iklan

Friday, August 26, 2011

jalan yang ada speed trap. sila berhati-hati kalau tak nak kena saman.

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang


Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
...4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

selamat hari raya !! maaf zahir batin:)

salam.
petang ni aku dah balik kampung aku, segamat:)
tapi balik untuk buka puasa sesame family jek sebab puasa tahun ni tak sempat lagi berbuka ngan famili.
pastu ahad balik kampung suami. 
so maksudnya raya pertama tahun ni kat umah mertua ku:P huhu.
first time ni raya pertama tak beraya ngan famili sendiri;( 
tapi pastu balik segamat balik:P hehe. 
so tak kesah lah, janji beraya:P huhu. 
tahun ni jugak...zaheen akan dapat duit raya !yay! ibu die yg over excited kan.huhu. 
maklum la..ibu die dah lama tak dpt duit raya:P 
abah zaheen pulak tahun lepas dpt duit rya lagi masa beraya kat kampung belah ayah aku sebab die ingatkan encik suami tu adek aku. cis. 
pastu en suami berlagak ngan aku die dpt duit raya lagi ,tapi aku tak. cis cis cis:P atok tu dah rabun hokey..:P

huhu..so...dikesempatan ini...aku ingin minta maaf jika aku ada terkasar bahasa dalam belog aku ni kan...oklah, kosong-kosong k? selamat hari raya!!!


selamat hari raya auntiy n uncle sekalian! :D

Monday, August 22, 2011

menu berbuka puasa lagi dan lagi part 3

as promised, aku post lagi pasal menu berbuka yang aku pernah masak sepanjang berpuasa tahun ni. just nak share idea kat korang nak masak ape untuk berbuka dan juga untuk rujukan aku, supaya aku tak masak bende yang sama setiap kali berbuka:P huhu


actually aku dah tak ingat dah setiap menu2 tu aku masak hari ape..tak macam post sebelum ini dan ini.

tapi aku masih ingat makan ape pada hari-hari tersebut :P hehe...



 so..jom tengok!:)


macaroni gratin with white sauce. ni aku suke. makan ni je dah kenyang. pada aku la.hehe.


telur bistik makan ngan nasi putih n timun. air hot choc je sebab hari tu macam malas nak masak:P






daging dendeng, marinate baked chicken,kubis masak lemak.
daging dendeng dah jadi lauk peberet aku sekarang. sukeee:D










spagethi bolognese with meatball, baked marinate chicken lagi, shepherd pie and apple crumble. menu western hari tu. huhu. oh, hari tu shikeen n mr raop datang berbuka umah kami:)






ayam goreng kunyit with daun kari, sup kosong dan chicken divan resepi shikeen :)



ok, tu je. nanti sambung lagi. sebab pic lain tak sempat transfer lagi. malas:P

hari ni dah hari ke 22 puasa.kejap je kan?? tapi aku masih tak sempat nak berbuka ngan famili kat segamat T__T

hmm..encik suami janji ujung minggu ni:) sukeee:D
btw, play yard zaheen dah dapat. so lepas  ni boleh la aku masak n baking dengan senang hati:)
nnt aku cite pasal play yard   zaheen kat next entry k.
ok la...dah pukul 5.11 petang ni,...jom masak untuk berbuka! :)




Tuesday, August 16, 2011

resepi ayam tandori goreng

resepi ni adalah atas permintaan mak buyung, maisara dan kak oya :P hehe..








bahan2:


ayam
serbuk kari
serbuk kunyit
jintan manis
ketumbar-ditumbuk
garam
pewarna merah

cara buat:

gaul ayam ngan bahan2 diatas. agak2 je bahan2 serbuk kari n etc tu nak letak berapa byk.aku tak guna sukatan pon..gaulkan,pastu peram at least setengah jam. pastu goreng secara deep fry/minyak penuh. guna api sederhana je. ok senang kan? cubalah!




