iklan

Wednesday, June 16, 2010

siapa kata hisap rokok boleh kuruskan badan?siapa kata?

 siapa kata weh??
haha
artikel ni dari Harian Metro.sila baca ye wahai para perokoks~
.
.
.

KUALA LUMPUR: “Saya tetap gemuk walaupun sudah 11 tahun menghisap rokok, malah boleh dikategorikan sebagai obesiti kini,” kata Juruselam Najibah Muhammad, 25.
Dia yang mula menghisap rokok ketika di tingkatan dua berkata, tabiat itu menjadi amalannya selepas terpengaruh kata-kata seorang rakan lelaki yang mendakwa rokok mampu menurunkan berat badan terutama bagi wanita.
“Pada mulanya, saya merokok kerana ingin menjadi kurus, tetapi cara itu tidak berjaya, malah saya menjadi perokok tegar sehingga mampu menghabiskan 20 batang sehari,” katanya.

Sementara itu, perunding kewangan, Wendy Chia Shinyi, 26, berkata, dia langsung tidak percaya yang tabiat menghisap rokok boleh membuatkan seseorang menjadi kurus. “Jangan percaya tabiat merokok boleh membantu ‘si montel’ mengurangkan berat badan sebaliknya mereka mungkin berdepan kematian kerana ia mengurangkan kandungan nutrien dalam badan,” katanya yang sudah menjalani rawatan untuk berhenti merokok.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata satu kajian mengenai gejala merokok di negara ini menemui fakta mengejutkan apabila jumlah kanak-kanak perempuan mula merokok pada usia di bawah 10 tahun didapati satu kali ganda lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki. Pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Md Yusof, berkata kenyataan itu hanya ‘mitos’ kerana belum ada kajian membuktikan tabiat merokok mampu mengurangkan berat badan.

Katanya, sikap wanita yang terlalu taksub untuk kelihatan ramping dan cantik persis model mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dengan kenyataan terbabit sehingga tidak mengendahkan kesan negatif daripada tabiat itu.

“Apabila mereka menghisap rokok, bahan kimia yang terdapat dalam rokok itu kononnya mampu ‘membunuh’ lemak dan membakar kalori sehingga perokok terbabit kekal ramping,” katanya ketika dihubungi.

credits: harianmetro

No comments: