iklan

Monday, December 31, 2012

Entry terakhir 2012 : 2012 Highlights

Assalamualaikum..
hari ni 31/12/12..hari terakhir tahun 2012.
aku pon nak buat entry terakhir utk tahun 2012.
saje untuk kenangan:P
so entry hari  ni adalah pasal 2012 highlight dalam hidup aku...



1)pindah rumah baru, rumah kami sendiri.Alhamdulillah.tarikh pindah 21/1/2012. masa tu tengah cuti raya cina..so, bermulalah episod aku di blog menaip kisah home reno & deco untuk rujukan ku pada masa hadapan ,dan juga untuk rujukan korang2:)

our home sweet home..:)







3)pregnant kali kedua! accidentally:P haha.rezeki sebenarnya:) dapat tau pregnant masa pagi hari guru ,buat UPT di rumah. double line yang sangat jelas. rupenya baby dah 7 weeks time tu. alhamdulillah:) 



4) Zaheen dah 2 tahun! :) kejap je masa berlalu.teringat lagi masa mengandung dan bersalinkan die tahun 2010..so tahun  ni first time sambut birthday zaheen..tapi sambut kami bertiga jek..takde birthday party lagi. tunggu die besar sikit;)




5) Jalan-jalan 2012. sesungguhnya kami laki bini sangat jarang or dengan kata lain tak pernah atau tak berkesempatan lagi berholiday sakan sejak kahwin. honeymoon pon tak pernah lagi.  kesian kan. macam2 halangan. atau belum ade rezeki lagi? setakat jalan2 dekat-dekat pon dah kira jalan-jalan dah bagi kami. :) takpe,rezeki orang lain-lain kan..(ayat sedapkan hati;p hehe)
* KL: Aquaria,KLCC

-actually encik suami ada kursus seminggu kat KL masa tu. kebetulan kena waktu cuti sekolah. so aku ikutlah sekali. sempatlah pergi Aquaria,KLCC masa hari baru sampai KL tu (ahad). Isnin-jumaat, encik suami kursus sampai petang. aku n zaheen lak jalan2 kat midvalley sampai lebam:P nasib stay kat Cititel je, so senang nak gi MV,takde lah boring sangat terperap kat bilik je.






5) accident masa penghujung bulan oktober. di langgar dari belakang semasa tengah berhenti di traffic light lampu merah. masa tu tengah pregnant 7 bulan.alhamdulillah, kami takde ape2..cuma kereta teruk dan sampai sekarang kereta tak siap lagi:(

keadaan kereta ku selepas accident.sob..sob..T_T



ok, apa highlight 2012 korang pulak?:) semoga 2013 ku lebih baik dari tahun 2012 ku . InsyaAllah:) btw, apa azam 2013 korang?;)) bai, assalamualaikum:)

Sunday, December 30, 2012

korang tau tak...vitamin shaklee tak guna silica gel okayy

ok. sebelum tu..korang tau tak apa itu silica gel? rupa die macam mana??

ni lah rupa silika gel tu. mesti dah pernah tengok kan?biasanya dalam botol2 ubat/vitamin yang dijual di farmasi tu. tau tak yang silica gel ni bahaya ?? sebab tu dekat sampul die ada tulis..."THROW AWAY" & "DO NOT EAT".
Apa itu silika gel?

"Little packets of silica gel are found in all sorts of products because silica gel is a desiccant -- it adsorbs and holds water vapor. In leather products and foods like pepperoni, the lack of moisture can limit the growth of mold and reduce spoilage. In electronics it prevents condensation, which might damage the electronics. If a bottle of vitamins contained any moisture vapor and were cooled rapidly, the condensing moisture would ruin the pills. You will find little silica gel packets in anything that would be affected by excess moisture or condensation." credits:howstuffworks

bahaya silica gel:

