayah perlu memuji anak perempuan spy anak perempuan tidak tercari2 pujian dan penghargaan dari lelaki lain. Ayah juga perlu puji anak lelaki bagi menunjukkan perhatian dan penghargaan. Ibu juga perlu puji anak lelaki agar kantung jiwa mereka penuh dan hati mereka tenang. Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW ketika baginda dalam keadaan takut. Peluk anak kita ketika dia takut, ketika sedih, dan ketika gembira. Peluk anak sebelum mat rempit peluk anak kita, sebelum org lain peluk anak kita.

Anggap anak org lain seperti anak sendiri, kerana pada hari ini ibu bapa sibuk bekerja, anak2 boleh berbuat dosa di mana-mana mengikut suka mereka sendiri. Alangkah baik jika seperti dulu, mana-mana lelaki dewasa sekampung dapat menjadi bapa ketika anak2 di luar rumah, dapat memberi perhatian dan teguran seperti seorang ayah.

3-PENDIDIKAN.
Pendidikan pula terbahagi kepada 3 A
1-Akademik 2-Agama 3-Akhlak. Elakkan dari pendidikan tidak seimbang, menjadi org akademik yang tiada agama atau orang agama yang tiada akhlak.

Ajar anak kita ketika mendapat sesuatu dari kita ucapkan "terima kasih ayah, terima kasih ibu, terima kasih Allah". Anak2 perlu diajar, jgn biarkan mereka terus terusan kurang ajar. Jgn biarkan anak2 meminta2 duit raya, jgn biarkan mereka memaksa ibu bapa membeli handphone mahal, membeli motor dll sehingga ibu bapa terpaksa mencari duit lebih atau menipu/tidak jujur dengan syarikat bagi memenuhi kehendak anak. Ajar/didik anak ikut zamannya, dapatkan skill2 parenting yang baru.

Utk mendidik akhlak, ajar dengan sabar, hormati ibu ayah, tunjukkan cara bercakap yg baik, tunjukkan cara mendengar yg baik, puasa isnin khamis, bangun malam bersama anak2.

4-PUJUK.
Pujukan dapat meredakan kesedihan dan kekecewaan di hati anak-anak malah sesiap sahaja. Dengan pujukan dapat mengeratkan kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak. Pujukan membuatkan anak-anak mendapat perhatian daripada ibubapa mereka.

5. PUKULAN
Pukul jika anak buat salah dengan niat untuk mendidik dan ukulan itu mestilah selepas anak diberitahu apa kesalahan mereka dan bukan sewaktu kita dalam keadaan marah akibat perbuatan mereka.

6-PENGHARGAAN.
Penghargaan dan pujian apabila anak melakukan perkara yang disenangi. Ini dapat meransang anak mengulang perbuatan itu lagi.

7-PERIKSA (MUHASABAH).
Muhasabah setiap tindak tanduk kita perbuatan kita yang bakal dijejaki oleh anak-anak. Ibubapa perlu menjaga adab dan tingkah laku sebelum mengajarnya kepada anak-anak.
 

budak comot nak makan roti gardenia sendiri.

makan coklat cadbury


zaheen...1 tahun 2 bulan:-
dah makin susah nak makan. makan pon sikit jek. dah taknak bubur.
aktif bermain. 
siang susah nak tido.tidur pon sejam je pada siang hari
malam tido lewat dalam pukul 10-11mlm, pagi bangun awal pukul 7pg.
suka jalan2.pantang tgk kasut die,mula lah merengek suruh pakaikan kasut nak jalan kat luar:P
currently tengah tumbuh gigi geraham bahagian bawah 2 batang.
rambut dah banyak sikit.









Saturday, December 17, 2011

nak rancang dapat anak lelaki atau perempuan?

korang cuba tgk jadual ni




betul atau tidak? tak perlu lah percaya 100% ye, semuanya kerja Tuhan kan.
baca lebih lanjut kat SINI ye.

p/s: aku punye betul klau ikut jadual tu. aku pregnantkan zaheen umur 25thn. bulan januari zaheen mula terbentuk dan pd jadual pon betul aku akan dapat anak perempuan. 


p/s lagi: so lepas ni...bolehlah planning nak dapat baby boy. maybe umur 28thn kot:P


Friday, December 16, 2011

kisah penjual penapis air bersama encik suami


kisah benar ini telah berlaku kepada encik suamiku 2 hari yang lepas(hari rabu) pukul 1.30++  petang. hari tu encik suami keje halfday sebab nak bersihkan tingkap rumah baru.




penjual: assalamualaikummmmm...3x!(sambil ketuk pintu rumah berkali2)
en suami : (br bgn tido sambil jawab salam. aku lak dah lari naik atas sebab pakai seluar pendek, so malas nak tukar seluar dan layan penjual ,lari je naik atas :P )

*encik suami bukak pintu*


penjual: em..tuan rumah ada?
encik suami: (dlm keadaan mamai, tanya balik penjual tu..) Tuan Rumah? saya lah tuan rumah.

penjual: owh. mak ayah ada tak adik ??
encik suami: (tengah blur lagi,tanya balik penjual tu,...) Mak ayah?