p/s: sedap dimakan bersama kubis goreng mamak style+ kari ikan+papadom+timun:)

Monday, August 15, 2011

gaji bonus kakitangan awam 2011 dah masuk !:)

salam:) good news kepada kakitangan awam pada pagi isnin, 15 ogos 2011 sebab.....gaji bonus separuh gaji tu dah masuk:) alhamdulillah. tapi gaji tu hanya gaji pokok je.tak termasuk elaun. patut la cam kurang jek:P hehe. tapi ok lah dari tahun lepas dapat rm500 jek.hehe

Wednesday, August 10, 2011

menu berbuka puasa lagi

k.jom sambung pasal menu berbuka puasa. sebelum ni aku dah post menu puasa ketiga,keempat dan kelima kan ? hari ni..menu kami berbuka yang seterusnya. mana tau boleh bagi idea kat korang nak masak ape untuk berbuka. ala,aku masak biasa-biasa je pon..yup, kadang2 pening gak pikir..nak masak apa la untuk berbuka kan?hehe..




puasa ke-6 : aku berbuka rumah sepupu aku,shikeen kat skudai. tapi aku masak gak sket dari umah. aku masak daging batang pinang masak kicap berempah, sayur campur dan buat air ribena bandung cincau. hubby shikeen lak masak sambal ketam .shikeen lak buat chicken divan nya yang sedap dan senang.hehe.


 daging masak kicap berempah dan sayur campur

 ribena bandung cincau

gambar ketam sambal dan chicken divine air tangan pn shikeen dan en rauf tak sempat snap la plak.hehe.


puasa ke 7 : aku tak masak. gi beli kat bazar je .hari malas masak hari tu:P

puasa ke 8 : masak lauk bawal sweet sour, sayur campur (asyik sayur campur je kan:P haha.biar la,peberet:P) ,udang mentega nestum dan soya cincau. :)

 soya cincau

bawal sweet sour

udang butter nestum.nyum nyum nyummm

hari tu tak sempat buat desert.hehe



puasa ke 9:   hari ni buka puasa ngan zaheen je coz encik suami buka pose ngan kilang-mate die kat hotel. tak aci!ngelat.so disebabkan encik suami takde,i takde mood nak masak banyak2:P tapi makan tetap banyak.hua hua hua,,hari tu aku masak mee hailam (2 kali tambah.dush! ) dan wholemeal cake with apple sauce and chocolate ice cream. 6 potong aku makan:P hahaha. pastu air aku buat air sirap jek:P


wholemeal cake with apple sauce and chocolate ice cream.yummyyyyyyyyy!


mee hailam

puasa ke-10: hari ni la:P hehe.dah 10 ari dah puasa kan?jap je masa berlalu.hari ni aku masak belutak goreng, mee goreng mamak, sayur campur n air epal susu.pastu jiran bagi kuih onde-onde.pengasuh zaheen lak bagi karipap.kebetulan aku takde buat desert hari ni .cam tau-tau jek:P oh.ape tu daging belutak? actually tu sosej brunei kot.kan shikeen kan?.aku pon baru kenal bende tu tahun lepas:P daging belutak tu sangat sedap. :) nak masak nya pon senang je sebab daging tu sendiri dah ade rasa coz dah diperam lama.



sampul plastik belutak sosej..

harga brunei 6.30...kalau covert duit malaysia..sila darab 2.4...

sosej belutak masih dlm karung sosej..
ni lepas dah keluarkan dari karung sosej
ni lepas dah siap masak
mee goreng mamak

jus epal susu
by the way, thanks to maklong coz belikan belutak kat brunei. actually aku yang kirim.tapi aku nak bayar, shikeen taknak.die kata bagi kueh yang aku buat je nnt :P huhu.ok,insyaallah ye maklong;) oklah..tu je untuk hari ni..good night!:)

astagfirullahalazim....apa nak jadi ni???









hmmmmmmmmmm.....

macam macam lah sekarang ni...sebelum ni kes pasal makcik hajjah sitt al-wuzara yang kutuk-kutuk islam. and kes dia dah dalam siasatan polis .baca sini dan sini .
hmm..

