iklan

Wednesday, December 19, 2012

resepi kek span/sponge cake yang sedap dan senang

Assalamualaikum..
hari ni nak share satu resepi kek span yang paling senang dan sedap pada pendapat aku.
cara nak buat pon senang .
resepi aku cuba dari SINI. 


kek span coklatku yang baru siap:)



sebelum ni aku penah try resepi kek span yang lain. kebanyakkannya leceh sebab nak kena buat meringue lah,asing telur lah .itu lah ini lah.  last2 malas nak buat kek span sendiri,aku kadang2 beli je tepung kek span segera /optima cake mix. tapi rasanya tak lah sesedap yang kita buat sendiri. kek span ni penting..daripada kek span, boleh buat macam2 jenis kek. contoh macam aku aritu..buat kek span untuk buat OREO CHEESECAKE untuk encik suami sempena anniversary kami(tapi aku yang banyak makan:P). selain tu, boleh juga guna kek span untuk buat kek tiramisu,kek blueberry,kek black forest, cheesecake dan sebagainya. maksudnya kek span adalah asas kepada pembuatan kek;)



oreo cheesecake for hubby. ni baru siap hias.belum masuk dlm peti sejuk lagi



ok.ini resepinya.:


Resepi kek span coklat

Bahan-bahan:

5 biji telur gred b
170gm gula kaster
1 camt ovalette
100gm tepung gandum
1tsp baking powder
40gm serbuk koko
70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan



Cara-caranya :


1. Pukul telur, gula, ovallate dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan bertanduk...
2. Masukkan tepung, baking powder & serbuk koko yg telah di ayak ke dalam adunan...
3. Kemudiannya minyak jagung dan kacau sebati dengan cara kaup balik... kacau rata2 k...
4. Isikan ke dalam loyang 8" dan bakar menggunakan api atas bawah selama 30-35 minit pada suhu 170'c...
5. Bila kek dah masak.. keluar je dr oven.. hentak2 skit.. perlahan tau.... lepas tu terus sejukkan kek di redai... kang klu lambat2 kek jd kecut...



so...dari kek span coklat ni..aku buat oreo cheesecake utk hubby:)


ni masa baru keluar dr oven.terus telangkup atas redai kek

dah sejuk atas redai kek..telangkupkan semula utk proses belah kek kpd 3 lapis

aku guna alat ni utk potong kek span. ketebalan kek boleh dilaraskan pada benang alat tu. tak ingat nama alat ni. sponge cake divider/cutter kot?

dah dibelah 3 dgn sekatanya:) ready for frosting:)

tadaaa.siapp.dah frosting,kene masuk peti sejuk dulu baru leh makan.

actually masa nak frosting ni,krim tak berapa cukup. tapi pandai2 lah cover ye.hehe



dah sejuk lebih kurang 4 ja,baru sedap utk dimakan:)


nyam3


jemput tgk je lah ye..:P
 oklah,itu sahaja utk hari ni:) bai,assalamualaikum:)


p/s:

sedang mencari set berpantang terbaik? nak luka jahitan cepat sembuh, badan bertenaga, susu badan banyak dan tidak sembelit semasa dalam pantang? cuba lah set berpantang Shaklee dan rasai perbezaannya! klik link ini ;)

3 comments:

Unknown said...


Sedapnya tengok kek dia. Nanti boleh la try. Resepi pun senang,semua bahan ada cuma tunggu kerajinan tu je wujud. huhu. Btw,thanks share resepi & Salam kenal.

Unknown said...

Lepas msuk tepung semua tu, kna pkol x? Harap sudi bls sbb sya mmg teringin nk bt..

Unknown said...

Lepas msuk tepung semua tu, kna pkol x? Harap sudi bls sbb sya mmg teringin nk bt..