*encik suami tersedar dari blur*


encik suami: owh, mak ayah takda. saya suami isteri tinggal kat sini.
penjual : owh. saya nak jual penapis air swiss pro.bla bla bla..
encik suami: saya tak berminat.
penjual: owh.takpe lah encik.


*encik suami terus tutup pintu*

 lepas tu cam biasa lah encik suami akan cerita kat aku dan perasan dia masih awet muda , muda remaja, muda belia. uhuk uhuk:P  haha..








Thursday, December 15, 2011

progress rumah baru setakat ini..#1

alhamdulillah...progress rumah setakat hari ni(15/12/11) :


1) tinted - done
2) grill - done
3) awning belakang - done




1) Tinted cermin sliding door dan tingkap


Tinted aku amik dgn Mr Chong yang peramah. Nama kedai die Sun Cool Solar Film and Decoration. Alamat No. 9 jalan ros merah 2/11, taman johor jaya, 81100 Johor bahru,Johor. Brand Tinted Film yang digunakan : Sun Cool. Ada warranty 5 tahun. aku amik dwi colour, belah dalam warna blue black dan luar warna silver. Harga tinted termasuk upah pasang untuk satu rumah RM 800. Keje2 pasang tinted ni satu hari je siap .Dalam 2 jam dah siap untuk umah aku la. Mungkin sebab orang pro buat, kalau nak buat sendiri memang 2 3 ari baru siap kot. Tu pon taktau la kemas ke tak:P So, baik upah pro je yg buat ye tak;)

ni dari luar rumah. masa ni tingkap belum dibersihkan lagi.lepas dah bersihkan tingkap,lagi nampak berkilat2

ni dari dalam. time ni pun tingkap belum dibersihkan lagi. tapi masa sebelum pasang tinted tu,org tu dah bersihkan bahagian dalam sebelum pasang tinted.




2) Grill dan awning belakang


Grill dan awning aku amik dari satu kedai yang sama, Ever Metal Works. ni actually belum siap betul sebab ada satu bilik tu, grill belum pasang sebab die salah ukur. tapi kira done 90% la. aku amik jenis Mild steel with powder coating. warna putih. design jalur simple je. total harga grill untuk satu rumah RM 2800 free plate no rumah. awning belakang rumah lak RM 600 untuk 18 kaki x 4 kaki. aku amik warna biru, awning jenis biasa saja..sebab belakang rumah je kan:P kenapa aku pasang awning kat belakang rumah? sebab nanti kalau ujan, air hujan tempias masuk dalam umah ikut bawah pintu belakang. so..terpaksa lah pasang awning. actually mula2 awning takde dalam budget dulu..nak pasang kemudian...tapi disebabkan tempias, maka kami pasang lah itu awning jugak dulu. so total RM 3400..makin bertambah tambah lah $$$$ yang keluar. ka ching ka ching!! grill actually baru start pasang hari ni. tapi aku tak dapat nak tengok sangat diorang buat keje sebab bawak si kecik tu. die meragam je tadi. encik suami tak dapat cuti. pengasuh lak TAKNAK jaga (ni nnt aku cerita kat enrty lain), tu aku kena bawak zaheen. .so tadi aku balik awal, tak tgk abis org tu buat keje. sebab kesian kat zaheen.tapi sebelum balik umah, sempat lagi aku berTutti Frutti ngan Zaheen:P hehe



ni awning belakang rumah

ni gambar petang semalam. encik suami time ni sibuk cuci dan bersihkan tingkap dan pintu. aku n zaheen jadi mandur je:P

simple kan design grill kami...

ni je gambar grill yang aku sempat snap tadi
.


 ok la...last but not least...



sebelum balik tadi...sempat lagi kitorang bertutti frutti :P 


BAI!XD







Tuesday, December 13, 2011

Mari beli! Mari beli!~ premium beautiful dengan harga murah! new item ok,not used item!