"There are numerous harmful effects of silica gel, especially the form that contains cobalt chloride. Silica gel has the potential to harm humans, animals and the environment. Before using or disposing of silica gel products, consider the possible harmful effects associated with it." selanjutnya...baca di ehow.com



ok,sekarang korang dah tau bahaya silika gel. korang tau tak yang vitamin shaklee BEBAS dari silika gel??sebab ape? sebab vitamin shaklee adalah dari bahan SEMULAJADI! Fakta: setiap vitamin semulajadi tidak memerlukan silika gel didalam botolnya untuk memelihara kualiti dan kelembapan vitamin tersebut. So, jika korang adalah penggemar vitamin / supplemen,pastikan vitamin anda itu...Tiada perasa tambahan, tiada pewarna tambahan, tiada bahan pengawet dan tiada silica gel! so barulah korang rasa berbaloi-baloi beli vitamin tu. :) bukan ape...berbaloi untuk KESIHATAN korang! tu yang penting sekali:)


so , apa lagi?jom bertukar ke vitamin SHAKLEE. macam2 vitamin yang ada yang sesuai untuk masalah kesihatan korang. InsyaAllah:)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

 Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan: 

 Nurul Ain
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 890731 ]
♥ Emel : mrsnawuza@gmail.com
atau...beli sahaja di cawangan shaklee yang terdekat menggunakan ID Shaklee saya 890731 untuk harga ahli. :)

Saturday, December 29, 2012

resepi sarapan ringkas: garlic bread dan creamy chicken soup

resepi ni sangat senang, mudah dan sedap!:) hari tu baru buat, hari ni pon buat lagi untuk sarapan sebab mengidam:P hehe

bahan2:
1 bungkus roti baguette(roti yng panjang tu)-takpon boleh ganti je ngan roti gardenia biasa
1 tin cream of chicken jenama campbell
1 tin air masak (guna tin cream of chicken tu)
9-10 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu besar butter-aku guna buttercup brand
lada sulah
sedikit garam
oregano-optional(takde pun takpe)


cara2:
**buat sup dulu.
 masukkan 1 tin cream of chicken dlm periuk. kacaukan guna whisker-jgn buka api dulu.buka api sederhana,pastu masukkan satu tin air masak tadi dalam periuk . kacau sebati guna whisker. kacau sampai mereneh.tutup api.

**buat roti.
panaskan oven suhu 180 degree celcius. potong roti secara menyerong. susun roti dalam loyang. pastu campurkan butter,garlic yang dah dicincang,sedikit lada sulah dan secubit/2 cubit garam dan sedikit oregano dalam mangkuk.kacau sebati. sapukan atas roti tadi. kemumdian bakar dlm oven sampai keperangan. lebih kurang 10 minit je. siapp. sedap dimakan panas2 sambil cecah dengan creamy chicken soup tadi! cubalah!:)

Friday, December 28, 2012

PROSES KELAHIRAN BAYI SECARA NORMAL

ok.mentang-mentang dah dekat nak bersalin..so..banyak lah info2 pasal bersalin yang aku nak share kepada korang dan juga untuk panduan & rujukan aku sendiri. entry ini adalah mengenai stage of labour untuk normal delivery (proses bersalin normal ).



peringkat atau proses bersalin terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) peringkat pertama

>6-8jam
>apabila serviks membuka 3cm
>parthogram di mulakan
>kontraksi ibu
>effacement of cervix (keluar mucus plug,cervix menipis)
>fetal heart rate
effacement of cervix

bayi lahir normal cephalic, bayi songsang breech

jenis2 songsang

b)Peringkat Kedua
>1-2jam
>serviks membuka melebihi 10cm hingga kelahiran bayi
>kepala bayi menonjol keluar
>lubang dubur menjadi longgar dan bentuk bunga
>ibu rasa meneran terlalu kuat
>membran dan liquor (air ketuban) pecah secara spontan
>penurunan dan tekanan kepala fetus
penurunan kepala baby
kelahiran bayi
c)Peringkat Ketiga
>1/2 jam 15-30minit
>pengeluaran plasenta dan membran(uri)

ini lah rupa uri ye..aku pon first time tengok


credits:baitijannati

rebat telefon pintar / smartphone rebate hanya untuk telefon pintar yang berharga RM500 dan ke bawah

Haha.Mesti korang dah lama tau kan pasal rebat telefon pintar yang dijanjikan dalam bajet 2013 tu hanya untuk telefon PINTAR yang berharga rm500 dan ke bawah?:P


samsung S3 yang CONFIRM tak akan dapat rebet:P



Jom kita tengok apakah antara smartphone yang layak terima rebat RM200 tu:-

Senarai telefon pintar yang mendapat rebet RM200 untuk belia:
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
errr...itu sahaja untuk hari ni.sekian:P 

p/s: teringat masa zaman matrikulasi, aku guna HP jenama alcatel jek.tu pon yang paling murah punye kot??:P