Monday, August 8, 2011

bonus kakitangan awam 2011 dari kerajaan sempena aidilfitri..alhamdulillah :)

*Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.
*Golongan pesara juga akan dibayar RM500.
*Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

ALHAMDULILLAH :)

sumber: mynewshub

Friday, August 5, 2011

menu berbuka hari ketiga, keempat dan kelima

kenapa menu start dari hari ketiga?
sebab puasa pertama dan kedua aku tak masak:P  hehe
so mulai hari ni aku nak upload juadah berbuka puasa aku. maybe boleh bagi idea kat korang nak masak ape. dan juga sebenarnya supaya aku tak lupa aku dah masak ape untuk berbuka:P



hari ketiga :

aku masak simple2 je sebab zaheen meragam taknak tido. lauk kailan masak taucu + ikan selar kecik goreng sambal + popia + sambal popia berkacang + sambal kering mak aku bagi + air blackcurrant jek.  tengok la popia aku tu, kemain besar aku lipat.sebab malas n tak sempat nak gulung2 comey2 so aku buat besar2 n inti pon banyak, baru la puas mkn inti banyak2:P huhu





hari keempat :

haa,hari tu aku ade mood untuk memasak besh2. aku masak nasi ayam hainan + jemput-jemput nasi ikan bilis (yup,ada tambah nasi dalam ikan bilis itu.nasi tu kena blend ngan ikan bilis dan bawang kecik.pada pendapat aku jemput2 yang tambah nasi lebih sedap!:)) + air sirap bandung.





hari ni (hari kelima) :

aku masak ayam goreng tandori stail mamak(ni sedap.aku suke.encik suami pon suke.lagi lame peram ayam,lagi sedap) .kubis goreng stail mamak (campur serbuk kari+serbuk kunyit+rempah penumis+lada sulah), timun + air susu segar bersos coklat(yummeh!) dan puding roti sos coklat berkrim:) nyum3.arini makan cam tak cukup jek.kejap je dah licin.hehe:)





ok.itu aje.esok sambung lagi ok;)




Tuesday, August 2, 2011

puasa kedua

ari ni baru 2 hari puasa.
tapi aku tak masak pon lagi untuk berbuka:P
semalam buka kat rumah mak mertua.
hari ni 'masak' kat bazar :P
semalam pon singgah bazaar gak sebelum gi umah mak mertua tapi hampa...majoriti sume dah abes licin.
air pon habis. Wow!
adakah semua orang pon malas nak masak hari puasa pertama?:P huhu..


petang tadi gi bazar...dalam hati excitednye nak tgk makanan macam2 jenis...
sekali sampai..pergh...sesak nye .ramainye orangg..
cam nyesal lak pegi sebab ramai sgt orang,
nak jalan pon terbenti-benti, jem lagi sampai kitorang pusing balik.haha.
makanan pon dah tak nampak  coz ramai sangat org.
last-last beli ayam percik sekor, ikan keli sekor dan popia basah je.
yang aku tak puas ati adalah ikan keli itu berharga rm3 seekor sedangkan ikan keli tu ikan keli goreng jek. pastu kecik je pon.
aku dah pilih, tukang jual suruh masukkan dlm beg kertas die,pastu aku tanya..ngan muka malas nak layan,die tgk sekali imbas ikan keli cinonet tu pastu die cakap...3 hengget.
aku pandang encik suami,aka the banker..cam tak percaya. haha.
pas beli ikan keli tu terus balik sambil encik suami merungut rungut tak puas hati ikan keli rm3 tu:P
die kata makcik tu nak gi haji cepat sebab tu die jual harga mahal:P  hahhaa


oklah..esok taknak gi bazar. nak masak:) tadi cam malas sebab ade meeting kat sekolah, balek lambat:P alasan:P haha.bye.nite:)