Assalamualaikum. 



Aku dengan ini mengumumkan aku nak jual stok premium beautiful aku dengan harga murah. Waaahh..biar betul kan?? ya...ini betul-betul kejadian:P
aku nak habiskan stok. kira stok clearance lah ni sempena year end sale :D
barang dijual secara berasingan. 


ni nak story mory dulu pengalaman aku guna premium beautiful(PB) :

aku guna premium beautiful masa dalam pantang. FYI, berat aku naik sebanyak 20kg masa mengandung. dari 45kg naik sampai 65kg masa dah hujung pregnancy. ye,gemuk sangat dah aku time tu  aku rasa.dah la aku ni pendek orangnye...perut lak beso,badan lak membeso..sangat2 tak sesuweii.. sebab aku sgt kuat makan kek masa mengandungkan zaheen.mana tak berat aku naik sampai 20kg!huhu..

ok,mula2 dlm pantang aku pakai bengkung jenis tradisional yg jenis lilit2 yg payah tu.(note: aku tak suke bengkung jenis lilit tu.leceh.huhu) .aku guna bengkung tradisional tu sampai lah hari pantang ke 20++ kot. lepas tu aku gatal nk try bj kebaya/kurung moden zaman anak dara...nak check dah muat ke belum ..tak muat hokey. hampa!:( aku timbang, berat aku dalam 56kg. wah..sangat byk untuk aku turunkan ke berat asal. 

Then,aku br teringat yg aku memang ada stok premium beautiful (next entry la aku cerita camne aku boleh terjebak join MLM hai-o ni.siap wat loan ok join hai-o dan aku amik 9set PB *note: 9set PB bermaksud 27 barang sebab 1 set PB ada 3 bahagian..bahagian korset,bengkung dan girdle* dan 1 bio-aura. *note:stok Pb yang lain aku dah jual..sekarang tinggal lagi 5 barang je*.aku regret join mlm tapi aku tak nafikan set premium beautiful die sangat best!). so aku cari-cari size aku dan nasib baik ada!! aku terus pakai..........sampaikan waktu tidur pon aku pakai(nak kurus cepat dan body lawa punya pasal) haha.dan dalam seminggu aku buat camtu (tapi makan tetap makan,aku tak diet sebab aku breastfeed anak aku,cian lak die kalau tak cukup susu), aku try balik baju kurung moden/kebaya/jeans lama2 aku. dan yay!aku dah muat balik bj lama aku.then,aku teruskan pakai PB sampai lah habis pantang dan berat aku lepas pantang ialah 47kg. maksudnya aku turun sebanyak 17kg dengan bantuan PB. alhamdulillah. tapi lepas habis pantang,aku dah malas pakai PB sebab tak sempat.lagi2 dah start keje. kalau aku sambung teruskan mesti aku dpt blk berat bdn asal,45kg.:P  tapi takpelah, encik suami kata ok ,aku pon ok lah:P hehe. 

 
so, PB sangat sesuai dipakai untuk ibu-ibu dalam pantang dan juga yang bukan dalam pantang. hehe
ok,PB boleh dipakai 1 set atau pun secara berasingan.aku jual secara berasingan.

so..stok yang ada adalah:-



 1)  long bra (korset) saiz 95D, 70D dan 100D. 
LONG BRA SAIZ 70D: HARGA JUAL RM780.00, HARGA SAYA TAWARKAN RM300  
LONG BRA SAIZ 95 D & 100D: HARGA JUAL RM858.00, HARGA SAYA TAWARKAN RM350

SANGAT MURAH DARI PASARAN! EMEL ME IF INTERSTED. NOT FOR FUSSY BUYER AND CASH ONLY.




2) waist nipper (bengkung) saiz 82----SOLD!.



3)long girdle (girdle) saiz 106----SOLD!



untuk mengenalpasti saiz premium beautiful anda  atau cara ukur premium beautiful ...:


step 1:  sila ukur dalam cm(centimeter)

1.ukuran bahagian puncak breast (bust) = _____ cm
2.ukuran bahagian bawah breast (under bust) = _____ cm
3.ukuran pinggang (waist) = _____cm
4.ukuran puncak bonbon (hips) = _____ cm
 
*ingat!ukuran mesti dlm cm ,bukan inci ye!*
step 2:  kenal pasti size korang dengan merujuk jadual dibawah.
**sebagai contoh,aku bg nilai bust=100cm , underbust= 90cm, waist= 80cm dan hips= 106cm
cara nak tentukan size CUP?
 
Puncak dada - bawah dada = _____cm
100cm-90cm = 10cm.
 refer pada table kat atas, utk lihat size cup yang sesuai. 
10cm adalah dlm range 10-13,so....cup size anda adalah "C" 
cara nak tau size LONG BRA?
 
waist = 80cm 
so 80cm is between 79-86 ,jadi saiz Long Bra PB adalah 82 and cup C (82C)

cara nak
tentukan saiz Waist Nipper ?
 
Waist = 80cm. 
80cm is between 79-86, so saiz Waist Nipper adalah 82.

cara nak tau saiz
Long Girdle .. ?
 
Puncak punggung - pinggang=______cm
waist=80cm dan hips=106cm
jadi...106-80 = 26 cm.
Kalau total cm lebih besar dr 28cm (> 28), kena ambil  1 size bigger.
 
so, yang contoh ukuran aku bagi tak perlu ambil 1 size yg lebih besar..sebab kurang dari 28cm. jadi size  Long girdlenya adalah 90. (rujuk ukuran punggung pada jadual diatas ok).


step 3:  korang ukur dan tengok size korang...ada tak yang size yang aku ada jual...
kalau ade,korang boleh contact/emel aku dan aku boleh bagi harga murah. 
kalau takde..minta maaf, korang kena beli ngan org lain:P 
sebab aku hanya jual saiz yg aku sebutkan kat atas je.




.


jika berminat nak beli, emel aku :   mrsnawuza@gmail.com

sementara stok masih ada okeyy!~

Sunday, December 11, 2011

happy 2nd wedding anniversary sayang!!

Dah 2 tahun usia perkahwinan kami,Alhamdulillah:)


Thanks 4 everything sayang:)


LOVE YOU...always:)


Friday, December 9, 2011

IKEA Johor Dan LEGOLAND Malaysia Bakal menjadi tarikan besar di JOHOR

Mula-mula Johor Premium Outlets (JPO) ,lepas tu IKEA Johor dan LEGOLAND Malaysia pula bakal siap;) 




makin best lah johor ni:P ok gak aku dok JB ni. makin membangun. dulu-dulu masa zaman belajar mesti berangan nanti dah keje, nak cari keje yang kat KL sebab KL best. banyak shopping complex yang best2, ada sunway lagoon, ada macam-macam yang best-best lah:P hehe..tapi bila dah keje, tak dpt pon keje kat KL. dapat kat johor jek. encik suami pon mula2 dapat keje kt KL tapi sanggup tukar keje kat JB je sebab taknak duduk KL. maka tercampak lah kami ke pasir gudang atau dalam bahasa omputihnya encik suami panggil WAREHOUSE SAND:P hehe. ok la, dekat jugak ngan bandar JB. setengah jam je dah sampai bandar JB;)





yup, Johor dah ada Johor premium Outlets(JPO) yang baru dibuka pada 2/12/11. aku tak pernah pergi pon lagi. tapi member2 aku yg dah pegi sume cakap best. barang2 branded yang dijual sume murah dari harga pasaran. siap member aku publish kat FB gambar Levi's Store yang kosong hasil rembatan org ramai. oh ye, grand opening JPO ni adalah pada 11 disember 2011 dan akan dirasmikan oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Meh la pegi ramai2;) Tapi aku tak dapat pergi sebab budget yang tidak mengizinkan, budget aku dah habis untuk barang kelengkapan rumah sahaja.haha:P  nak tahu lebih lanjut pasal JPO baca SINI. juga boleh baca di SINI.




dan tak lama lagi jugak JB bakal ada IKEA! yay! sukeeeeee:D dah lama tak gi IKEA. sebab IKEA ada kat KL je kan. Winduuuuu IKEA:P *gedix*


lokasi ikea johor adalah di Tebrau City. dan bangunan IKEA ini akan bersambung secara terus dengan AEON Tebrau City dan Tesco Tebrau City. pastu, laluan monorail juga akan diwujudkan untuk mengurangkan kesesakan trafik. setakat ni ikea johor masih dalam proses pembinaan. maybe hujung tahun 2012 baru siap kot. ni arkitek yang buat projek ikea tebrau city, TJ ONG architect.
*sabar ye ...kumpul duit dulu ,pastu baru boleh shopping puas2 kat IKEA :P haha*









dan yang terbaru aku dapat tahu, LEGOLAND Malaysia dijangka siap penghujung 2012. wah!! best2!!! zaheen mesti suke :D tapi tiket mahal seyh. RM 140 untuk orang dewasa, sebab maybe target diorang adalah untuk warga singapore kot.

nak tahu lebih lanjut pasal LEGOLAND Malaysia, baca SINI ok :)




oklah, dh habis baca KLIK SINI ok? TQ:)





Thursday, December 8, 2011

nak menang GPS bay G73i??

klik gambar untuk join GA ni:)

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

jom join GA. mana lah tau tersangkut satu hadiah;) 


klik gambar untuk join GA




ni link senarai penaja hadiah yg bermurah hati sponsor hadiah:)





jom join ramai2.ada byk hadiah tuuuuuuu.....
nak tgk senarai hadiah klik SINI
doakan aku menang yek:D

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday #6 : kad pertama dari encik suami semasa zaman berkawan:D

ayat yang dihighlight guna pensel tu tulis : when i think of sumone thoughtful, sumone warm and helpful too. sumone who means a lot to me...my thoughts all turn to you..

hee:D tiba-tiba nak mengimbau zaman silam masa mula-mula berkawan ngan encik suami. ni kad pertama dia bagi kat aku lepas berkawan rapat ngan aku masa kat matrik:P motif die bagi kad ni aku tanya die balik malam tadi adalah sebagai lambang persahabatan :P tapi sangat kreatif kan encik suami. simple D.I.Y je kad die. siap die kata gunting gambar kat reader's digest kawan die kat matrix n kawan die pon tak tau die gunting majalah tu:P (praktikum kitorg masa tu digalakkan langgan reader's digest tp encik suami tak langgan. aku langgan. aku student yg baik:P) gambar yang digunting tu adalah bentuk burung yang ada kat gambar kedua tu:P pastu yang lawak tu die siap tampal keratan akhbar 'how to prevent date rape' :P dan ada keratan beg plastik Thank You :P hehe. so funny n so sweet :P



 eh, ni wordless wednesday ke wordy wednesday ni?:P haha. bai!:D



p/s: weekend ni anniversary kami yang kedua :)

p/s lagi: ampun encik suamiku sayang :P

Tuesday, December 6, 2011

bersemangat nak hias rumah baru :)

punyalah bersemangat sampai tak sedar bulan ni je aku dah beli TIGA majalah hiasan dalaman rumah !:P
  
tengok ni :-


homestyle , impiana dan impiana dapur :P 
 yup,kami sedang bersemangat nak deko rumah dan cari idea hias rumah baru.
mula-mula tak rasa pon nak beli2 majalah ni, surf je kat tenet...banyak,melambak...tapi..tak puas kot tengok kat skrin laptop jek, kena tatap depan mata gak:P haha..




 ok, cakap pasal rumah...ni nak cerita progress rumah selepas dapat kunci.

 lepas je dapat kunci rumah, kitorang check - check la defect / kerosakan rumah. korang boleh klik SINI jika nak tahu tips dan panduan memeriksa kecacatan /kerosakan rumah baru. serius teliti dan cerewet aku check sampai report kali pertama je aku guna sampai 3 borang penuh bahagian report tu. sampai penin kepala org bahagian aduan kerosakan tu melayan aku:P


cara kami check defect rumah baru : check bahagian rumah start dari bahagian gate luar rumah. amik gambar kerosakan dan tandakan guna masking tape tempat kerosakan tu. kat masking tape tu kena tulis apa jenis kerosakan tu, contoh : leaking, retak.

ni contoh yang aku buat :












bawah ni pulak gambar major defect kat rumah baru kami..LEAKING! cara nak tau leaking:korang kena takungkan air kat setiap toilet (tingkat atas), biar die takung..tengok kat tingkat bawah (siling bawah toilet)..ada tak air keluar..kalau ada maksudnya leaking la.kalau takde,baguslah ..tak leaking.



 dah setel tanda2 tempat defect tu baru buat report kat pemaju.






sebelum tulis kat borang aduan tu, aku karang baik2 dulu kat kertas kajang:P guna pen merah lagi okeh:P cekgu kannnn:D hee




lepas dah buat aduan, tunggu kontraktor pemaju baiki defect dalam tempoh 14 hari. so far...defect kali pertama yg aku report tu dah setel. tapi aduan kali kedua n ketiga belum setel :P baru buat report yg ke2 n ke3 minggu ni ..so kena tunggu lagi lah. 


oklah, byk lagi nak cerita pasal rumah baru sebenarnya..tapi...dah ngantuk. :P next entry lah eh:)